Showing posts with label annoying. Show all posts
Showing posts with label annoying. Show all posts

Friday, March 7, 2014

Aku, PTPTN, & Pengurusan Universiti

Assalamualaikum,

Hari ni nak cite pasal lain sket. Ni nak cite pasal kejadian julung-julung kali terjadi pada aku...KAMI X DAPAT PTPT EVEN DAH SEBULAN LEBIH START KELAS...

Itulah hakikatnye....Ceritanya bermulanya macam ni, masa cuti sem, ada ua ura mengatakan berlaku kesilapan key-in yuran yang buat yuran kitorang double...Masa tu ramai kalut risau kena bayar yuran 2K +++...MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) cakap jangan risau, tak kan efek pon just salah taip...Semua macam lega sket..Time ni aq x de kesah pon sbb pikir mmg sbb salah key in, just undo je la kan...

Bukak sem, cek akaun duit tak de lagi...aku sejukkan hati sendiri cakap maybe lepas 2-3 hari masuk lah kan...Tunggu punya tunggu tak masuk masuk jugak...Yang magik nya budak kos lain sume dah sapat..Roommate dah kuar shopping 3-4 kali...Aku start feel risau lepas seminggu lebih sebab tak penah jadi macam ni...

Nak dijadikan kes lagi, kosmate aku, N, kol PTPTN untuk tahu status...Jawapan diorang adalah "Awak dapat bawak 2.0, so PTPT tak dapat dik". Takkan la satu kos fail kot kan, lagi pon result kitorang sume atas 3.0. Aku tau apa yg buat benda ni jadi.. Kos kitorang pelik sket, Latihan Industri (LI) yakni Praktikal Bekerja tengah tengah sem. Kos lain LI sem akhir lepas dah siap Fianl Year Project semua, kami LI Sem 6. LI tak ada result, just memuaskan or tidak memuaskan je. Bila kami explainkat pihak PTPTN diorang baru faham and cakap diorang tak boleh nak ubah result dalam sistem kecuali lah Pihak UPM hantar result dah senarai result yang latest, baru diorang boleh proses. Diorang mintak kami pergi bahagian akademi Uni sendiri untuk tanya pasal masalah ni.

Jadi kami pergi ke Bahagian Akademik. Kerani kat situ cakap kami kena bagi result kami kat diorang secepat mungkin untuk proses data. Dia bagi 2 hari untuk hantar result kami semua kat diorang. Kalut lah Kami ni turun naik office fakult sebab nak amik result latest dengan yang masa praktikal. Fakulti cakap result sem lepas (sem 7) tak keluar lagi yang official, boleh print dari web SMP kalau untuk kegunaan dalaman. Jadi kami pon print yang dari web. Nak masuk web ni pon satu hal jugak, hang memananjang n memang stuck sangat sangat kalau nak masuk. Macam kalau kita nak kol or hantar masej kat orang time raya, line busy semua telco. Lepas bergaduh ngan SMP untuk print result dari Sem 1-Sem 7, yes kami kena anta result dari awal kami jejak kaki ke UPM kat Bahagian Akademik, kami pon hantar result kami semua kat diorang yakni Bahagian Akademik dengan harapan masalah ni dapat di selesaikan mungkin dalam 2-3 minggu (Kata diorang ini la masa diperlukan).

Sejujurnya, aku pelik dengan Bahagian Akademik ni. Bukan ke mereka BAHAGIAN AKADEMIK terang terang diorang boleh cek sistem pelajar dan print result kami sendiri kan. Tapi kenapa diorang nak kami buat sendiri jugak pastu hantar kat diorang. Dah la tak dapat respon masa hantar result, just "OK". NOPE, WE ARE NOT OK...Tapi lepas hantar result ni, kami bagi peluang untuk masalah ini disettlekan oleh diorang sebab mestilah kami anggap diorang akan buat kerja ni. Terang terang silap diorang tak ingat hantar senarai nama kos kami (tercicir atau terbuang itu Tuhan saja yang tahu).

Sementara menunggu penuh harapan PTPTN masuk, kami semua kena pergi kelas macam biasa, perut still perlu diisi. Makan kat UPM ni mahal, kalau makan kat dalam 2 kali sehari minimum RM 10. Itu MINIMUM. Kalau yang ada transport boleh la makan kat luar tapi sebenarnya kos still lebih kurang bila ditambah dengan harga minyak semua. Kami ni pelajar tahun Akhir. Ada FINAL YEAR PROJECT (FYP) yang kena buat. Standard dalam buat FYP, student kena buat survey dan agihkan pada semua. Respondent kami bergantung pada Tajuk, Lecturer, dan Target. Selalunya 200 dan keatas. Cuba lah bayangkan, kalau nak cari 300 respondent, nak kena print survey yang dalam 7-8 pages. Semua ni nak guna duit. Nak print, nak beli hadiah terima kasih untuk orang yang jawab survey, nak pergi kat kawasan yang dikaji banyak kos diperlukan. Kami ni mengharapkan PTPTN untuk support kami punya project paper, senang lah hati nak print survey tk payah fikir catu makan diri sendiri. Maybe ada yang tanye, "Takkan lah takde dana untuk pelajar Final buat project?" YES,DANA ITU ADA TAPI perlu dahulukan duit sendiri dahulu dan claim kemudiannya. Biasalah, proses claim ni akan mengambil masa 1-2 bulan (pasti ramai yang faham). Nak dahulukan duit sendiri tu macam mane kalau dalam akaun ada RM 20, dalam purse ada RM 100 sampai hujung bulan. Someone Somebody do explain to me how we can survive in KL living rate with RM 100 only for a month. EXPLAIN PLEASE...Kedai fotostat mana kesah kita ada duit ke tak, as long as you pay, we serve you. Bukan tu ke polisi semua kedai??? Ada antara Kami yang hold dulu nak buat survey sebab budget tak cukup. Ada still buat tapi half dulu sebab lecturer nak tengok progress, takkan la kami nak caap tak leh buat sebab tak de duit and apa yang Kami nak harap lecturer buat. Bagi kami duit??? Diorang pon ada famili nak di support. Kalau nak tolong semua student, habis rabak tak bersisa la poket para pensyarah.

