Showing posts with label independent. Show all posts
Showing posts with label independent. Show all posts

Friday, August 21, 2015

Depression or major stress are real things je

Haaaaiiiiiii!!!!!

Okay, first of all, I know it's been such a looong time.... Last entry, bulan 5 aritu, I ada cakap pasal depression right....luckily, after being fighting my emotion, i survive..and now no more depression...

YEAAYY

Dulu bila dengar pasal depression mati mati ingat ala bajet je semua tu...tak tau nak handle stress....or at least I ingat diorg saje nak attention....dah kena kat batang idung baru le penyek sampai tak timbul kan...

Depression ni penyakit yang patut di treat same dengan sakit luaran, demam, luka, patah tangan semua tu...ramai yang pandang sebelah mata...hakikatnya, depression bleh jadi kat semua orang bila stress terlampau untuk satu jangka masa yang lama tanpa support sistem yang betul....

Depression ada banyak jenis. Ada minor, seasonal, anxiety, postpartum, and yg paling bahaya major.


I tak lah sampai jumpa dr or psychologist bagai....but there a few time I feel like I wanna end my life..terutamanya masa tengah drive....bahaya kan....tiap kali pikir macam tu terus mengucap ngn selawat....nasib baik Allah panjang kan umur lagi...

Siptom yang buat I rasa kena depression adalah;
  1. Perasaan mcam kita hidup macam tak de arah. Takde guna pon kita hidup sebenarnya.
  2. Hilang minat nak interact ngn kawan kawan.
  3. Aktiviti yang sepatutnya kita suka n minat buat kita tak thrill dah
  4. Rasa penat dan tak cukup tenaga tak kira berapa banyak rest n vitamin kita amik
  5. Perubahan dari segi pemakanan- makan sikit sangat or over banyak
  6. Senang marah, sensitif, 
  7. Rasa takde sapa faham diri ni kat dunia
  8. Sentiasa ada perasaan keseorangan dan sedih tak kira masa, tempat atau aktiviti
  9. Rasa sakit badan or kepala yang tak pernah nak hilang atau lega
  10. Terfikir untuk mati atau hilang dari dunia
Semua simptom kat atas terjadi kat I.....Even I pon rasa pelik dengan diri sendiri masa tu....Nak dijadikan cerita, kawan mintak teman g mph and I just sit there walking aimlessly pastu feel nak belek buku psychology and mental health..baca bab depression and symptom...I terkejut...sebab semua pon I dah ada....

Nak retrieve diri sendiri amat lah susah...lucky I have friends who really understanding....family who support me.....

Kalau ada yang feel macam terkena depression pleaseeee...pleaseeeee.....talk with someone who can take your concern seriously......this not a joke....

And people, don't say depression is not a big concern....you know what, I'm lucky that I not go totally crazy or major depression here....my mind and heart still have will to get up so I can survive from depression by myself...but not everyone so lucky right...

Jangan malu nak mengaku kita ada depression....it is not a shame or mental illness....and parents need to remember to support your little child...they struggle....like struggling to life....

one thing I can confirmed you guys, depression feel like kita hidup tapi badan kita bergerak dan buat rutin yang otak dah set, jiwa, hati, minda dan diri sebenar kita terkurung kat satu tempat gelap yang sedut kita slow2...it is such a worst feeling ever...we life but more like zombie...

Imagine kalau ada orang patah tangan kita treat macam kita layan orang yg cakap dia depress....world will turn into chaos....


Believe me, emotional scarring are more powerful that physical scarring...
I been there, and feel them...



Friday, March 7, 2014

Aku, PTPTN, & Pengurusan Universiti

Assalamualaikum,

Hari ni nak cite pasal lain sket. Ni nak cite pasal kejadian julung-julung kali terjadi pada aku...KAMI X DAPAT PTPT EVEN DAH SEBULAN LEBIH START KELAS...

Itulah hakikatnye....Ceritanya bermulanya macam ni, masa cuti sem, ada ua ura mengatakan berlaku kesilapan key-in yuran yang buat yuran kitorang double...Masa tu ramai kalut risau kena bayar yuran 2K +++...MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) cakap jangan risau, tak kan efek pon just salah taip...Semua macam lega sket..Time ni aq x de kesah pon sbb pikir mmg sbb salah key in, just undo je la kan...

Bukak sem, cek akaun duit tak de lagi...aku sejukkan hati sendiri cakap maybe lepas 2-3 hari masuk lah kan...Tunggu punya tunggu tak masuk masuk jugak...Yang magik nya budak kos lain sume dah sapat..Roommate dah kuar shopping 3-4 kali...Aku start feel risau lepas seminggu lebih sebab tak penah jadi macam ni...

Nak dijadikan kes lagi, kosmate aku, N, kol PTPTN untuk tahu status...Jawapan diorang adalah "Awak dapat bawak 2.0, so PTPT tak dapat dik". Takkan la satu kos fail kot kan, lagi pon result kitorang sume atas 3.0. Aku tau apa yg buat benda ni jadi.. Kos kitorang pelik sket, Latihan Industri (LI) yakni Praktikal Bekerja tengah tengah sem. Kos lain LI sem akhir lepas dah siap Fianl Year Project semua, kami LI Sem 6. LI tak ada result, just memuaskan or tidak memuaskan je. Bila kami explainkat pihak PTPTN diorang baru faham and cakap diorang tak boleh nak ubah result dalam sistem kecuali lah Pihak UPM hantar result dah senarai result yang latest, baru diorang boleh proses. Diorang mintak kami pergi bahagian akademi Uni sendiri untuk tanya pasal masalah ni.

Jadi kami pergi ke Bahagian Akademik. Kerani kat situ cakap kami kena bagi result kami kat diorang secepat mungkin untuk proses data. Dia bagi 2 hari untuk hantar result kami semua kat diorang. Kalut lah Kami ni turun naik office fakult sebab nak amik result latest dengan yang masa praktikal. Fakulti cakap result sem lepas (sem 7) tak keluar lagi yang official, boleh print dari web SMP kalau untuk kegunaan dalaman. Jadi kami pon print yang dari web. Nak masuk web ni pon satu hal jugak, hang memananjang n memang stuck sangat sangat kalau nak masuk. Macam kalau kita nak kol or hantar masej kat orang time raya, line busy semua telco. Lepas bergaduh ngan SMP untuk print result dari Sem 1-Sem 7, yes kami kena anta result dari awal kami jejak kaki ke UPM kat Bahagian Akademik, kami pon hantar result kami semua kat diorang yakni Bahagian Akademik dengan harapan masalah ni dapat di selesaikan mungkin dalam 2-3 minggu (Kata diorang ini la masa diperlukan).

