Showing posts with label nationalism. Show all posts
Showing posts with label nationalism. Show all posts

Thursday, September 8, 2011

made by malaysian

hello everyone and apa khabar...

kalau ada yang rajin baca entry lama saya, mungkin anda perasan saya agak patriotik dan semangat dengan benda benda berkait dengan semangat kenegaraan dan seangkatan...tapi saya bukan seorang yang pesimis...tak boleh menerima pendapat atau mahu menegakkan kaum saya sahaja...saya cuma mahukan keamanan dan kedamaian...

mungkin apa yang saya mahukan amat simple...tapi dengan benda yang simple nie akan berlakunya peruahan besar terhadap negara dan juga masa hadapan....

saya masih tak faham kenapa susah sangat nak hormati kaum, bangsa, agama lain...prinsip saya cuma satu, buat baik dengan orang, orang baik dengan kita....ye, benda inilah yang ramai orang lupa...saya yakin dan pasti semua kaum dan agama menyuruh kita hormat menghormati, berbaik baik dan bertimbang rasa antara satu sama lain...jadi kenapa ramai yang nak beza beza sangat ngan orang lain????

tak kesah la kalau kita minat lagu apa pown, mungkin ada minat omputih, spain, korea, japan, hindustan, thai, indo dan macam macam, tapi semua tu tak menggambarkan siapa kita....minat lagu bukan menjadikan kita seperti mereka....saya akui saya amat minat korea, lagu, drama, talkshow pown saya tengok dengan rakus sekali...tapi kalau berkenan negara saya tiada kompromi.....malaysia perlu dijaga, saya tak mahu dijajah sekali lagi...

mungkin pengaruh novel novel lama yang banyak saya baca masa dalam proses membesar membuat saya menjadi begini....kadang kadang saya pelik kenapa malu nak menyanyi lagu NegaraKu dengan lantang dan kuat...kena suruh kena marah barulah nak terjerit jerit nyanyi...salahkah menyanyi lagu negaraku dengan penuh semangat...lagu itu semangat kita...kalau rakyat thai rela berhenti dari berkerja tika terdengar lagu kebangsaan mereka, rakyat kita buat bodo malah memain mainkan lagu kebangsaan yang satu..

jangan sampai kita dijajah semula dilanda krisis, berperang, mogok sana sini, baru ramai ramai nak berfikir...masa tu dah terlambat sebab dah ada yang terpengaruh dengan idealogi lain...idealogi yang penting sekarang adalah mengangkat nama Malaysia kemata dunia...pastikan tiada masalah dalaman Malaysia....rakyat boleh mengharap satu sama lain walau berlainan agama, bangsa, kaum atau parti politik...

kalau dulu semua bangsa boleh bersatu untuk mencari KEMERDEKAAN, sekarang haruslah semua bangsa terus dan tetap bersatu untuk pertahankan dan meneruskan legasi Malaysia Merdeka bebas dari pengaruh dan kawalan luar....


walau pun incek MatLuthfi tak cakap respon melalui blog, saya rasa setiap rakyat Malaysia normal akan terasa terharu dengan video nie dan mahukan Malaysiakan yang lebih baik untuk semua...

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia......~..~

Saturday, April 30, 2011

bersatu dan makan bersama

baru je abes final etnik tadi, semalam tak bleh tido disebabkan minum kopi secawan tu....memang la soalan tadi agak senang..tapi apa yang nak cakap hari nie adalah berkenaan dengan ETNIK....kursus etnik nie adalah untuk meningkatkan semangat perpaduan antara kaum di Malaysia...kenapa kita nak bergaduh bermasam muka, races antara kawan semata-mata mereka tak sam kaum....setakat nie yohoho tak de lagi kejadian macam tu..tak dinafikan,budak yohoho pown tak de la bersatu gila-gila tapi kami tak races...perkauman....sudah lumrah mestila orang cina lagi selesa dengan orang cina berbanding dengan melayu, tapi kami selalu ber-joke- sesama kami...dan merancang sesuatu bersama-sama......makan pown selalunya sepanjang-panjang meja kat cafe tu kitowang sambung sebab nak makan satu kosmate.....apa-apa pown hidup kat malaysia nie kalau terlampau races susah tapi jangan sampai lupakan asal usul plak.......