Itu satu masalah. Ada antara kami ni datang jauh, dari Sabah&Sarawak. Sebab naik flight, barang pon sikit je dari rumah sebab luggage mahal. Barang keperluan memang tak beli la macam berus gigi, sabun basuh, shower foam, Maggi semua tu. Harapan hati nak membeli disini dengan PTPT, tapi apakan daya, awal sem dah macam akhir sem, tapi lagi teruk. Kalau korang baca blog aku (rasenye tidak) korang tau aku tinggal kat Sarawak buat masa ni. Sampai UPM dengan beg baju je, nak beli barang keperluan pon fikir 9876 kali sebab bukan murah kalau beli semua sekaligus. Konfem habis paling paling jimat pon RM70+++. Banyak RM70 tu. Aku la salah satu mangsa yang berfikir 7000 kali nak beli sabun paling murah, guna sabun madi pon cukup la sebab sabun tahan lama n murah, amik ubat gigi jenama cap ayamitikbadak, maggi pon fikir nak beli ke tak. Semua tergendala sebab tak de budget. Aku tak la rase aku ni malang atau sesak sangat. Kalau terdesak aku boleh lagi mintak dekat parent, syukur Abah masih kerja and ada gaji. Tapi banyak mana sangat lah aku nak mintak, adik beradik lain semua belajar lagi, 2 orang kat UNI, sorang x dapat PTPT (sebab ntah lah). Lagi 2 sekolah lagi (diorang dalam tempoh membesar dimana makan macam anak ultraman). Rumah nak kena bayar, kereta lagi, pastu ntah apa apa lagi benda orang-dewasa-patut-tahu-kena-bayar-bila-nak-sara-famili. Sedangkan aku pon tak sanggup nak mintak banyak sebab jujurlah, mereka tak kan mintak kita bayar balik, tapi aku tak sanggup nak susah kan mak ayah. Macam mana dengan Kami yang lain??? Kami bukan dari golongan berada, sebab tu amik pinjaman. Ada yang mak ayah dah pencen, ada yang kerja kampung, ada yang mak ayah kerja tapi anak sulung adik berdik kat bawah banyak, macam macam masalah ada. Bila dah sampai umur 23 ni, kami dah boleh berfikir. Takkan lah nak susahkan mak ayah, famili sangat sangat bila diorang harapkan beban ringan bila ambil pinjaman. Kami ada juga maruah, harga diri, ego yang nak dijaga. Air muka sendiri nak jaga dari statement "Mengharap Family Sampai Mati".

Bila jadi macam ni, kami risau. Kami lapar tak pe lagi, kami pelajar kami biasa makan mee segera sekali sehari. Kami tak cukup nutrisi, kami tak kesah sebab kami muda lagi memang makan makanan tak sihat. Tapi macam mana kalau ada kecemasan, sekarang cuaca tak menentu, panas yang amat. Ramai demam, tak pon sakit tekak. Bila sakit tekak (aku sendiri sakit tekak macam kena tusuk pedang tiap kali telan air liur, padahal dah minum 3L sehari) kena minum banyak air, like seriously banyak. Tapi tak boleh sebarang minum, kalau masa hari pertama kedua kena, masa tekak merah macam nak luka tu elok minum air mineral, buakn air masak lagilah bukan air Water Cooler yang macam telan air paip. Ada mesin air (mcm Sukida, H2O Hydrogen water) yang letak 10 sen dapat 500ml air. Kami kena minum 3 liter, makna nye dalam seringgit, kalau sebualn takke dah RM 30 tu. Masa kena minum air mineral je tu, rase macam tak nak buat sebab sebotol besar seringgit lebih hingga dua ringgit, mahal benor weyh... Nak recover kan, kena lah berkorban, DUIT LAGI...Nasib baiklah dapat BB1M, boleh beli buku tak de la terasa duit abis sebab buku mahal yang amat.

Disebabkan duit start surut umpama air pantai yang tenang bila bulan mula menghilang, Kami pening memikirkan alternatif untuk stretch duit kami selama yang boleh. Aku makan sekali je sehari, like just lunch and bear with air masak sampai esok. Ada yang memang beli barang basah masak sendiri kat bilik langsung tak makan luar. Ada yang tak amik nasi, makan roti 2-3 keping ganti lunch/dinner (mcm la kenyang). Berapa lama kami boleh tahan dengan semua ni??? Manusia ni perlu makan, lapar tak boleh study, kalau study perut lapar nak refill, nak makan duit tak de. Nampak tak dilema tu??? Ada Kami yang sampai buat jualan pre-loved baju, beg, kasut sebab nak dapat side income. Paling tak lepas buat duit makan. Tak kan nak suruh kami jual body baru nak sedar ada masalah. Bila tanya and komen apa yang terjadi dekat MPPUPM, diorang tak reply. Kalau reply pon just retweet or like je. Apa yang dapat sayang kalo ko like tu??? Kami perlukan jawapan and tindakan. Penat Kami undi dengan harapan ada la yang membela nasib bila jadi macam ni, bukan buat kami macam experiment sarkis nak like like bagai.

