Thursday, February 6, 2014

Final Sem Lagi Seminggu

Sedar tak sedar, dalam seminggu je lagi aku akan bukak sem baru. Sem terakhir sebagai pelajar degree...kalau ada rezeki mungkin akan sambung lagi... masa nak start 4 tahun lepas, terpikir bila la nak abes blaja, skunk ni rase tak nak abis study, biarla duk blaja lagi setaun kalo bleh...kejap sangat....pejam celik pejam celik dah 4 tahun...Pada yang baru nak masuk u tu, jangan la excited sangat sampai terlupa tujuan...jangn ingat sangat tujuan sampai tak de pengalaman...masuk Uni memang seronok...kena lagi kalo kita jumpa n ada geng sekepala...

tetiba rasa tua, umur dah cecah 23...dulu time baru tulis blog umur tak masuk 20 pon...start tulis blog pon sebab semata disuruh oleh lecturer sebagai tugasan mingguan *ada ke patut*....dulu blog nak bubbly kaler warna warni, muka sendiri bertempek kemain gabak...skunk dah tahu apa itu malu dan sopan, x nak dah katun2 even hello kitty still comel nak mati...

walau pun rase macam tak de yang berubah, hakikatnye banyak yang bertukar, kawan main lari sama sama dulu dah kawin, yang beranak pinak pon ramai, jumpa orang skunk ni bukan macam dulu, segan tak nak cakap bagai, sekarang ni kita yang kena mula bercakap, nampak matang gitu....topik perbualan pon dah lain, feel very different...jiwa masih kanak kanak, tapi hakikat matang sukar diterima...

rupa blog baru..yeahhh header dah matured

Tuesday, January 21, 2014

Impian Tahun ni-2014-

Assalamualaikum semua...

Tahun lepas berjela buat list tapi satu pon tak tercapai...tahun ni lebih realistik and materealisik mungkin...

Sebab tahun ni adalah tahun terakhir jadi student Degree, cita cta adalah nak bekerjaya pada bulan 9 nanti sebab sem abes bulan 6, result kuar dalam bulan 7 or 8 baru bleh keje pas tu...nak keje sebab kalo rest lama lame nanti lemak (bukan takat perangai tapi lemak badan pon naik).

apa apa pon, nak cite skunk adalah impian selain dari keje adalah, HANDBAG...yes, dari tahun lepas duk usha segala jenis handbag, tapi mahal sangat tak sesuai untuk studet. kalo student rm 50 tu dah padan la, mahal dah tu...yang berkenaan dihati mesti harga nak up sampai seratus dua ratus...kena la simpan cita cita time keje...maygad maygad sangat.....hadooooiiiiiii....

harapannya pas dapat first gaji dapat la beli seketol handbag yang diidam dari zaman tuk nenek itu...


dapat beg Micheal Kors seketol mau x shopping handbag 3 4 taun


Tuesday, January 14, 2014

Best-Not so Moisturizer review 2013

Salam semua,

Hari ni iera nak cite pasal moisturizer...sebagaimana nama dia, moisturizer = moist, untuk lembabkan muka...even kulit berminyak pon kita kena pakai pelembab muka ok. jangan ingat nak lembabkan kulit ngan minyak muka tu T.T.

Tahun lepas (2013 yg lebih seminggu ditinggalkan) iera ada try pelbagai moisturizer, dari yang murah sampai yang mahal. konklusi ikut kulit tapi bleh la nak bagi review sket2 supaya korang ada guide nak beli supaya sesuai ngan kulit.

awal tahun 2013, iera stick with organic aid which is my long life crush.






Organic aid is really really good and great moisturizer, plus it can diminish scars. Tapi, even elok pon, ada gak bad point dia terutamanya texture dia yang terlebih pekat n take time nak serap dalam kulit. Krim dia pekat sangat sangat. Kalau pakai dicadangkan tap tap tap kat kulit daripada sapu terus sebab dia pekat sangat. Time kita nak laju laju pagi pagi nak g kelas memang kurang praktikal sebab nak tunggu semua krim serap dalam kulit dalam seminit gak la. 