link-kan video yang menarik gila nak mampos kat sini.....simple and clear (i'm talking about the message he want to say)



p/s; semangat ke-MALAYSIAAN

Thursday, March 31, 2011

masa adalah emas

kerana telah amat lama tidak posting apa-apa kat blog ini....terasa nak mengepost........................
tentry kali ni x de kena mengena sangat cuma dua tiga minggu yang terlampau sibuk ni membuatkan aku amat menghargai setiap detik masa yang ada....korang sume jangan la duk membuang masa sesuka hati sebab masa yang dibuang tak leh nak kutip balik.......kekadang aku menyesal gak bila terpikir nape la aku x buat keje tu masa aku free semalam....selalu terfikir macam nie membuatkan aku x nak membuang masa lagi.....owh masa amat singkat skunk nie.....tak berapa hepi bila masa terlalu laju berjalan sama dengan duet yang mengalir keluar..................masa berenti la kejap

p/s:masa dan duet seiringan hilang.......

Wednesday, March 16, 2011

APA NAK JADI DENGAN KITA??????

selepas terbaca ketidak puasan hati kaum lain terhadap sistem pemerintahan kita......aku terasa marah tetiba....kenapa????? buka la mata sket.....kita rakyat asal negara ni tapi sekarang sapa yang nak kawal kita......bukan nak cakap diorang tak ada hak....tapi kami ni bumiputra nyer kaum ada kelebihan tersendiri dekat negara kami.......walaupun korang duk kutuk, hina, tak puas hati, nak buat rusuhan dan macam-macam lagi kat kerajaan, tapi yang korang berjaya hidup boleh makan tak merempat tu sapa yang bagi.....BUKAN KERJAAN KE????? KERJA SWASTA POWN DEAL NGN KERAJAAN LA....... memandang ada yang task berapa nak faham....tolong bukak dan cari dasar-dasar perlembagaan Australia.....rakyat bumiputra diorang pown diberi kelebihan daripada rakyat bukan bumiputra diorang......


kenapa nak kecoh-kecoh kalau kita semua boleh bernafas dengan baik lagi....memang la Perdana Menteri kita, Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak keluarkan slogan satu malaysia.....tapi maksud dia adalah semua rakyat bersatu padu bukannya menyamakan hak semua rakyat tanpa mengira status.....perlembagaan malaysia tidak boleh digubal sesuka hati.....kalo tak puas hati sangat sial balik ke tempat asal nenek moyang korunk....apa susah.....kat sana korunk MUNGKIN dilayan baik.....tolong la, nak bersatu memang la susah, paling tidak jangan la ada rasa buyers antara kaum......apa yang peliknya, semua yang meng-komen tak puas hati tu semua nye terpelajar....kalao dah nama cerdik tu memang mula lah nak start buat kerajaan sendiri....tolong la masuk dalam upstraem politik dengan cara betul, tak payah nak kondem, kutuk-kutuk, post itu ini pasal kerajaan teruk kat belakang.YES, semua orang ada buat silap....perdana menteri, menteri dan pemimpin adalah manusia.....so normal la kalo diorang ada buat salah dan silap.....ini dinamakan proses pembelajjaran sepanjang hayat.Jadi umur dan pengalaman tak dikira ye........


diharap kepada semua rakyat, sebelum mengutuk tu fikir la dulu....jangan main redah je.....bayangkan korunk kat tempat diorang....pastu kalo korunk x dapat something yang korunk nak, jangan cepat melatah....try kaji balik nape korun tak dapat, maybe korunk tak ikut syarat-syarat utama dia.....kerajaan kita tak kejam pown tapi baik sangat-sangat, so buat je aduan dan diorang akan amik tindakan on the spot (ini bukan omong kosong kerana aku dah buat dengan beberapa agensi kerajaan....feedback memang memberangsangkan)  


jadi.....pakat-pakat la kita sokong malaysia punya kerajaan....jangan la masa makan je boleh bergabung tenaga,masa lain x boleh plak nak bergembira macam tu.........


style gambar nie kan,kan,kan




P/S: ksila tekan SAYA X PERNAH PUAS article yang berjaya menaikkan darah aku.....hehehehehehehe


mengaharapkan tak disaman sebab ini cumalah komen ikhlas dari hati......