Sambung dengan susulan lepas dah hantar result kat bahagian akademik semua. N kol PTPT lagi nak dapat update dan nak tahu apa yang terjadi. Pihak PTPT jawab adalah dibawah. Ni memang real conversation, Kami bukan tahap terkejut, ni dah boleh jadi marah. Dah dua minggu tapi ni yang kami dapat, NI KE YANG DINAMAKAN BUAT KERJA???? (sabar sabar sabar dan sabar)
reply kami dapat selepas 2 minggu


Nampak sangat Bahagian Akademik campak ke lantai je result yang kami bagi tu. So, sekarang ni apa kami kena buat??? Ada la several choice yang Kami semua fikir;

  1. Pergi naik turun HEP dan menunggu penyelesaian macam orang gile
  2. Pergi office PTPTN and settle masalah ni sendiri (pastu bila diorang nak betulkan sikap kerja gaji-buta ni)
  3. Pergi office Naib Canselor and laporkan masalah (yes, kami kenal naib canselor n baik dengan diorang sebab kami dah Final year, diorang dah penah ajar kitorang)
  4. Lapor dekat MPP sekali lagi dengan harapan ada tindakan diambil (sebenarnya aku dah lapor dan reply yang dapat hanyalah "kami akan rujuk hal ini" blerrrghhhhhh)
  5. Tendang pintu HEP sampai pecah (epik tapi kompem masuk jail)
  6. Bawa hal ni kat TV3, newspaper dan biar umum tahu kami tersiksa??? (Tapi nanti reputasi U jatuh, and aku ni still sayang UPM, masalah dia, management yang amat fail)
  7. Berenti je blaja, kerja jual bodi ke, jual dadah ke, apa yang haram dapat duit bayar hutang
mane satu pilihan yang normal??? Normal tak selesai masalah, Tak Normal timbul masalah.


BTW, Sem ni aku ada kawan dari France, boleh faham tak malunya rase bila dia tanya kenapa management kat sini tak student friendly and tak dapat selesaikan masalah dengan cepat. Dia cakap kalau dekat France, student komplen and pergi naik office 2-3 kali tapi masalh still tak settle, diorang akan mintak maaf sebab susah kan kita dan akan priority kan masalah kita untuk settle dulu. Tapi sayang, kat Malaysia, selalunya (saya minta maaf sangat2 dulu) kebanyakan yang kerja bahagian kaunter, kerani, yang kerja jumpa orang/customer perangai tuhan je la tau. Dah banyak kali kena, kerek pastu layan Kami, kena pulak student kan tak de kerje macam kucing kurap mintak makanan dekat tepi meja. Jangan layan Kami macam tu plizzz, macam mane kami nak berbudi kalau ditabur kaca dari mula. Mungkin Goverment kena wajibkan semua yang nak kerja bahgian ni kena amik satu subjek/kos 6 bulan untuk belajar treat customer and layan mereka mengikut situasi. Mungkin patut belajar consumer behaviour sekali. Buat satu peraturan, sapa ada sijil dalam bidang ni, dia didahulukan dalam pengambilan kerja kan.

Dah terpesong jauh nak ke France Europe bagai. Aku bukanlah nak buruk buruk kan sesiapa, bukan nak salahkan PTPTN atau kerajaan atau mana mana pihak. Aku tahu masalah ni bersebab dari management dekat HEP dan Akademik Uni. Aku tahu punca silap kat mana tapi tak dapat nak buat apa apa, sebab diorang yang tak buat. Aku tulis ni semua sebab kecewa sampai tawar hati sangat dengan pengurusan. 4 tahun kat sini, macam macam dapat. Kalau pergi pengurusan memang boleh naik darah dengan cara diorang layan Kami. Aku LI bahagian services OK. Aku tau susah nak layan kerenah manusia, tapi apa lah salah senyum siket, guna nada baik2, sejuk siket hati kami.

Kami di KL. Kuala Lumpur The Great. Kami remaja. Kami jiwa memberontak. Kami sukakan hiburan. Janganlah ada yang disini baca n cakap takyah la keluar, duk je kat U dalam bilik untuk save duit. Nak KAMI GILA SEBAB TEKANAN??? Cakap macam tu sama lah dengan cakap kat perokok jangan sentuh rokok tapi letak dia dalam kilang rokok. CRAZY THINGS. Plus ofkos la kami nak berseronok dan bergembira, macam salah je state nak bergembira dengan PTPTN untuk belajar, but student JPA,MARA,BIASISWA pergi holiday, beli fon baru jugak dengan duit diorang. Apa beza dengan kitorang kan.

MPP yang Kami undi, aku tak tau lah, aku yakin susah nak handle organisasi besar macam Uni kan. Tapi tolong la, tolong sangat sangat respon or give something that can ease us. Bukan aku komen dalam laporan bertulis, komen tanya kat tweet je kot, tu pon x reply. Tapi time ada budak lain tanye seminit lepas tu boleh pulak korang jawab kan. Tak ke sakit hati jiwa raga dibuatnya. Macam korang pejam sebelah mata kat kami.

Benda yang macam picisan macam ni la yang boleh start perang, yang buat rakyat tak nak union sebab terkena dah tiada tindakan. Kami tau Kami sedar Kami banyak dapat bantuan dari KaMU. Tapi pepatah sentiasa cakap "buat baik seribu kali, yang jahat satu jua diingat nanti". Manusia memang di set macam tu, yang buruk di ingat sampai mati, kondem lagi seronok dari memuji.

Moga moga pengurusan UPM dan Malaysia boleh improve 500%. This is serious matter, kalau duk sambil lewa selama lama nya, Kita tak kan maju, tertinggal sebab tak mahu berlari kala maraton.

Entry panjang dan berbunyi rungutan, tapi ni luahan kecewa sebab tak de tindakan dan kami tak tahu nak mengadu kat sapa. Mungkin sebab benda macam ni ramai graduate kerja luar dari Malaysia and tak nak balik. SERIK DENGAN MANAGEMENT MASA DEPAN NEGARA GOYAH. tak pepasal sungguh.

Setakat ni dulu, bye.