Good point untuk Organic Aid adalah lembabkan muka 24/7 hoookkkeeehhh... Tak de la Iera pakai 24/7 tanpa basuh muka, tapi iera dapat rasa different dia..Kelas iera semua dalam bilik ber-aircond over kuat yang bleh rosakkan kulit, tapi ngn Organic aid kulit tak rasa macam kering pon lepas kelas 6 jam straight. 6 jam dalam aircond and kulit lembab memang terbaik. Bleh bantu hilang parut ni the best part sebab dia nye kandungan vitamin e tinggi. Parut kat muka tetiba cepat hilang macam magik. Selain itu, cewah ayat nak BM SPM aje kan, makeup cantik kat muka sebab kulit jadi smooth n sekata je masa pakai makeup. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit berminyak gile. Iera guna masa kulit iera over berminyak n dapat kawal minyak gak...plus point betol.

Remarks : 4.5/5 bintang

Nano white moisturizer, ok ni pon Iera try gak. Time beli terpengaruh ngan muka Diana Danielle yang nampak macam lawa sangat2. Tapi bila beli and guna perasaan lawa macam mix blood x datang pon. sedih betol . 



Texture adalah gel. Melembabkan secara total muka time pakai. Tapi kalau nak pakai before make-up memang kena tunggu masuk dalam kulit betul2 or foundation jd melekit lekit lekit. Takdelah bleh putihkan kulit ke hilangkan parut pon idak, just moist kan kulit. Tapi takdelah moist gegila kalo duk dalam aircond mesti rase mcm kering pas 5 jam gitu. Tapi x berminyak. So sesuai untuk orang kulit berminyak, as we know, gel texture mmg untuk org kulit berminyak. Jangan letak banyak or sapu tebal tebal..not recommend gel lambat nak serap dalam kulit yang ada lekit lekit kat atas kulit macam apa ntah. Konklusi mmg Iera x kan beli dah sbb x berbaloi dengan harga.Function just normal je.

Remarks: 3/5 bintang.

Ok kita bergerak kepada yang makin mahal sket.

Neesya Cosmetic. Pernah dengar or idak…Product Malaysia hokeehh…and it is awesome... Ni website dia sila tekan …just aq yang miskin ni x dapat nak afford banyak2…huhuhuhu
Time jenjalan kat Mines masa nak g tengok muvee, Nampak booth Neesya ni bukak. So as a makeup/skincare freak kompem la aq g tgk..godek2 tanye2 aku pon beli la dia nye moisturizer sbb time tu kulit aku emo sket..gedik nak kering sampai gelupas bagai. Begitulah flashback saya.

Actually Iera dapat mini sample yang ada 3 barang dalam dia. Overnight Radiance Kit kalo x salah. Sample ni dapat kalo isi nama kat boring. Iera ada beli day cream dia…harga dalam RM 60++ rasenya. Banyak isi botol dia, dalam 30ml kalo x silap.

Pengalaman pakai day cream dia with spf 20 is awesome…Kulit bukan takat moist tapi lembut je…Nak makeup pon makin senang. Texture dia ala2 gel-cream macam tu. Senang serap dalam kulit and kesan hydration dia mmg tahan. Iera x bape suka dia nyer botol, actually botol with pump cantik, tapi Iera so gadis desa, like dalam jar senang nak colek sesuka hati even tak bersih. Ok tu personal favorite la kan. Tapinye, disebabkan agak miskin pas abes guna Iera x beli dah…dapat tahan dekat 2 bulan gak sebotol tu, kalo korang jenis pakai moisturizer mega macam Iera la.

Dalam mini sample tu, yang paling Iera suka Illuminating Essence..Feel macam pakai SKII but better. Iera penah guna SKII yg mama, tp mcm takde effect. Pakai Illuminating Essence Neesya, mmg feel kulit bersih and glow, parut n discoloration cepat pudar…huhuhuhu nyesal x beli hari tu.