Sejujurnya, aku pelik dengan Bahagian Akademik ni. Bukan ke mereka BAHAGIAN AKADEMIK terang terang diorang boleh cek sistem pelajar dan print result kami sendiri kan. Tapi kenapa diorang nak kami buat sendiri jugak pastu hantar kat diorang. Dah la tak dapat respon masa hantar result, just "OK". NOPE, WE ARE NOT OK...Tapi lepas hantar result ni, kami bagi peluang untuk masalah ini disettlekan oleh diorang sebab mestilah kami anggap diorang akan buat kerja ni. Terang terang silap diorang tak ingat hantar senarai nama kos kami (tercicir atau terbuang itu Tuhan saja yang tahu).

Sementara menunggu penuh harapan PTPTN masuk, kami semua kena pergi kelas macam biasa, perut still perlu diisi. Makan kat UPM ni mahal, kalau makan kat dalam 2 kali sehari minimum RM 10. Itu MINIMUM. Kalau yang ada transport boleh la makan kat luar tapi sebenarnya kos still lebih kurang bila ditambah dengan harga minyak semua. Kami ni pelajar tahun Akhir. Ada FINAL YEAR PROJECT (FYP) yang kena buat. Standard dalam buat FYP, student kena buat survey dan agihkan pada semua. Respondent kami bergantung pada Tajuk, Lecturer, dan Target. Selalunya 200 dan keatas. Cuba lah bayangkan, kalau nak cari 300 respondent, nak kena print survey yang dalam 7-8 pages. Semua ni nak guna duit. Nak print, nak beli hadiah terima kasih untuk orang yang jawab survey, nak pergi kat kawasan yang dikaji banyak kos diperlukan. Kami ni mengharapkan PTPTN untuk support kami punya project paper, senang lah hati nak print survey tk payah fikir catu makan diri sendiri. Maybe ada yang tanye, "Takkan lah takde dana untuk pelajar Final buat project?" YES,DANA ITU ADA TAPI perlu dahulukan duit sendiri dahulu dan claim kemudiannya. Biasalah, proses claim ni akan mengambil masa 1-2 bulan (pasti ramai yang faham). Nak dahulukan duit sendiri tu macam mane kalau dalam akaun ada RM 20, dalam purse ada RM 100 sampai hujung bulan. Someone Somebody do explain to me how we can survive in KL living rate with RM 100 only for a month. EXPLAIN PLEASE...Kedai fotostat mana kesah kita ada duit ke tak, as long as you pay, we serve you. Bukan tu ke polisi semua kedai??? Ada antara Kami yang hold dulu nak buat survey sebab budget tak cukup. Ada still buat tapi half dulu sebab lecturer nak tengok progress, takkan la kami nak caap tak leh buat sebab tak de duit and apa yang Kami nak harap lecturer buat. Bagi kami duit??? Diorang pon ada famili nak di support. Kalau nak tolong semua student, habis rabak tak bersisa la poket para pensyarah.

Itu satu masalah. Ada antara kami ni datang jauh, dari Sabah&Sarawak. Sebab naik flight, barang pon sikit je dari rumah sebab luggage mahal. Barang keperluan memang tak beli la macam berus gigi, sabun basuh, shower foam, Maggi semua tu. Harapan hati nak membeli disini dengan PTPT, tapi apakan daya, awal sem dah macam akhir sem, tapi lagi teruk. Kalau korang baca blog aku (rasenye tidak) korang tau aku tinggal kat Sarawak buat masa ni. Sampai UPM dengan beg baju je, nak beli barang keperluan pon fikir 9876 kali sebab bukan murah kalau beli semua sekaligus. Konfem habis paling paling jimat pon RM70+++. Banyak RM70 tu. Aku la salah satu mangsa yang berfikir 7000 kali nak beli sabun paling murah, guna sabun madi pon cukup la sebab sabun tahan lama n murah, amik ubat gigi jenama cap ayamitikbadak, maggi pon fikir nak beli ke tak. Semua tergendala sebab tak de budget. Aku tak la rase aku ni malang atau sesak sangat. Kalau terdesak aku boleh lagi mintak dekat parent, syukur Abah masih kerja and ada gaji. Tapi banyak mana sangat lah aku nak mintak, adik beradik lain semua belajar lagi, 2 orang kat UNI, sorang x dapat PTPT (sebab ntah lah). Lagi 2 sekolah lagi (diorang dalam tempoh membesar dimana makan macam anak ultraman). Rumah nak kena bayar, kereta lagi, pastu ntah apa apa lagi benda orang-dewasa-patut-tahu-kena-bayar-bila-nak-sara-famili. Sedangkan aku pon tak sanggup nak mintak banyak sebab jujurlah, mereka tak kan mintak kita bayar balik, tapi aku tak sanggup nak susah kan mak ayah. Macam mana dengan Kami yang lain??? Kami bukan dari golongan berada, sebab tu amik pinjaman. Ada yang mak ayah dah pencen, ada yang kerja kampung, ada yang mak ayah kerja tapi anak sulung adik berdik kat bawah banyak, macam macam masalah ada. Bila dah sampai umur 23 ni, kami dah boleh berfikir. Takkan lah nak susahkan mak ayah, famili sangat sangat bila diorang harapkan beban ringan bila ambil pinjaman. Kami ada juga maruah, harga diri, ego yang nak dijaga. Air muka sendiri nak jaga dari statement "Mengharap Family Sampai Mati".