Thursday, February 6, 2014

Final Sem Lagi Seminggu

Sedar tak sedar, dalam seminggu je lagi aku akan bukak sem baru. Sem terakhir sebagai pelajar degree...kalau ada rezeki mungkin akan sambung lagi... masa nak start 4 tahun lepas, terpikir bila la nak abes blaja, skunk ni rase tak nak abis study, biarla duk blaja lagi setaun kalo bleh...kejap sangat....pejam celik pejam celik dah 4 tahun...Pada yang baru nak masuk u tu, jangan la excited sangat sampai terlupa tujuan...jangn ingat sangat tujuan sampai tak de pengalaman...masuk Uni memang seronok...kena lagi kalo kita jumpa n ada geng sekepala...

tetiba rasa tua, umur dah cecah 23...dulu time baru tulis blog umur tak masuk 20 pon...start tulis blog pon sebab semata disuruh oleh lecturer sebagai tugasan mingguan *ada ke patut*....dulu blog nak bubbly kaler warna warni, muka sendiri bertempek kemain gabak...skunk dah tahu apa itu malu dan sopan, x nak dah katun2 even hello kitty still comel nak mati...

walau pun rase macam tak de yang berubah, hakikatnye banyak yang bertukar, kawan main lari sama sama dulu dah kawin, yang beranak pinak pon ramai, jumpa orang skunk ni bukan macam dulu, segan tak nak cakap bagai, sekarang ni kita yang kena mula bercakap, nampak matang gitu....topik perbualan pon dah lain, feel very different...jiwa masih kanak kanak, tapi hakikat matang sukar diterima...

rupa blog baru..yeahhh header dah matured

Tuesday, March 27, 2012

kejadian itu, terfikir sekarang

assalamualaikum and hello world.....

feel perlu update entry....

motip letak gambar besar gabak????
weekend lepas (2 3 hari lepas je), aq balik umah...bukan kat kuching, tapi kat kl je. ye, abang saya disini, so balik ke sini....sayangnya, aku demam pada hari hari dirumah...tak de apa yang ank diceritakan pown, ye la dah demam..aku duk kat umah je...tawaran nak kuar jenjalan abang aku pown ditolak ngan rasa bangga...yeah, seb baek demam kat umah, dapat la sembuh cepat sket...hari ahad tu, demam dah ok..tak de dah duk panas panas badan merata kan...

lupakan keadian di rumah even macam macam, tapi feel tak proper nak cite private life orang lain kat blog....blog ni tak suka propa....

start kelas hari ni, macam bese je...tak de ape ape yang xcited...macam bese...selang antara kelas yang dua jam tu, aku, wawa, dila, linda, aning, izat (betapa ramai nye) lepak kat surau...bajet nak tido tido sebab feel ngantuk...terkeluar pasal nak wat trip...bukan nak g satu kos, sebab susah nak handle reramai...aku cadang g je 23456 orang je yang bebetul nak g...yang ada prob ngan pakwe tak kasi g jejauh ke, feel susah nak adapt ngan backpacking, dipersilakan tinggal di bilik memasing...aku cadang ank g singapore, bajet dalam 500-600 sorang la untuk 2D1N....murah dah tu...kalo betul nak, kena la keje cuti ni...

satu lagi cadangan adalah, genting theme park yang poplar kat malaysia ni...ni lagi save bajet, tak yah keje pown lepas, kalo amik package 1 day full sume baru 58 hengget....affordable giler...tapi kitowang nak tido semalaman kat sana...kalo kira kos hotel tiket n segala nye lagi..mungkin paling banyak 300 hengget..tapi aku feel macam bleh reduce jadi 200 hengget je sorang...berkobar kobar ni nak gi...semangat macam apa....kali ni aku tak nak jadi macam sem ni dah, susah sangat bila ramai yang banyak alasan ni...aku dah tanye bebudak ni, kalo 3 orang je yang on nak g tak? diowang ok...so, mengharapkan diowang mengotakan janji...aku feel nak g sengsorang je....

hasil tangan wawa *abaikan muka pucat dan tak bermaya itu*

konklusi, aku kadang kadang penat merancang sebab susah sangat. bila kita rancang, kita expect benda tu jadi, tetiba cancel...punyerla frust menonggeng nonggeng dibuatnya....

Wednesday, February 1, 2012

don't want to be an angel

assalamualaikum and hello there...

walau aku seamat sedar tak de manusia nak baca log nie...tapi tu bukan masalah...

aku
obses nak lawa....tapi nak lawa ni susah...kena usaha segala macam..sebab aku malas...aku tak berape lawa....

aku
suka gile nak mati ngan make up...selalu je make up walau kemana mana...baru lah vogue gi tu...tapi ada yang tak puas hati dengan make up kat muka aku yang tak ganggu orang lain......hello, kalo saya tak make up, korang tension tengok muka aku yang taklawatompoksanasini...

aku
pakai baju ikut trend yang aku nak....ada masa aku baik pakai jubah...masa tak berapa baik pakai ketat sket sket...tapi ada cakap aku mainkan agama sebab pakai baju ketat jap,jubah jap....nape orang lain free hair ko tak tegur terus??????....aku nie darah muda, sume benda nak try...kira ada la gak feel nak tutup aurat sebab aku pakai tudung

aku
sayang kawan kawan aku...terutama geng2 aku...aku tak kesah hangout ngan diorang 15323 jam pown...kalo ko nak kapel sila jangan susahkan aku atau sibuk nak mengajak aku sama...aku lebih percaya kawan dari kekasih....tak gangstar la kalo kapel kapel ni...

aku
susah benci orang...tapi once aku benci sampai mati aku benci...tak kesahla orang cakap "jangan benci sangat, nanti jatuh sayang"...aku tahu tu satu penipuan semata...