Remarks: 4.7/5 bintang (Probability akan beli one set next sem adalah tinggi sbb best guna set Neesya ni)

Olay Aquaction yang baru.


Texture mmg gel, x de bau yang pelik. Verdict untuk ni, Iera x bape suka..Maybe sbb Iera x fancy sangat moisturizer species gel agaknye. Iera dapat sample size 3 paket mase beli majalah apa x igt. Tapi Iera x bape suka sbb iera nak abiskan satu pon x de feel. Even dia gel, tapi daya serap lagi better dari Nano white. Makeup cantik jugak, just nak duk dalam aircond lama x bape recommend. Kalau kulit jenis kering flaky maybe kena pakai cream moisturizer lain pas letak dia, sbb effect not flattering to me

Remarks: 3.3/5 bintang

Simple moisturizer-Kind To Skin Hydrating Light Moisturiser. 

Beli kat Guardian dengan harga RM10.00 pas diskaun, biasa dalam RM 18 agaknya..Tapi botol dia besar, 100 ml kalo x salah. Berbaloi baloi. Sebagaimana yang anda tahu, Iera mmg suka Simple skincare sbb soft untuk kulit. Moisturizer ni mcm organic aid tapi version light. Senang serap dalam kulit, melembabkan kulit sedalam mungkin sbb kulit feel bouncy je. Paling bagus, prepare kulit jadi cantik untuk makeup and x cair time tengah panas. Makanya, makeup tahan dan lawa…kekekekeke… Tapi, ni mmg moist je tau, tak de spf, whitening/brightening, hilangkan parut bagai tum mg x de. Untuk basic moisturizer yang lembaban kulit gegila. Sesuai untuk kulit sensitf. Paraben free. Hypoallergenic and ada 3 types vitamin dalam ni.

Remarks: 4/5 bintang  

Panjang bebenor cite pasal pelembab muka ni.. Iera ada satu moisturizer yang kompem ada sentiasa sebagai back up kalo kalo krim lain abes or muka wat perangai. 

Pelembab Muka Safi bersama Aloe Vera…Tak tahu la bape percent Aloe vera dia letak.Tapi Iera mmg suka abes pelembab ni…wangi gile…lembabkan muka mmg bagus, pori feel kecik and feel masa pakai sejuk je. Nak lapis tebal tebal pon boleh…Ni memang Iera recommend kat adik Iera yang baru nak besar biar dia tau basic jaga kulit. Iera guna time kulit Iera problem dulu. Pastu constantly beli sebab kalo buat base make up, mmg uummmmppppphhhh…Kulit macam patung Barbie weeeeeiiiii…Padahal harga sebekas gabak tu baru RM 7 ++ rasenye…

Remarks:3.8/5 bintang

Ok, ni last, sumpah last…penat menaip takut ilang idea. Skunk ni iera guna Olay total effect with spf 15. 

Harga dalam +- RM30. Yang ni mmg iera suka. Menyerap dalam kulit cepat. Texture cream. Bau wangi macam typical Olay. Pasal hilang parut and lifting effect maybe ada sbb feel kulit anjal sket dua tiga hari ni. Plembab ni mmg x berminyak langsung..Sesuai untuk base makeup and buat makeup tahan. Duk dalam aircond pon takpe. Kulit x rase malnourish. Aiii like so much la. Except kalo kulit flaky Iera kena tap tap tap (tepuk tepuk) dari sapu sebab nanti kulit flaky Nampak. Overall so nice and I like it like it like it.

Remarks: 4.6/5

Tamat sudah. Pelembab ni penting and ramai tak ahu important pilih pelembab yang baik akan merubah kulit secara total sbb Iera sendiri dulu main letak je pelembab. Bila rajin experiment baru la nampak beza and effect dia. Moga moga review ni dapat bantu pilih time nak beli and ingat, mahal x mesti bagus.