Bila jadi macam ni, kami risau. Kami lapar tak pe lagi, kami pelajar kami biasa makan mee segera sekali sehari. Kami tak cukup nutrisi, kami tak kesah sebab kami muda lagi memang makan makanan tak sihat. Tapi macam mana kalau ada kecemasan, sekarang cuaca tak menentu, panas yang amat. Ramai demam, tak pon sakit tekak. Bila sakit tekak (aku sendiri sakit tekak macam kena tusuk pedang tiap kali telan air liur, padahal dah minum 3L sehari) kena minum banyak air, like seriously banyak. Tapi tak boleh sebarang minum, kalau masa hari pertama kedua kena, masa tekak merah macam nak luka tu elok minum air mineral, buakn air masak lagilah bukan air Water Cooler yang macam telan air paip. Ada mesin air (mcm Sukida, H2O Hydrogen water) yang letak 10 sen dapat 500ml air. Kami kena minum 3 liter, makna nye dalam seringgit, kalau sebualn takke dah RM 30 tu. Masa kena minum air mineral je tu, rase macam tak nak buat sebab sebotol besar seringgit lebih hingga dua ringgit, mahal benor weyh... Nak recover kan, kena lah berkorban, DUIT LAGI...Nasib baiklah dapat BB1M, boleh beli buku tak de la terasa duit abis sebab buku mahal yang amat.

Disebabkan duit start surut umpama air pantai yang tenang bila bulan mula menghilang, Kami pening memikirkan alternatif untuk stretch duit kami selama yang boleh. Aku makan sekali je sehari, like just lunch and bear with air masak sampai esok. Ada yang memang beli barang basah masak sendiri kat bilik langsung tak makan luar. Ada yang tak amik nasi, makan roti 2-3 keping ganti lunch/dinner (mcm la kenyang). Berapa lama kami boleh tahan dengan semua ni??? Manusia ni perlu makan, lapar tak boleh study, kalau study perut lapar nak refill, nak makan duit tak de. Nampak tak dilema tu??? Ada Kami yang sampai buat jualan pre-loved baju, beg, kasut sebab nak dapat side income. Paling tak lepas buat duit makan. Tak kan nak suruh kami jual body baru nak sedar ada masalah. Bila tanya and komen apa yang terjadi dekat MPPUPM, diorang tak reply. Kalau reply pon just retweet or like je. Apa yang dapat sayang kalo ko like tu??? Kami perlukan jawapan and tindakan. Penat Kami undi dengan harapan ada la yang membela nasib bila jadi macam ni, bukan buat kami macam experiment sarkis nak like like bagai.

Sambung dengan susulan lepas dah hantar result kat bahagian akademik semua. N kol PTPT lagi nak dapat update dan nak tahu apa yang terjadi. Pihak PTPT jawab adalah dibawah. Ni memang real conversation, Kami bukan tahap terkejut, ni dah boleh jadi marah. Dah dua minggu tapi ni yang kami dapat, NI KE YANG DINAMAKAN BUAT KERJA???? (sabar sabar sabar dan sabar)
reply kami dapat selepas 2 minggu


Nampak sangat Bahagian Akademik campak ke lantai je result yang kami bagi tu. So, sekarang ni apa kami kena buat??? Ada la several choice yang Kami semua fikir;

  1. Pergi naik turun HEP dan menunggu penyelesaian macam orang gile
  2. Pergi office PTPTN and settle masalah ni sendiri (pastu bila diorang nak betulkan sikap kerja gaji-buta ni)
  3. Pergi office Naib Canselor and laporkan masalah (yes, kami kenal naib canselor n baik dengan diorang sebab kami dah Final year, diorang dah penah ajar kitorang)
  4. Lapor dekat MPP sekali lagi dengan harapan ada tindakan diambil (sebenarnya aku dah lapor dan reply yang dapat hanyalah "kami akan rujuk hal ini" blerrrghhhhhh)
  5. Tendang pintu HEP sampai pecah (epik tapi kompem masuk jail)
  6. Bawa hal ni kat TV3, newspaper dan biar umum tahu kami tersiksa??? (Tapi nanti reputasi U jatuh, and aku ni still sayang UPM, masalah dia, management yang amat fail)
  7. Berenti je blaja, kerja jual bodi ke, jual dadah ke, apa yang haram dapat duit bayar hutang
mane satu pilihan yang normal??? Normal tak selesai masalah, Tak Normal timbul masalah.


BTW, Sem ni aku ada kawan dari France, boleh faham tak malunya rase bila dia tanya kenapa management kat sini tak student friendly and tak dapat selesaikan masalah dengan cepat. Dia cakap kalau dekat France, student komplen and pergi naik office 2-3 kali tapi masalh still tak settle, diorang akan mintak maaf sebab susah kan kita dan akan priority kan masalah kita untuk settle dulu. Tapi sayang, kat Malaysia, selalunya (saya minta maaf sangat2 dulu) kebanyakan yang kerja bahagian kaunter, kerani, yang kerja jumpa orang/customer perangai tuhan je la tau. Dah banyak kali kena, kerek pastu layan Kami, kena pulak student kan tak de kerje macam kucing kurap mintak makanan dekat tepi meja. Jangan layan Kami macam tu plizzz, macam mane kami nak berbudi kalau ditabur kaca dari mula. Mungkin Goverment kena wajibkan semua yang nak kerja bahgian ni kena amik satu subjek/kos 6 bulan untuk belajar treat customer and layan mereka mengikut situasi. Mungkin patut belajar consumer behaviour sekali. Buat satu peraturan, sapa ada sijil dalam bidang ni, dia didahulukan dalam pengambilan kerja kan.

Dah terpesong jauh nak ke France Europe bagai. Aku bukanlah nak buruk buruk kan sesiapa, bukan nak salahkan PTPTN atau kerajaan atau mana mana pihak. Aku tahu masalah ni bersebab dari management dekat HEP dan Akademik Uni. Aku tahu punca silap kat mana tapi tak dapat nak buat apa apa, sebab diorang yang tak buat. Aku tulis ni semua sebab kecewa sampai tawar hati sangat dengan pengurusan. 4 tahun kat sini, macam macam dapat. Kalau pergi pengurusan memang boleh naik darah dengan cara diorang layan Kami. Aku LI bahagian services OK. Aku tau susah nak layan kerenah manusia, tapi apa lah salah senyum siket, guna nada baik2, sejuk siket hati kami.