aku
bukan nak jadi dewi pown....nak lawa sket je....besela pompuan memang nak jadi lawa...kenapa ada yang cakap aku ni tak bersyukur dengan apa yang ada sebab nak melawa segala bagai...helllooooo!!!
aku jaga apa yang ada la ni, sebab tu aku nak lawa lawa.....sebab semua orang suka tengok benda lawa...

angel victoria secret.....ummmmpppppphhhhh lah

Thursday, January 26, 2012

AMERICA sungguh MALAYSIA ni...


assalamualaikum and apa khabar serta how are you....

sebab aku tengah cuti sem skun ni, rutin harian basicnye sama dan takde perubahan....bangun lewat, makan, online, tengok tv....tu  je yang aku buat tetiap hari...

tadi..sambil sambil duk tengok cite gemersik kalbu kat tv3 setiap pukul 7 tu...aku borak borak ngan adek aku...adek aku cakap yang orang malaysia ni sama je laki ke pompuan, tak suka jaga badan...aku diam....pastu adek aku sambung lagi, sume bajet nak pakai baju fit kat badan tapi ketul ketul lemak lak nampak...aku (tak diam kali ni) pown cakap la....

"orang malaysia kan nak jadi macam america, kena la kadar obes melebihi separuh. makan nak fast food, badan kena gemuk...baru la maju....''


adek aku gelak...aku pown gelak gak...tapi bila pikir balik memang ye pown orang malaysia ni tengah meng-america-kan malaysia...pelik benar bunyi nye...ye la, tahap obes kita dah tinggi....kadar jenayah makin meningkat, rusuhan nak buat memanjang, makanan nak fast food aje, online 24 hour(aku juga -_-'), artis pakai nak dedah aje, remaja mesti kapel2 sampai kuar baby....aku terasa amat america sekali malaysia ni....tak payah nak g oversea sangat la...malaysia boleh la....

korang rasa ye ke idak......
negara-ku tumpah darah-ku

lagu america aku tak tahu -..-'

p/s: aku g jumpa pakar kulit semata mata sebab jerawat kat muka yang makin merebak...dah seminggu pakai ubat dokter...nampak perubahan yang paling ketara setakat ni....kekekekekeke

Tuesday, January 24, 2012

student and fashion....errr errr errr

assalamuaikum and apa kahbar orang kampung....

sebab dah type erro aku feel malas nak betulkan, so tambah je la biar ayat tu nampak macam aku nak tulis sebegitu

aku ada cite before nie yang aku amat rajin stadi group kali nie kan kan kan....tengah duk dalam bilik tergolek golek memandang lappy sam pai tak tahu nak wat apa, satu soklan terlintas di benakku "sem depan stail apa plak ye???" soklan ni kawan aku penah tanya kat aku...masa tu sebab tengah stadi aku tak amik pusing pown...tetiba tadi aku terfikir, dan aku terus berfikir....banyak sangat stail skunk nie sampai aku tak tahu nak ikut...

sem lepas aku nyer stail baik gile....aku pakai bau kurung, jubah ngan baju labuh2 je g kelas...sebab aku feel baek sem lepas....rajin la aku meng-iron baju kurung jubah bagai tetiap malam...tapi masa stadi week tu, sense fesyen aku agak rendah sebab banyak sangat kena stadi...time tu aku capai apa yang senang je...make-up pown aku abaikan...contact lens juga begitu....selekehnya aku masa stadi week....

ni le baju yang selalu aku pakai g kelas...labuh dan sopan gitu...

ntah nape...sem lepas aku memang feel baik....even kuar pown aku pakai baju agak sopan....

tapi, untuk sem depan aku rasa segala kebaikan tu dah takde dalam hati aku...mungkinkah aku mahu berseksa seksi segala bagai???????? tak mungkin tak mungkin tak mungkin....

aku ada la list 235678910 stail yang aku nak bawa sem depan




BOHEMIAN STYLE......lawa tau gaya dia....lagi satu, style nie senang nak pakai kalo kita bertudung sebab dia nyer baju labuh and x foolow curve body sangat...little bout behemian style " Largely bohemian clothes are blended with a little rugged whimsy plus a messy hair style together with diamond jewelry." 




ROCKER STYLE yang nak kaler hitam ngan besi besi kat style dia....nampak koooooooollllll weyh....aku amat suka nengok orang pompuan jalan ngan style ni muka pown nak selambe je...style betul lah beliau...


Harajuku Fashion Style

HARAJUKU STYLE yang pakai la apa pown yang penting lapis lapis ngan pelik....aku terfikir gaya ni senang kalo salah sauk baju pown tak pe...sebab gaya dia memang macam tu...aku agak berminat ngan gaya nie....

so, aku masih terpikir gaya apa yang aku nak pilih nanti...mungkin aku akan tak berstail nanti?????




Monday, January 23, 2012

hey, 2012!!!!

dah lebih 2 weeks tahun baru, baru aku sedar tak de lagi entry untuk tahun baru.......owhhhhh....

selamat tahun baru semua!!!!!!!!!!!!!!!!! 'mood ceria cap kanak kanak rebina'

tak de apa nak cakap pown sebab aku tahun baru kali ni dengan exam final...buku buku pelajaran, statistik, ekonomi, accounting management dan seangakatan yang ada....tak terasa nikmat new year pown ...malam new year kitowang duk  study group kat cafe sampai pukul 3 pagi....paper pown,life must go on....come on come on....

tak payah nak berazam sangat la tahun ni sebab azam setiap tahun memang tak tercapai...cukupla aku nak jadi lebih baek dari sebelumnya...hohohohoho....innocent nyer disitu...