*all picture credit to Google...just Google it

Bubye ;)

Monday, December 30, 2013

Recap 2013

Salam semua,

Lama yang amat tak meng-update blog sampai tak bape pasti adakah blog ini masih hidup. Sedar tak sedar dah nak abis 2013..Tetiba je abes, padahal baru je rase macam semalam je duk kalut kalut study untuk final sem 5 dulu. Cepat nye masa berlalu meninggalkan kita, yang tertinggal adalah kita. Aku pon feel x caya sebab dah nak masuk 23 tahun maknanya dah tua dewasa bagai…Hati ni masih anak anak lagi, nak berlari lari sentuh air hujan sambil makan aiskrim asam boi.

Hakikatnya, masa sentiasa tinggalkan kita, sedar tak korang selalu tak cukup masa nak study. Padahal banyak je masa bleh study tapi nak jugak last minit (peringatan ke diri-sendiri). Nampak la pengurusan masa tu fail.
Tahun 2013, hmmmmmmmmmm….. Mengeluh panjang mengingatkan tahun ni sekejap. Banyak sangat pahit manis, suka duka, cinta lara sepanjang tahun. Tahun yang paling memorable dimana aku first time masuk office sampailah melancong ngan kengkawan tanpa parents g oversea (oversea-la sangat). Kelam kelibut siapkan FYP. Hampir gila kat situ. Kadang kadang aku rasa magik je bleh survive hidup ni.

Tahun ni jugaklah yang buat aku sedar yang aku dah banyak berubah dan tak macam dulu lagi. Aku tersedar satu ari tu yang aku dah tak enjoy life macam dulu. Kalau dulu, even masalah or problem besar macam mana pon aku still happy and bleh go on, tapi tahun ni ada masanya aku amatlah down sampai rase nak buat benda benda yang tak patut (subhannallah, mohon jauh la benda2 x elok ni). Nasib baik pedoman diri masih kuat, aku ada family, kawan kawan yang still bagi sokongan n tenangkan hati ni. Banyak kali air mata keluar tapi we need to be strong to face the cruel reality. Ada baiknya aku tulis blog ni sebab bila aku baca balik entry aku yang awal awal, aku dapat center kan balik hidup ni. Aku tahu dan dapat tetapkan apa yang penting dan tak penting. Aku bleh enjoy life balik, biarlah apa orang nak cakap or apa yang akan jadi, usaha dah dibuat sepenuhnya, kalau kita tak enjoy apa yang kita buat, macam mane benda tu nak menjadi untuk kita kan???

Benda penting bila dah 4 tahun kenal orang adalah kita tahu orang tu secara mendalam dan masa ni la segala perangai sebenar, jahat, keji, baik, boleh harap or tak kita boleh nampak. Alhamdullilah, aku dapat kenal sapa kawan sebenar. Aku dapat tahu yang manusia ni bukan semua baik kat depan maknanya baik kat belakang. Tikam belakang benda yang biasa. Fitnah tahap mega pon benda normal yang ramai orang boleh buat. Orang memang ada yang tak puas hati ngan kita bila Nampak kita macam senang siket mesti ada mata yang tak puas hati, mulut yang nak berbunyi….Nasib baiklah aku jenis malas nak kesah and just let it go. Memang kadang kadang feel nak ketuk kepala orang yang sedap mengata tu, tapi bila fikir balik, buat apa kita nak jadi macam dia, kalo kita respon macam tu, lagi dia suka sebab kita macam kena jerat kan, ikutkan arus yang dia mulakan. Ada baiknya aku melawan arus jadi diri sendiri macam ikan salmon yang berenang lawan arus semata nak kembali ke tempat asal usul.