Kami di KL. Kuala Lumpur The Great. Kami remaja. Kami jiwa memberontak. Kami sukakan hiburan. Janganlah ada yang disini baca n cakap takyah la keluar, duk je kat U dalam bilik untuk save duit. Nak KAMI GILA SEBAB TEKANAN??? Cakap macam tu sama lah dengan cakap kat perokok jangan sentuh rokok tapi letak dia dalam kilang rokok. CRAZY THINGS. Plus ofkos la kami nak berseronok dan bergembira, macam salah je state nak bergembira dengan PTPTN untuk belajar, but student JPA,MARA,BIASISWA pergi holiday, beli fon baru jugak dengan duit diorang. Apa beza dengan kitorang kan.

MPP yang Kami undi, aku tak tau lah, aku yakin susah nak handle organisasi besar macam Uni kan. Tapi tolong la, tolong sangat sangat respon or give something that can ease us. Bukan aku komen dalam laporan bertulis, komen tanya kat tweet je kot, tu pon x reply. Tapi time ada budak lain tanye seminit lepas tu boleh pulak korang jawab kan. Tak ke sakit hati jiwa raga dibuatnya. Macam korang pejam sebelah mata kat kami.

Benda yang macam picisan macam ni la yang boleh start perang, yang buat rakyat tak nak union sebab terkena dah tiada tindakan. Kami tau Kami sedar Kami banyak dapat bantuan dari KaMU. Tapi pepatah sentiasa cakap "buat baik seribu kali, yang jahat satu jua diingat nanti". Manusia memang di set macam tu, yang buruk di ingat sampai mati, kondem lagi seronok dari memuji.

Moga moga pengurusan UPM dan Malaysia boleh improve 500%. This is serious matter, kalau duk sambil lewa selama lama nya, Kita tak kan maju, tertinggal sebab tak mahu berlari kala maraton.

Entry panjang dan berbunyi rungutan, tapi ni luahan kecewa sebab tak de tindakan dan kami tak tahu nak mengadu kat sapa. Mungkin sebab benda macam ni ramai graduate kerja luar dari Malaysia and tak nak balik. SERIK DENGAN MANAGEMENT MASA DEPAN NEGARA GOYAH. tak pepasal sungguh.

Setakat ni dulu, bye.

Thursday, February 6, 2014

Final Sem Lagi Seminggu

Sedar tak sedar, dalam seminggu je lagi aku akan bukak sem baru. Sem terakhir sebagai pelajar degree...kalau ada rezeki mungkin akan sambung lagi... masa nak start 4 tahun lepas, terpikir bila la nak abes blaja, skunk ni rase tak nak abis study, biarla duk blaja lagi setaun kalo bleh...kejap sangat....pejam celik pejam celik dah 4 tahun...Pada yang baru nak masuk u tu, jangan la excited sangat sampai terlupa tujuan...jangn ingat sangat tujuan sampai tak de pengalaman...masuk Uni memang seronok...kena lagi kalo kita jumpa n ada geng sekepala...

tetiba rasa tua, umur dah cecah 23...dulu time baru tulis blog umur tak masuk 20 pon...start tulis blog pon sebab semata disuruh oleh lecturer sebagai tugasan mingguan *ada ke patut*....dulu blog nak bubbly kaler warna warni, muka sendiri bertempek kemain gabak...skunk dah tahu apa itu malu dan sopan, x nak dah katun2 even hello kitty still comel nak mati...

walau pun rase macam tak de yang berubah, hakikatnye banyak yang bertukar, kawan main lari sama sama dulu dah kawin, yang beranak pinak pon ramai, jumpa orang skunk ni bukan macam dulu, segan tak nak cakap bagai, sekarang ni kita yang kena mula bercakap, nampak matang gitu....topik perbualan pon dah lain, feel very different...jiwa masih kanak kanak, tapi hakikat matang sukar diterima...

rupa blog baru..yeahhh header dah matured

Tuesday, January 21, 2014

Impian Tahun ni-2014-

Assalamualaikum semua...

Tahun lepas berjela buat list tapi satu pon tak tercapai...tahun ni lebih realistik and materealisik mungkin...

Sebab tahun ni adalah tahun terakhir jadi student Degree, cita cta adalah nak bekerjaya pada bulan 9 nanti sebab sem abes bulan 6, result kuar dalam bulan 7 or 8 baru bleh keje pas tu...nak keje sebab kalo rest lama lame nanti lemak (bukan takat perangai tapi lemak badan pon naik).

apa apa pon, nak cite skunk adalah impian selain dari keje adalah, HANDBAG...yes, dari tahun lepas duk usha segala jenis handbag, tapi mahal sangat tak sesuai untuk studet. kalo student rm 50 tu dah padan la, mahal dah tu...yang berkenaan dihati mesti harga nak up sampai seratus dua ratus...kena la simpan cita cita time keje...maygad maygad sangat.....hadooooiiiiiii....

harapannya pas dapat first gaji dapat la beli seketol handbag yang diidam dari zaman tuk nenek itu...


dapat beg Micheal Kors seketol mau x shopping handbag 3 4 taun


Sunday, May 13, 2012

strength of my life


Assalamualaikum an good day everyone.....
Tengah semua orang sibuk-sibuk pasal PRU kat fb, pasal mother’s day haram kalo kita sambut, aku tak de feel nak amik tahu semua tu...

Dah lama tak update blog...yes, memang sem ni malas nak update and tak de apa yang best sangat....even ada pown, bese2 je...malas lagi tinggi daripada feel nak update blog...
Sekarang aku tengah gila lagu yang memang best untuk semua orang dengar...number one for me-maher zain....aku ni jenis susah nak dengar lagu2 baik...tapi nie antara lagu baik yang aku suka...siyes comel and buat aku teringat kat mama sangat2....lagu kat sini Maher Zain_Number 1

Ok, tajuk entry “strength of my life”..selalu aku perasaan ramai duk post kat fb or tweet phrase2 yang bunyi lebih kurang macam ni “you my oxygen, love”... pic kat bawah ni sebagai contoh je...


Aku tak kisah and suka hati diowang la pasal phrase2 tu..tapi bagi aku, hidup aku sekarang cuma ada satu factor pendorong yang amat kuat...terlalu kuat sampaikan aku tak kisah apa yang orang lain fikir....my parents...yes, sound loser right....ada orang lable aku single loser sebab aku single and x de couple life...but I don’t even care about it. Look, kalo betul aku ni nak couple opkos aku akan couple dari sem satu lagi kan...tapi aku tak rasa tu benda penting dalam hidup aku sekarang. Bukan aku nak deny pentingnya cinta dalam hidup seseorang tapi aku dah ada cinta yang lagi banyak dan lebih dari sepatutnya dari family aku.