Friday, March 4, 2011

khutbah terakhir Rasullulah...

mendapat mood baik dlm masa yg singkat.......renungkan lah



Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)

Tuesday, March 1, 2011

ekonomi dunia

oleh kerana telah lama tidak menge-POST apa-apa...tiba tiba terasa mahu menulis sesuatu...
post hari ini berbunyi EKONOMI DUNIA....ye ekonomi ye anak-anak....walau tidak ada kena mengena dengan subjek ekonomi tetapi ia tetap penting.....

disebabkan ekonomi dunia tak berapa nak stabil dua tiga hari ni,banyak barang berubah harga dan selalunya naik.....itu yang pengguna tak suka.....pengguna nak beli banyak jenis barang dalam kuantiti yang sikit,nak itu nak ini amik tu amik ni...pendek kata serba sikit tapi semua ada....tapi penjual nak jual banyak barang tapi sejenis je.....nak untung la katakan....nilah complex yang terjadi antara penjual dan pembeli.unutk mengatasi masalah ini kita kena cari titik keseimbangan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.....dah dah dah...sebelum terlalut ke daerah luar kawasan ada baiknya aku sedar diri....huhuhuhu,terfeeling dalam lecture plak...ye la masa lecture tido,skunk duk berblogging sibok sibok nak berlecture....

paper hal pown,nak cakap la jugak disebabkan barang mahal dan duit sentiasa sikit,nilai duit makin tidak bernilai....anda faham apap yang saya nak katakan disini???? bagussss,pandai nye anda semua......baiklah ini ada tip berjimat dari orang yang boros untuk anda.......


  1. fikirkan keutamaan yang anda mahu. contoh mudah disini,anda nak kenyang atau nak baju baru..BAJU BARU!!!!!! kalau itu jawapan anda (ini pilihan hati tuan rumah ) anda reducekan wang untuk makan dan save untuk baju...senang kan kan kan kan??????
  2. bajet la seboleh boleh nya....disebabkan tuan rumah tak kaya,bajet amat penting....buat bajet anda boleh belanja berapa banyak dalam sebulan...kalo rasa rasa terlanggar bajet anda patut berpuasa (bukan puasa tak makan, tapi puasa dari keluar duit yg banyak untuk mencapai bajet semula)
  3. cari orang untuk belanja anda.hahahahahhahahahahah....ini tip jahat dari tuan rumah....suruh la member belanja anda....buat la muka anak kucing se-CHOMEL habis untuk mendapat makanan ehhh silap, untuk kawan anda belanja....tapi minta la dengan cara yang betul dan baik baik...bukan nye macam ALONG minta hutang...
  4. keperluan dan kehendak.....ini yang ramai terkeliru,asyik beli je semua benda padahal tu semua adalah kehendak....keperluan benda yang diperlukan dan perlu....kehendak kemahuan kita a.k.a nafsu setan le...
jadi setakat itu sahaja tips berjimat cermat dari si boros...memang tak berapa relevan tapi apa yang penting KERJASAMA....penting untuk kita tahu kawal perbelanjaan sebenarnya.....jangan la malu nak beli buku tentang cara-cara mengurus wang atau minta tunjuk ajar dari pakar....semua tu untuk kebaikkan kita...itu la apa yang tuan rumah buat untuk menjaga wang didalam bank.....kekekekekeke......
terpengaruh shopping online la plak skunk  nie


p/s; sila kasihankan pingu disebelah ni....