owh owh owh....nak cakap pasal final kali nie...aku ngan dak yohoho amat rajin gila nak mati...mati pown tak rajin macam nie...rutin masa stadi week adalah setiap hari study group tak mengira masa.....selalunya start pagi pkul 11 sampai 4 or 5 petang...then malam dalam pukul 9 aku dah turun dengan buku + lecture note + test pad segala bagai sebab nak g study...port paling best opkos la cafe...why cafe???? senang je jawapan dia, kat cafe ada kedai nak beli tidbits n kunyahan yang kitowang nak letak dalam mulut sambil stadi..kerusi n meja kat cafe selesa you....bleh usha orang dating kalau untung dapat tengok yang gaduh gaduh siap berairmata, paling penting...kat cafe wi-fi 24 hours la....panjang plak aku menerangkan...

sambung pasal stadi, walau turun pukul 9...kami tak pernah start pukul 9..kami makan, borak, keji mengeji, gelak tawa dulu baru start stadi...selalunya pukul 11 baru berjalan stadi kitowang....then berlanjutan sampai pagi...3-4 pagi baru la kitowang reti nak balik....hebat betul stadi sampai takde orang dah wujud kat jalan jalan nak balik kolej...kena la gagahkan jiwa raga jalan kaki balik bilik jauh kat pelusuk alam sengsorang..sebab bilik aku arah berlawanan ngan blok orang lain, memang nasib kena balik sorang la aku tetiap malam...sebab aku ni hebat + ego melangit, tetiap kali dak YOHOHO tanya "nak kitowang teman tak ni, jauh ko nak jalan sengsorang tu???" dengan muka yakin aku cakap "bleh je jalan sorang. bukan jauh pown...tetiap hari aku lalu situ" padahal dalam hati ada secebis rasa takut sebab nak balik blok aku kena lalu blok dak inter laki dulu....kot kot la aku kena cekau ngan diorang, sape nak tolong...cuba jawab disitu....

tapi, setakat nie, tak de lagi la gangguan sebegitu rupa...paling teruk opkos la masa banyak anjing liar..nama pown anjing liar opkos la meliar dengan mengejar aku...aku pown berlarian sesuka hati sepenuh hati sebab ada 2 ekor kot anjing besau duk follow aku ala ala psiko kat belakang...walau sume orang cakap jangan lari kalo nampak anjing, tapi ada aku kesah ke kalo aku dah takut....

begitu la rutin awal tahun baru aku....ahhh, semua tahu kan aku dah pindah sarawak kali ni...so, nak balik rumah memang nak flight la aku...feel anak orang kaya btol...

p/s: flight lagi kecik dari bas la -_________-'

Saturday, January 21, 2012

saya tahu saya salah.....stupid me!!!!

assalamualaikum and apa khabar.....

sekian lama, blog hensem ni bersawang sawang sebab duk kat net....ok, lame joke here...sorry....

memang semenjak dua menjak ni x sempat menyempat nak update blog....

dua minggu lepas bizi ngan final....skunk bila dah smapai umah bizi ngan?????.... tah ape ape......malas perkataan yang lebih baik....terasa perlu buat kerje lain seperti download movie 24 jam tanpa henti.....sekali la download cite ombak rindu yang semua duk gembar gembur terbaik dari ladang tu...nak tengok kat panggung ari tu tapi masa orang tengah final la dia nak kuar nyer...tak leh nak gi tengok cite dari novel yang best tu...balik rumah dengan kelajuan manusia biasa la download cite tu....baru je tengok tadi....yeaaaahhhhhhh.........tak de bintang pown nak bagi kat movie tu.....tak best langsung....aku jenis tak reti nak tipu cakap cite tak best adalah best....cite tu serius lame gile....lame=lembab....

ombak sangat
maaf abang aaron aziz yang kacak lagi bergaya, hensem muka abang aaron aziz tapi cite ni tetap tak le blah.....tak faham kenapa lain gile2 dari novel....yeah, tak kesah lah pengarah nak plah cite macam mana pown....tapi sampai hilang originaliti cite ni.....banyak sangat yang tak puas hati...apasal izzah duk kat rumah macam chalet tu...dia duk kat apartment bayu damai la....izzah free hair ok....lepas dia g study kat johor tu dia jadi bergaya and independence bukan nye lurus bendul macam tu gak....

haris...tak cukup penekanan watak dia macam mana...nampak macam laki gila s*&s je...sebab aku cakap macam nie, setiap kali dia tengok izzah asyik nak tarik je....mana ada macam tu dalam novel.....ahhh, one more, nape x de babak haris jumpa wafi kat johor...lagi babak mila ngan haris gaduh dalam bilik masa first night tak de pown....babak yang haris rindu kat izzah sampai mistake ngan mila pown tak de....

banyak babak sweettt x de....sedeyh....sedeyh....lagi satu....pasal lari lari kat batu tepi pantai tu....memang pantai tu lawa...tapi tak yah nak bajet twilight sangat la....duk gaduh baek kat tempat batu besar macam tu...
overall...tak puas hati langsung..well, tak letak harapan tinggi pown nak tengok cite nie...

tersasar dah....sebenarnya entry nak minta maaf kat blog kacak bergaya ni sebab tak update blog....lepas nie akan upda te dah...sebab bosan kat umah....bleh la cite balik apa dah jadi sepanjang study week nie....hohohohohoho

Monday, December 19, 2011

ever green to my ears

assalamuaikum and apa khabar.....

it's a very long time right.....

tetiba je update blog tengah tengah malam.....sebab bila seminggu je jarak ngan study week ni, hormon malas, naik dengan pantas......semua benda aku malas nak buat...dari makan sampai la presentation.....

presentation!!!!!!! malas nak kenang kisah lama....aq sakit hati....

ok....aq terbaca article yang Westlife akan disband tahun depan...lepas last concert diorang.....jujurnya aku sedih. Westlife antara first group yang aku minat and aku tak pernah bosan dengar lagu lagu diorang....yes, aku up to date ngan lagu baru, tapi lagu baru cepat bosan kat telinga aku.....lagu Westlife tak....

apa pun, aku memang sentiasa dengar Westlife nyer lagu sebab tak pernah bosan....lirik pown ada makna. lagu skunk, rentak ok tapi lirik x...kekadang nyanyi bukan guna suara sendiri...

walau aku skunk ni macam hard die fan ngan k-pop...tapi kebanyakan lagu korea, skali dengar best, berkali kali dengar aq dah tak nak dengar dah....

maybe aku je kowt macam ni....