“setiap manusia dijadikan berpasang-pasang”. Yes I know it...so, kalo dah sure kita ada partner, yang duk couple bagai nak rak tu kenapa....kalo memang dia pasangan kita, tak yah berkepit pown takpe.....tipu la kalo aku cakap aku tak de feel nak couple, ake remaja....syaitan sekeliling banyak duk hasut suruh buat benda2 jahat...tapi aku bersyukur lagi sebab aku ada pegangan agama lagi setakat ni..even aku bukan perfect tapi kalo ada terlintas nak buat jahat or nak buat benda tak elok, wajah mama ngan abah akan prevent aku dari buat benda2 tu.

Aku pernah lalui saat susah dalam hidup remaja aku...masa kawan2 tak suka sangat kat aku, aku bukan budak pandai, aku rasa aku orang paling malang kat dunia ni tapi aku tetap cuba survive and elak dari buat benda jahat (even ada la buat jahat sket2 tapi beselah, mana ada remaja tak memberontak)....aku tak nak mama ngan abah kecewa dengan aku, aku tak nak diowang susah sebab benda yang aku buat...

Tu masa zaman aku belasan tahun, sekarang zaman 20-an ni, aku dah tak memberontak...aku lagi compose ngan diri aku...aku tahu apa yang aku buat kena happykan diowang...siapalah aku tanpa mereka...aku tak takut hilang kawan, aku takut hilang diowang...aku tak boleh bayang kalo kat dunia ni aku ada kawan tapi family aku hilang percaya kat aku...kompem2 aku down sampai tak leh wat apa2...

Memang aku jarang call mama ngan abah, tapi bukan sebab aku tak ingat diowang tapi sebab aku tak de masalah n aku sihat macam biasa kat sini..kalo aku duk call non-stop, aku takut diowang risau kalau2 aku tak ingat call..

Dengar lagu number one for me tu buat aku nak nangis bila aku ingat balik benda2 teruk yang aku pernah buat masa aku kecik, still iowang sayang aku n terima aku...mana ada orang lain yang sanggup terima kita lepas kita buat jahat except our parents kan.....betapa aku sayang diowang....
my strength of my life

Sebab aku ada diowang la kau tak kesah aku kena spend weekend aku kat bilik tak kuar mana2 sebab tak de geng....aku tak kesah orang cakap aku jual mahal sebab tak couple even dah sem 4....kalo aku couple n buat benda tak elok, kompem mama ngan abah sedih ngan aku...aku rela tak de orang lain sayang aku kalo tu boleh buat diowang patah hati....tapi, budak zaman sekarang ni aku tak tahu la...kadang2 macam over obsess ngan couple masing2....padahal baru couple, dah tolong buat itu, buat ini, keluar sana, keluar sini...dengan parents, diowang mintak kemas bilik or suruh buat air sebab penat baru balikkeje pown susah...sedangkan diowang yang duk bagi kita makan selama ni...kalo mama suruh pegi kedai beli roti pown kita susah nak gerak, kenapa masa couple semua on je...try la treat parent kita macam mana kita treat couple kita sebab diowang lagi layak terima layanan first class dari kita, anak-anak...

p/s: my life base on them
p/ss: aku prefer hidup macam ni n I have enough love for my self.....


Wednesday, February 1, 2012

don't want to be an angel

assalamualaikum and hello there...

walau aku seamat sedar tak de manusia nak baca log nie...tapi tu bukan masalah...

aku
obses nak lawa....tapi nak lawa ni susah...kena usaha segala macam..sebab aku malas...aku tak berape lawa....

aku
suka gile nak mati ngan make up...selalu je make up walau kemana mana...baru lah vogue gi tu...tapi ada yang tak puas hati dengan make up kat muka aku yang tak ganggu orang lain......hello, kalo saya tak make up, korang tension tengok muka aku yang taklawatompoksanasini...

aku
pakai baju ikut trend yang aku nak....ada masa aku baik pakai jubah...masa tak berapa baik pakai ketat sket sket...tapi ada cakap aku mainkan agama sebab pakai baju ketat jap,jubah jap....nape orang lain free hair ko tak tegur terus??????....aku nie darah muda, sume benda nak try...kira ada la gak feel nak tutup aurat sebab aku pakai tudung

aku
sayang kawan kawan aku...terutama geng2 aku...aku tak kesah hangout ngan diorang 15323 jam pown...kalo ko nak kapel sila jangan susahkan aku atau sibuk nak mengajak aku sama...aku lebih percaya kawan dari kekasih....tak gangstar la kalo kapel kapel ni...

aku
susah benci orang...tapi once aku benci sampai mati aku benci...tak kesahla orang cakap "jangan benci sangat, nanti jatuh sayang"...aku tahu tu satu penipuan semata...

aku
bukan nak jadi dewi pown....nak lawa sket je....besela pompuan memang nak jadi lawa...kenapa ada yang cakap aku ni tak bersyukur dengan apa yang ada sebab nak melawa segala bagai...helllooooo!!!
aku jaga apa yang ada la ni, sebab tu aku nak lawa lawa.....sebab semua orang suka tengok benda lawa...

angel victoria secret.....ummmmpppppphhhhh lah

Sunday, October 16, 2011

ini bukan ayat suci al-quran

assalamualaikum and apa khabar...

terasa memberi salam itu lebih indah dari "hello everyone"...mungkin perlu berubah

terjumpa pic nie di fb

ini bukan ayat quran....mana ada surah tu dalam quran

terasa penting untuk post sebab benda macam nie mempermainkan agama aku....aku akui, aku bukan baik sangat, tapi benda macam nie tak leh di buat main....

bersama pic ni ada pesanan

"PERHATIAN!! ini bukan ayat al-Quran...

PENTING ...tolong sebarkan. Moga Allah SWT akan membalas jasa baik anda.
Yang pasti............ ini bukan ayat al-Quran

Semoga kita semua berhati-hati jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita.

Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh orang-orang KAFIR.

Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (Terus reject).

Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada blog melalui e-mail. Jika ada blog, copy dan paste ke blog anda. Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah.

Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiklah isinya juga. Tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah.