Thursday, February 10, 2011

zaman dahulu yang selesa

apa yang entry kali nie nak tulis walau pun bukan dalam english tapi amat la memorable....terasa nak tulis selepas terbaca blog zackzuhairi dengan entry beliau yang berbunyi Memori zaman darjah satu....Teramatlah memorable selepas membaca blog beliau....lalu dengan senyuman nye saye disini ingin menambah satu dua perkare mase zaman memuda kat sekolah dulu....bebudak zaman skunk nie (contohnye adek aku yang maen game fesbuk memanjang) tak macam kita dedulu dah...kita dulu maen game kat luar....kejar-kejar ke, main masak-masak ada jadi mak,ayah anak jiran rumah sebelah le(aku pown tak berape nak faham nape budak pompuan maen masak-masak dulu termasukla aku)......tapi bebudak sekarang nie lebey kepada dunia maya or lebeyh popular ngan name internet nie....sebab tu budak skunk nie lain ngan kita dulu...demand tinggi la jugak...kita dulu mintak mainan patung robot diorang mintak iphone4, kita nak baju baru diorang nak yang berjenama...kalo tak berjenama x best nak pakai katanya,kita g skola duit poket 50 sen je dioranng dekat 5 hengget tu pown komplen cakap x cukup la(apa yang korang beli haaa????)

super ring adalah mewah zaman  dedulu
zaman memuda selalu la beli cekedis kat kedai depan sekolah...ala yg dalam plastic kaler hijau tulis SMAK (tak berae ingat namenye) rasenye...skunk susah dah nak cari cekedis tu...harge 20 sen je.....kalo cekelat plak kitorang suka beli cekelat susu yg cair dalam mulut tu...10 sen 3....murahhhhhhhhhhh gilerrrrrrrrrrr.......sekarang nie memang tak jumpa dah la bebenda yang best tu.....yang ada kat kedai nye smarties la twiglles la ntah apa apa je yang ada...kalo ada cekelat pown yang manis keras ngn tak sedap tu... lagi satu cekelat yang bes cekelat kelapa,rase mmg mcm kelapa ngn bungkusan ada kaler,merah,hijau,biru,kuning dan berjalur perak...sekarang kat kampung pown kekadang je jumpa cekelat nie....

adek aku skunk nie x kenal dah bebenda tradisi nie....guli pown x reti nak maen...maen tikam guli best....dah la guli tu ada banyak jenis....sebagai contoh:guli air,guli susu, guli berlian dan macam macam lagi.....memang tak sangka guli tu macam tak ade nilai plak sekarang nie kat bebudak nie.......makanan kalo zaman dulu x yah cakap la...murah murah sedap plak tu....sekarang sume benda mahal...sampai nak beli pown tangguh dulu la....teramat la mahal...rase tak sure sedap...
bukan orang yang akukenal....cuma terjumpa masa google


walaupun kemajuan tu bagus...tapi benda yang lama jangan dibuang bukan nye benda lama harus dilupa.....aishhhh.... tak tau nak cakap apa.....tapi dah menulis sepanjang nie...rasenye dah cukup la........

Sunday, February 6, 2011

EwwW.....follow up IniAnwarHadi video

ok...after very looooooong time i didn't post any thing, now i have something that i can talk about.....

'hey,uuuooooallllls nak g mn?????' 'x g mnr powwwn...round2 jewwww'

well i'm pretty sure that all of you guys known this language. even though it not totally use us the ewwww thing at the end of word. but it still annoying....hahaha, btw i found a guy not a guy that i had a crush but the guy in youtube. i keep thinking that him will bring new wave to malaysian youth....
why??????? the answer is easy like makan cendol je.....he have a vision in doing his video.not simply put a video with poor quality and don't have any meaning behind it.....i watch almost all of his video now...easy to say just go to youtube and type IniAnwarHadi (or just click here to watch his video and start to subscribe)

about what i post today, actually i got an idea to write because one of his video....hahahahaha,i think it funny...but it really happen now,young people in malaysia did not appreciate the language...errrr,if you guys keep thinking why i do not use bahasa in my blog,it doesn't matter because my blog is in english,so what it is give you a big problem....YES that the answer actually if i'm respond like that.what i mean not appreciate and love the language is in the shortform kind....it totally gross now days.....bahasa and english is totally become 'rojak' now,mixing without any concern....they thought they modern if using such a language but they make our bahasa dying.....try to realize if in 30 years from now all people talk like that what meaning bahasa to us anymere??????? young people now is get to much from the people back then this make them so childish, not mature, can not stand in their own feet and depending on other too much.....till then we want be like this....even ghost is scare to them.....wake up wake up wake up you guys can kill malaysia like this....
ahhhh about the video i response is here......




okay...till next time and response to my cute little pingu at my blog....