Tuesday, December 13, 2011

it been a long time...

amat lama......

tak update blog....terlalu lama sebenarnya...

sebab bila dah agak akhir nie....segala jadah assignment perlu dihantar ikut date-line, test test yang lecturer lambat buat kena la buat sebab nak markah, presentation banyak melampau lampau...sampai kena buat discussion sampai tengah tengah malam.....nak download Running man pown tak menyempat....

apatah lagi blog nie...terabai la beliau dengan semak samun....sampai semua orang tak perasaan kewujudan nyer lagi....owh tacing nyer....

tambahan lagi, duit dalam poket, dalam akaun memang kering tahap kemarau..terpaksa berpuasa bajet nak ganti puasa awal padahal x de duit nak makan.....nak beli nasi ngan ayam pown pikir banyak kali....prefer amik nasi ngan sayur je skunk ni.....owh sedih hati ini....

p/s: list shopping sem depan dah naik dah...;)

Saturday, November 5, 2011

full fill week

hello everyone and apa khabar...

penat ok...


lama tak update sebab bz yang melampau....

minggu lepas tercatat dalam sejarah bila kerja banyak nak mati sampai tak boleh nak update blog...main game pown tak sempat....

penyebab yag buat aku jadi bz mestilah sebab aku student.....kelas start 31/10/11 kan....hari tu kena anta individual assigment....dua hari selepas tu ada presentation aqua....hari yang sama ada test statistic....sebab statistic tu susah...aku study dua hari tanpa tido....pastu, elok je abes test statistik nak tido dalam jangka masa lama pown tak leh sebab da kelas ganti akaun plak...kelas ganti plak dibuat malam hari....dua jam sampai pukul 10.....sampai bilik kompem la letih penat segala bagai....tapi kena buat assignment segala bagai plak....

so,akhirnya dapat jugak rest....hoohohohohohoho.....

kena plak cuti raya haji nie tak balik....so, memang duk terperap kat bilik la jawabnya...

p/s: student memang penat la....

Monday, October 31, 2011

semut-persamaan dengan manusia

hello everyone and apa khabar.....

cerita ini adalah rekaan saya (berdasarkan pengalaman hidup) semata mata.....sila credit to my blog jika mahu copy (ada ke yg nak copy???) cerita ini....

di sebuah pangkal pohon rambutan, terdapat sebuah sarang semut yang besar...didalam sarang semut tersebut tinggalnya semut-semut dari yang kecil hingga yang besar...semua semut mempunyai tugasan masing masing...ada yang perlu menjaga sarang, memerhatikan telur telur, dan mencari makanan. semua semut amat rajin bekerja dan menjalankan tugas masing masing dengan patuh....


dalam kumpulan mencari makanan, terdapat seekor semut bernama Johny...Johny amat malas..satu perkara yang Johny tahu adalah mengarahkan kawan kawannya mencari makanan...bila Mika mengajak Johny untuk mencari makanan bersama mereka untuk simpanan dengan selambanya Johny menjawab "apa guna kamu semua mencari makanan kalau aku tidak memakannya????". lalu Mika berkata "tapi tugas kita mencari makanan, jika kamu tak melakukan kerja ini, kita akan susah". "apa yang susahnya!!!!.tak mungkin akan ada apa apa yang teruk berlaku walau aku dudk dan mengerahkan kamu" Johny tetap berkeras....Mika dan rakan mereka yang lain melakukan aktiviti seperti biasa dan tidak mahu mempedulikan Johny...Johny cuma akan membantu mereka menyusun makanan ke dalam stor simpanan selepas mereka selesai mencari makanan....dia langsung tak mengendahkan rakan rakannnya yang bersusah payah mencari dan membawa makanan....kerana Johny amat pandai bermuka muka,permaisuri dan para pembesar semut tidak tahu akan perangai sebenarnya.....Ratu Millian selalu memuji kumpulan Johny kerana selalu menyiapkan kerja dengan baik...setiap kali mendapat pujian,Johny lah orang pertama yang melangkah untuk mengambil 'bintang sesungut' yang dianugerahkan.....


dengan adanya 'bintang sesungut', orang ramai semakin memandang tinggi kepada Johny....namun, perangai Johny semakin menjadi jadi....dai semakin malas dan cuma menunggu di stor untuk menyusun makanan yang dikutip.....perkara ini berterusan untuk beberapa ketika...


pada satu hari, ketika kumpulan Johny tiada tugasan luar, Ratu Millian membenarkan mereka untuk bercuti selama seminggu dan boleh melancong ke kawasan lain...betapa gembiranya mereka ketika itu....mereka membuat keputusan untuk melawat rumah diseberang sawah yang sering mereka lihat....


maka, setelah membuat persiapan, Johny,Mika,Adelia,Frech, dan Taeil memulakan perjalanan mereka...oleh kerana mereka adalah kumpulan pencari makanan yang terhandal, Ratu Millian tidak membenarkan mereka untuk membawa bekalan...mereka perlu mencari makanan mereka sendiri...lalu,mereka memulakan perjalanan mereka....
Mika mengangkt makanan untuk dirinya
setelah hampir setengah hari berjalan, mereka mula terasa lapar...Mika dan Adelia mencadangkan mereka semua mencari makanan dahulu sebelum meneruskan perjalanan...oleh kerana semua benar benar lapar, mereka mencari makanan sepantas semut....Johny seperti biasa masih menunggu rakan rakannya mencari makanan...selepas seketika ....