Most significant achievement for 2013 by me???? MY SKIN!!!!!!!! *clap clap clap clap*…..Hhahahahahahahahahaa…yes kalau anda ada baca entri before before ni, mesti korang tahu yang kulit aku ada masalah yang cukup besar dimana jerawat non stop dan penuh satu muka dengan parut kulit menggelupas merah semua ada. Akhir tahun berbaki sehari ni, kulit aku licin tanpa jerawat walau seketol, parut semua hilang, pori pori semua kecik tertutup ketat. Bersyukur sangat sangat, dulu even nak g study group pon aku pakai bb cream hokehhh sebab kulit macam kulit buaya + katak+ naga. Sekarang tahap yakin je kuar study pakai pelembab safi kaler hijau je. Alhamdulillah, jumpa penawar, kita manusia kena berusaha Allah yang jadikan semuanya. Hasil guna AuraWhite 8 bulan non-stop, set vitamin e collagen, and latest yang dah pakai 3 bulan lebih, bedak tanaka memang kombinasi terhebat. Especially bedak tanaka and AuraWhite. Kulit memang bertukar 100%. Macam jerawat and parut parut tu penah muncul dalam hidup ni. Memang benar kanvas asas yang paling penting. Sejak sejak kulit bersih ni, keyakinan memang bertambah (padahal dulu x penah kurang pon). Perkembangan kulit yang membanggakan ni tapi saying tak de entry pasal kulit. Maybe bleh tulis nanti kalo ada permintaan walaupun macam x mungkin je.

Selain kulit jadi marvelous, tahun ni adalah first time dalam hidup aku g holiday tanpa parent luar dari Malaysia, even g Medan yang macam dekat kalo naik flight tu pon kira tau. Aku g ngn Sarah Yusoff dan para sahabat time matrik. Pengalaman sangat bila g sendiri ni, tahap nerdikari naik 378 darjah ok. Macam macam jadi masa g, tapi yang paling best bila dapat experience macam mana nak hidup kat tempat orang, baru la sedar susah rupanya g jenjalan ni, selama ni duk follow menonong je belakang family kan padahal banyak benda nak kena amik kira. Ada masa nanti memang aku update pasal Medan sebab satu nye best gila, dua banyak sangat gambar yang aku feel lawa, tiga aku nak update sebagai kenangan kot kot nanti aku lupa diri kan kan kan.


Lake Toba 

Sarah yang pegi sekali *lebih pada dia yang kutip aku g sana*

Me ME ME at Lake Toba

Kata kata akhir untuk tahun baru, nanti nak update pasal holiday kat Medan sebab x sempat2 nak pos nye. Nak masuk tahun baru, feel masih sama, aku tak rasa aku tua untuk menyimpan angan-angan dan jadikannya impian lalu kenyataan, sebab “Never stop chasing your dream, the moment you stop is the moment you lose”

Penutup 2013, aku gembira aku masih aku yang dahulu with improvement which is good. Happy New Year Everyone. Remember We Are The Best When We Do Thing’s We Love.


Never too old for anything

Friday, February 22, 2013

i'm working now

assalamualaikum,
so, i'm a career woman now...yes i am....and it's not something happy for me...

praktikal di ASNB kuching.... tak tahu nak describe perasaan macam mane...yang pasti aq g kerja bukan aq yang sebenar....macam mimpi je g keje tayang muka baik, senyum 24 jam...tunjuk gaya lembut ayu bagai...mane bleh bangang bangang nanti pelik plak orang nengok...

jadi yang paling muda ni pown susah gak...tak penah seumur idup orang panggil aq adik, sampai sini tup tup dapat tittle adik sebab aku paling muda....muka semua macam nak terkeluar bijik mata masa aku cakap aku lahir tahun 1991 o..O

still, maybe sebab aku ada masalah nak comunicate ngan orang kat sini sebab aku tak pandai "klaka" kot....klaka bermaksud bercakap bahse malay sarawak...and aku baru slow slow nak tangkap apa yang diorang cakap....need to survive...

tak ikhlas nak g keje pepagi sangat ni
seb abek diorang baek baek...tapi sebab keje bosan sket aku feel tak bermakna bangun pepagi bersiap duk kat meja sengih layan masalah orang, jawab kol, cop cop balik.....tetiap hari yo.....

muka over penat abes keje...nak drive balik pown feel malas

sebab tak de mood sangat nak cite pasal keje ni dan sebagainye....nanti ber_mood baru cite la.....