Thursday, January 20, 2011

kisah wanita......

totally love this.....so i post it,,,,



Terjadi percakapan antara Allah dan Malaikat-Nya mengenai makhluk ciptaan-Nya Iaitu wanita. Allah memerlukan waktu yang cukup untuk menciptakan wanita...padahal bisa saja Allah menyatakan "Kun, Fayakun"...jadilah, maka jadi....tetapi Allah Maha Bijaksana, memberikan pelajaran dan pengajaran kepada manusia bahwa apapun yang hendak dibuat harus tersedia waktu yang cukup dan perlu proses...

Malaikat menghadap Allah dan bertanya : "Ya Allah, mengapa memerlukan waktu untuk menciptakan wanita ini...?" 

Allah menjawab : "Apakah kamu memperhatikan seluruh keistimewaan dan seluruh sifat yang ada pada ciptaan-Ku ini? Ciptaan ini harus memiliki lebih dari 200 organ yang selalu bergerak agar bisa menjalankan semua tugasnya. Ciptaan ini kelak harus mampu melayani suaminya, menjaga harta keluarga dan menjadi ratu dirumah tinggalnya. Ciptaan ini kelak harus mampu membuat enak segala macam makanan yang dihidangkan. Dia harus kuat mengandung anak dan sanggup melahirkan berkali-kali. Dia harus memberikan cinta yang bisa menyembuhkan rasa sakit. Dia harus bisa melakukan segala sesuatu hanya dengan 2 tangannya." 

Malaikat terkejut dan berkata : "Hanya dengan 2 tangan, 2 tangan! ini adalah hal yang mustahil..." 

Allah terus melanjutkan ciptaan-Nya. lalu kepada malaikat, Allah berfirman :"Tunggulah sampai besok aku akan menyelesaikan semuanya. Tunggulah sebentar ! Ciptaan ini akan segera selesai. Dia ini akan selalu dekat dengan Aku. Dia bisa menyembuhkan dirinya saat jatuh sakit. Dia bisa bekerja sepanjang hari dan malam..." 

Malaikat mendekati wanita yang sudah tercipta dan memegangnya, lalu bertanya kepada Allah : "Ya Allah, Engkau jadikan wanita ini sangat lembut!" Allah menjawab :"Ya, sesungguhnya dia sangat lembut, tetapi Aku jadikan dia sangat kuat. Kamu tidak bisa menggambarkan sampai dimana kekuatannya, dia mampu menanggung beban dan menahan diri untuk bersabar." 

Malaikat bertanya: "Apakah dia bisa berpikir?" Allah menjawab : "Tidak hanya berpikir, dia pandai mengambil hati dan pandai berbicara, dia bisa berdialog dan juga bisa berdebat." 

Malaikat memegang pipi wanita itu dan merasa asing, kemudian bertanya kepada Allah :"Ya Allah mengapa pipinya ranum dan berkilau..?" Allah menjawab : " Pipi itu bukan semata ranum dan berkilau. Disitu tersimpan air mata, dan disitu terletak banyak beban berat." malaikat bertanya : "Kenapa mengalirkan air mata?" Allah menjawab : "Air mata adalah satu-satunya cara melepaskan beban. Mengalirnya air mata adalah cara untukmengungkapkan kesedihan, ketidaksenangan, pengaduan, kekecewaan, cinta, kebencian, kerinduan, kesendirian, kebahagian, dan segala macam rasa yang ada dalam dirinya..."