Sekali pandang macam ayat dan kalimah Al-Quran. Sebenarnya ayat dari kitab Bible."

jadi, dunia sekarang penuh dugaan...kena tahu bezakan mana benar mana salah....

moga mogsa benda sebegini dapat dihentikan....

Saturday, September 17, 2011

hamik la entry terlepas musim

hello everyone and apa khabar...

ingat tak penah ler aku duk gebang gebang nak bubuh pic certain benda aku masak masa bulan pose?????
ye, kabel saya baru beriaksi untuk membolehkan saya upload picca tersebut...

walau macam dah terlajak jauh.....namun tetap dekat dihati sume makanan yang aku masak nie....

rojak ayam bersama cendol kesayangan

murtabak inti daging sahaja

semperit kaler kaler
tahukah apam nie sedap

apam gula hangus lagi sedapppp

nasi kerabu amat superb buat berbuka



ingatkan ada banyak....rupanya pic lain lain dalam fon mama.....x dapat nak tunjuk segala jenis makanan yang aku tungkus lumus......

tak pe tak pe, teruslah berjalan kehadapan...lupakan perkara lama...cisss, bajet best la kalo cakap bagai cikgu...

last sekali, jom cuci mata bebebersih yer

muka sendiri dalam kelas akaun kali kedua

Monday, August 15, 2011

kegilaan kemelampauan nafsu...

hello everyone and apa khabar????

lama tak update blog sebab malas..ye..saya malas anak anak...terasa tak ber-idea bernas untuk menulis...jadi sekarang nie membuak buak la plak idea....jadi nak menulis tanpa henti...

sebab sekarang nie pose, setan iblis takde..tapi kita yang jadi setan sendiri...contohnya aku yang gelojoh lagi rakus nak beli sume benda....kat bawah nie adalah antara beg beg yang aku nak beli...dan beberapa aku dah order pown...selebihnya order lain kali...aishhh, teruk dah budak nie, keje nak perabis duit je...seb baik leh beli banyak2...












tolong la perhatikan beg beg ye anak anak....10 pic nie 6 dah di order dan lagi 4 dlm proses berfikir....tengok order 6 sekali gus...punyer la gelojohnya.....aiiissshhhhhh........kawal la nafsu...walau pown order untuk guna ramai ramai feel nak rembat je sume masa gi upm nanti...HARHARHARHARHAR!!!!!

p/s: motip ketawa keji????

Monday, August 1, 2011

jungle fish

hello everyone and apa khabar....

"as we tolerating with jungle that the adults create, we also created the countless trap for our self"
this is what teenage are......

Wednesday, July 20, 2011

tajuk apakah???????? sebulan sudah

hello everyone and apa khabar....


nie follow up apa yang di-AZAM-kan sebulan yang lalu pada bestday saya......


chekidaut my listing....


  1. bangun awal....lebih elok lepas subuh dah tak tido
  2. jangan tido lebih dari pukul 1.00 a.m...tak baik untuk tubuh
  3. diet diet diet-turunkan at least 5 kg bulan nie-
  4. skipping 30 minute a day!!!!! 0..0
  5. kurangkan mengadap lappy
  6. perkembangan muka saya
  7. improve make-up
  8. lesen lesen lesen
  9. try lebih banyak recipe baru
  10. update blog frequently n lebih honest dalam menulis -write what i thought k-
  11. baca quran setiap petang
  12. puasa 2 kali seminggu
  13. duduk kat tikar semayang lama sket
  14. sentiasa follow-up ngan kengkawan supaya tak putus hubungan
  15. post pasal yohoho dari sem 1
  16. continue menulis novel dengan lebih serius
  17. lebih bersopan dalam pakai baju
  18. follow up trend terkini
  19. berani try kaler baru dalam make-up or fesyen
  20. improve live as human being
motip letak muka sendiri?????? 

pakwe ter-latest after SUPER JUNIOR...kwangmin from boyfriend...
jangan nak cilok...kalo nak gak sila amik abang kembar beliau...


tu la follow up yang terjadi....tak banyak yang dapat achieve....harap dapat lagi improve idup nie...adoiiiiiiii 

Thursday, June 23, 2011

aku teringin nak hack blog!!!!!!!!!!!!!!!!!


Hello everyone n apa khabar????
tajuk entry agak hebat.....blog yang aku amat la ingin nak hack adalah blog si cantik manis Fatin Liyana...sebab amatla senang,blog dia menarik,follower n commenter tak penah putus walau dia post entry pkul 1.00 pagi......idola idola idola......agak agak boleh ke jadi sehebat beliau???? kalo diizinkan menge-HACK blog beliau ingin meninggalkan pesanan bahawasenye ini bukan saya tapi orang laennnnn.....

Monday, June 20, 2011

20 things have to do in month

well,hari nie birthday aku......hohohoho....happy birthday happy birthday kepada aku....
aiiissshhhhh,feel tak berapa nak seronok sebab officially-nyer aku dah 20 tahun.....angka zero yang muncul setiap sepuluh tahun dalam umor aku.....rase dah tua......mak ngan abah pown dah start cakap pasal bila nak kahwin....i'm just 20 and lot thing i want to do...takkan la nak kawen awal awal....walau aku ada impian nak kawen mase umor 21 macam mak aku tapi rasenye tak mungkin dan impossible la...jadi sempena hari jadi aku yang ke-20 nie...nak merai-kan kedewasaan aku buat list yang akan aku rujuk dalam masa sebulan lagi....list nie adalah benda yang aku nak buat dalam mase sebulan nie sebagai langkah berjaga-jaga permulaan sebagai seorang dewasa...

chekidaut my listing....

  1. bangun awal....lebih elok lepas subuh dah tak tido
  2. jangan tido lebih dari pukul 1.00 a.m...tak baik untuk tubuh
  3. diet diet diet-turunkan at least 5 kg bulan nie-
  4. skipping 30 minute a day!!!!! 0..0
  5. kurangkan mengadap lappy
  6. perkembangan muka saya
  7. improve make-up
  8. lesen lesen lesen
  9. try lebih banyak recipe baru
  10. update blog frequently n lebih honest dalam menulis -write what i thought k-

Saturday, June 18, 2011

cik Bunny!!!!!!!! Jom Join Bloglist Cik Bunny.....



well,saje je nak ulang ulang name Cik Bunny sebab bunyi dia kiut je mase sebut....cube la ramai ramai sebut Cik Bunny 15 kali sorang......comel kan kalo sebut lelaju....owh....hakikat utama buat entry berkenaan Cik Bunny nie sebab ada satu contest seperti tajuk diatas....

walau pown tak faham sangat macam mane nak join....disebabkan dah di invite...rasenye apa salah nye kalo join....hohohohohoho.....excited tak pepasal.....jakun sebab tak pernah masuk contest la ni....

dalam sume syarat...ada satu syarat yang aku tak berapa faham....."Tag 3 blogger dan pastikan diorang tahu"...  well, as a newbie kat blog nie....aku tak berapa pandai ataupun tahu nak buat benda benda macam nie...apa apa pown aku akan pikir gak nak solve prob nie....maybe senang je kowt  ~..~



ahli yang akan di-seru

Saturday, April 30, 2011

bersatu dan makan bersama

baru je abes final etnik tadi, semalam tak bleh tido disebabkan minum kopi secawan tu....memang la soalan tadi agak senang..tapi apa yang nak cakap hari nie adalah berkenaan dengan ETNIK....kursus etnik nie adalah untuk meningkatkan semangat perpaduan antara kaum di Malaysia...kenapa kita nak bergaduh bermasam muka, races antara kawan semata-mata mereka tak sam kaum....setakat nie yohoho tak de lagi kejadian macam tu..tak dinafikan,budak yohoho pown tak de la bersatu gila-gila tapi kami tak races...perkauman....sudah lumrah mestila orang cina lagi selesa dengan orang cina berbanding dengan melayu, tapi kami selalu ber-joke- sesama kami...dan merancang sesuatu bersama-sama......makan pown selalunya sepanjang-panjang meja kat cafe tu kitowang sambung sebab nak makan satu kosmate.....apa-apa pown hidup kat malaysia nie kalau terlampau races susah tapi jangan sampai lupakan asal usul plak.......

link-kan video yang menarik gila nak mampos kat sini.....simple and clear (i'm talking about the message he want to say)



p/s; semangat ke-MALAYSIAAN

Thursday, March 31, 2011

masa adalah emas

kerana telah amat lama tidak posting apa-apa kat blog ini....terasa nak mengepost........................
tentry kali ni x de kena mengena sangat cuma dua tiga minggu yang terlampau sibuk ni membuatkan aku amat menghargai setiap detik masa yang ada....korang sume jangan la duk membuang masa sesuka hati sebab masa yang dibuang tak leh nak kutip balik.......kekadang aku menyesal gak bila terpikir nape la aku x buat keje tu masa aku free semalam....selalu terfikir macam nie membuatkan aku x nak membuang masa lagi.....owh masa amat singkat skunk nie.....tak berapa hepi bila masa terlalu laju berjalan sama dengan duet yang mengalir keluar..................masa berenti la kejap

p/s:masa dan duet seiringan hilang.......

Wednesday, March 16, 2011

APA NAK JADI DENGAN KITA??????

selepas terbaca ketidak puasan hati kaum lain terhadap sistem pemerintahan kita......aku terasa marah tetiba....kenapa????? buka la mata sket.....kita rakyat asal negara ni tapi sekarang sapa yang nak kawal kita......bukan nak cakap diorang tak ada hak....tapi kami ni bumiputra nyer kaum ada kelebihan tersendiri dekat negara kami.......walaupun korang duk kutuk, hina, tak puas hati, nak buat rusuhan dan macam-macam lagi kat kerajaan, tapi yang korang berjaya hidup boleh makan tak merempat tu sapa yang bagi.....BUKAN KERJAAN KE????? KERJA SWASTA POWN DEAL NGN KERAJAAN LA....... memandang ada yang task berapa nak faham....tolong bukak dan cari dasar-dasar perlembagaan Australia.....rakyat bumiputra diorang pown diberi kelebihan daripada rakyat bukan bumiputra diorang......


kenapa nak kecoh-kecoh kalau kita semua boleh bernafas dengan baik lagi....memang la Perdana Menteri kita, Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak keluarkan slogan satu malaysia.....tapi maksud dia adalah semua rakyat bersatu padu bukannya menyamakan hak semua rakyat tanpa mengira status.....perlembagaan malaysia tidak boleh digubal sesuka hati.....kalo tak puas hati sangat sial balik ke tempat asal nenek moyang korunk....apa susah.....kat sana korunk MUNGKIN dilayan baik.....tolong la, nak bersatu memang la susah, paling tidak jangan la ada rasa buyers antara kaum......apa yang peliknya, semua yang meng-komen tak puas hati tu semua nye terpelajar....kalao dah nama cerdik tu memang mula lah nak start buat kerajaan sendiri....tolong la masuk dalam upstraem politik dengan cara betul, tak payah nak kondem, kutuk-kutuk, post itu ini pasal kerajaan teruk kat belakang.YES, semua orang ada buat silap....perdana menteri, menteri dan pemimpin adalah manusia.....so normal la kalo diorang ada buat salah dan silap.....ini dinamakan proses pembelajjaran sepanjang hayat.Jadi umur dan pengalaman tak dikira ye........


diharap kepada semua rakyat, sebelum mengutuk tu fikir la dulu....jangan main redah je.....bayangkan korunk kat tempat diorang....pastu kalo korunk x dapat something yang korunk nak, jangan cepat melatah....try kaji balik nape korun tak dapat, maybe korunk tak ikut syarat-syarat utama dia.....kerajaan kita tak kejam pown tapi baik sangat-sangat, so buat je aduan dan diorang akan amik tindakan on the spot (ini bukan omong kosong kerana aku dah buat dengan beberapa agensi kerajaan....feedback memang memberangsangkan)  


jadi.....pakat-pakat la kita sokong malaysia punya kerajaan....jangan la masa makan je boleh bergabung tenaga,masa lain x boleh plak nak bergembira macam tu.........


style gambar nie kan,kan,kan




P/S: ksila tekan SAYA X PERNAH PUAS article yang berjaya menaikkan darah aku.....hehehehehehehe


mengaharapkan tak disaman sebab ini cumalah komen ikhlas dari hati......

Friday, March 4, 2011

khutbah terakhir Rasullulah...

mendapat mood baik dlm masa yg singkat.......renungkan lah



Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)

Tuesday, March 1, 2011

ekonomi dunia

oleh kerana telah lama tidak menge-POST apa-apa...tiba tiba terasa mahu menulis sesuatu...
post hari ini berbunyi EKONOMI DUNIA....ye ekonomi ye anak-anak....walau tidak ada kena mengena dengan subjek ekonomi tetapi ia tetap penting.....

disebabkan ekonomi dunia tak berapa nak stabil dua tiga hari ni,banyak barang berubah harga dan selalunya naik.....itu yang pengguna tak suka.....pengguna nak beli banyak jenis barang dalam kuantiti yang sikit,nak itu nak ini amik tu amik ni...pendek kata serba sikit tapi semua ada....tapi penjual nak jual banyak barang tapi sejenis je.....nak untung la katakan....nilah complex yang terjadi antara penjual dan pembeli.unutk mengatasi masalah ini kita kena cari titik keseimbangan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.....dah dah dah...sebelum terlalut ke daerah luar kawasan ada baiknya aku sedar diri....huhuhuhu,terfeeling dalam lecture plak...ye la masa lecture tido,skunk duk berblogging sibok sibok nak berlecture....

paper hal pown,nak cakap la jugak disebabkan barang mahal dan duit sentiasa sikit,nilai duit makin tidak bernilai....anda faham apap yang saya nak katakan disini???? bagussss,pandai nye anda semua......baiklah ini ada tip berjimat dari orang yang boros untuk anda.......


  1. fikirkan keutamaan yang anda mahu. contoh mudah disini,anda nak kenyang atau nak baju baru..BAJU BARU!!!!!! kalau itu jawapan anda (ini pilihan hati tuan rumah ) anda reducekan wang untuk makan dan save untuk baju...senang kan kan kan kan??????
  2. bajet la seboleh boleh nya....disebabkan tuan rumah tak kaya,bajet amat penting....buat bajet anda boleh belanja berapa banyak dalam sebulan...kalo rasa rasa terlanggar bajet anda patut berpuasa (bukan puasa tak makan, tapi puasa dari keluar duit yg banyak untuk mencapai bajet semula)
  3. cari orang untuk belanja anda.hahahahahhahahahahah....ini tip jahat dari tuan rumah....suruh la member belanja anda....buat la muka anak kucing se-CHOMEL habis untuk mendapat makanan ehhh silap, untuk kawan anda belanja....tapi minta la dengan cara yang betul dan baik baik...bukan nye macam ALONG minta hutang...
  4. keperluan dan kehendak.....ini yang ramai terkeliru,asyik beli je semua benda padahal tu semua adalah kehendak....keperluan benda yang diperlukan dan perlu....kehendak kemahuan kita a.k.a nafsu setan le...
jadi setakat itu sahaja tips berjimat cermat dari si boros...memang tak berapa relevan tapi apa yang penting KERJASAMA....penting untuk kita tahu kawal perbelanjaan sebenarnya.....jangan la malu nak beli buku tentang cara-cara mengurus wang atau minta tunjuk ajar dari pakar....semua tu untuk kebaikkan kita...itu la apa yang tuan rumah buat untuk menjaga wang didalam bank.....kekekekekeke......
terpengaruh shopping online la plak skunk  nie


p/s; sila kasihankan pingu disebelah ni....

Thursday, February 10, 2011

zaman dahulu yang selesa

apa yang entry kali nie nak tulis walau pun bukan dalam english tapi amat la memorable....terasa nak tulis selepas terbaca blog zackzuhairi dengan entry beliau yang berbunyi Memori zaman darjah satu....Teramatlah memorable selepas membaca blog beliau....lalu dengan senyuman nye saye disini ingin menambah satu dua perkare mase zaman memuda kat sekolah dulu....bebudak zaman skunk nie (contohnye adek aku yang maen game fesbuk memanjang) tak macam kita dedulu dah...kita dulu maen game kat luar....kejar-kejar ke, main masak-masak ada jadi mak,ayah anak jiran rumah sebelah le(aku pown tak berape nak faham nape budak pompuan maen masak-masak dulu termasukla aku)......tapi bebudak sekarang nie lebey kepada dunia maya or lebeyh popular ngan name internet nie....sebab tu budak skunk nie lain ngan kita dulu...demand tinggi la jugak...kita dulu mintak mainan patung robot diorang mintak iphone4, kita nak baju baru diorang nak yang berjenama...kalo tak berjenama x best nak pakai katanya,kita g skola duit poket 50 sen je dioranng dekat 5 hengget tu pown komplen cakap x cukup la(apa yang korang beli haaa????)

super ring adalah mewah zaman  dedulu
zaman memuda selalu la beli cekedis kat kedai depan sekolah...ala yg dalam plastic kaler hijau tulis SMAK (tak berae ingat namenye) rasenye...skunk susah dah nak cari cekedis tu...harge 20 sen je.....kalo cekelat plak kitorang suka beli cekelat susu yg cair dalam mulut tu...10 sen 3....murahhhhhhhhhhh gilerrrrrrrrrrr.......sekarang nie memang tak jumpa dah la bebenda yang best tu.....yang ada kat kedai nye smarties la twiglles la ntah apa apa je yang ada...kalo ada cekelat pown yang manis keras ngn tak sedap tu... lagi satu cekelat yang bes cekelat kelapa,rase mmg mcm kelapa ngn bungkusan ada kaler,merah,hijau,biru,kuning dan berjalur perak...sekarang kat kampung pown kekadang je jumpa cekelat nie....

adek aku skunk nie x kenal dah bebenda tradisi nie....guli pown x reti nak maen...maen tikam guli best....dah la guli tu ada banyak jenis....sebagai contoh:guli air,guli susu, guli berlian dan macam macam lagi.....memang tak sangka guli tu macam tak ade nilai plak sekarang nie kat bebudak nie.......makanan kalo zaman dulu x yah cakap la...murah murah sedap plak tu....sekarang sume benda mahal...sampai nak beli pown tangguh dulu la....teramat la mahal...rase tak sure sedap...
bukan orang yang akukenal....cuma terjumpa masa google


walaupun kemajuan tu bagus...tapi benda yang lama jangan dibuang bukan nye benda lama harus dilupa.....aishhhh.... tak tau nak cakap apa.....tapi dah menulis sepanjang nie...rasenye dah cukup la........