"Mana makanan aku!!!!!!????" Johny menjerit...
Johny yang marah akan rakannya
Mika dan yang lain memandangnya pelik "kenapa kamu tak cari???kan kita perlu mencari makanan kita sendiri" Taeil bertanya..."tapi aku dah biasa menunggu kamu yang mencari" Johny menegaskan..."kalau begitu, kamu tak perlulah makan.kami cuma mencari makanan untuk kami sahaja kali ini" Frech mula berasa fed-up dengan perangai Johny...Johny senyap.....mereka meneruskan perjalanan selepas makan....

"aduh laparnya...." perut Johny ber-kriang kriut minta diisi...tapi, setiap kali mereka berhenti untuk makan, dia tidak mencari makanan...Johny tidak tahu dari mana dia harus mulakan pencariannya...rakan rakanya pula langsung tidak mahu memberinya makanan...





Johny mula bengang dengan rakan rakannya kerana tidak mahu memberinya makanan...dia mula menguggut untuk melaporkan yang mereka membuli nya dengan mengambil makanan yang dia cari..."hei!!!,setiap kali kita keluar bekerja, kamu berehat...sekarang kamu nak mengarah kami lagi" Mika mula mahu bergaduh.."Mika, biarkan si bodoh sombong tu...kalau tak reti, minta la tolong orang tunjukkan,ini nak menyombong pula...lepas tu, berlagak sombong pula" Adelia menambah....Johny tercengang..tak disangka rakan rakannya yang senyap selama ini begitu marah dan bencikan nya..."aku cuma tak mencari makanan, tapi kamu marahkan aku seperti aku membunuh keluarga mu.." Johny cuba mencari simpati..."tugas kita mencari makanan, kamu tak pernah lakukan tugas mu....bila jadi begini, tiada siapa mahu menolong...perangai mu yang gila kuasa namun tak tahu membuat kerja kini memakan dirimu semula" Frech berkata.....Johny masih merasakan dia adalah benar....rakan rakannya mula bergerak dan meninggalkan Johny yang masih mahu mendesak mereka mencari makanan...


selepas beberapa hari terpisah dengan Johny, rakan rakannya sudah mahu pulang dari bercuti....dalam perjalanan pulang mereka terlihat seekor semut yang sedang diserang oleh seekor belalang...sedang mereka laju mahu membantu,semut tersebut terhempas ketanah...baru la mereka sedar, semut itu adalah Johny...mereka mula berfikir mahu membantu atau tidak....tidak sempat mereka berfikir, belalang tersebut telah menelan Johny...yang tinggal hanyalah 'bintang sesungut' yang terjatuh...


walau mereka sedih dengan kehilangan Johny namun mereka tidak merasa kekurangan malah merasa lega kerana hilangnya bebanan dan tekanan yang selalu diberikan oleh Johny....sejak hari itu, tiada siapa mengingati Johny lagi kerana Johny cuma tahu mengarahkan semua warga semut kerana mempunyai "bintang sesungut'....

p/s: mahu ke kita mati dan tidak diingati...mati kita dirai kerana kita seorang yang dibenci....

Friday, October 28, 2011

cuti amat seronak la!!!

hello everyone and apa khabar....

hohohohohohohohohohohohoho

23-27/1/11 aku cuti mid term.....secara laju laju balik umah...secara laju laju dari kuantan ke kelantan.... basically, cuti nie aku habiskan di kelantan....seronok tak ingat weh...makan makan makan makan makan je kejenya....

paling best satu hapa keje pown aku tak buat...esemen kemain banyak aku malas nak kesah....test naik cuti kemain susah aku buat buat senang.....

balik UPM hari khamis malam.....esoknya,pagi pagi lagi dah bersiap laju laju.....kuar g Mines kesayangan anak anak......sebenarnya g karok.....punyala senonoh perangai aku...keje tak siap,bz g pusing pusing plak...

so skunk aku tak tahu kena wat apa dulu sebab banyak sangat kena buat nie.....

jadi lah perasaan aku macam nie........STRESSSSSSSSS

p/s: buat la keje ngan teratur
p/s lagi:malam nie nak kena siapkan aqua beramai ramai kat cafe......

Friday, October 21, 2011

test paling best!!!!

assalamualaikum and apa khabar....

dan hari nie aku ada test.....satu je testnye,management.....sket je masuk...tiga bab je pown....

jadi emmbaca dengan kadar hebat semalam...mengaharap ilmu masuk dengan hebat kedalam otak...tapi sayang ye anak anak, malas lebih menguasai diri...jadi baca 2 3  5 3  2 kali terus tido malam tadi...bangun pagi baca lagi....

pukul 10 pagi test pown bermula....dapat kertas soklan,terus tersembur bijik mata....10 soklan je.....10 soklan esei, satu satu 10 markah!!!!!!!!!!!!!!!!!!! WTH......

setiap soklan semua kena explain and discuss.....apa ko ingat 2 jam tu sempat nak jawab seploh soklan esei tu ke...dah la soklan KBKK....tak de la aku kesah sangat tapi kena explain sesatu tu panjang dan konklusi utama adalah masa....tak cukup wei.....

aku sempat jawab semua tapi.....yang soklan belakang belakang ringkas je la jawapan nya...mengharap dapat banyak markah....

kitowang macam nie la tadi...

sampai naik beku tangan dibuatnya....kelas sejuk sejuk sejuk sejuk yang amat......tangan plak dah cram sebab banyak sangat nak tulis....aisssshhhhhhhh.........yang menjaga pown strict yang amat...terus ditarik kertas jawapan tanpa belas kasihan pada kami yang nak susun kertas tu....bukan jawab pown, susun je kowt....huhuhuhuhuhuhuhu

agak2 bleh tak jawab macam nie????

ohhhh....incek incek lecturer di dunia tolong la buat soklan sesuai dengan masa yang diberi....kalo dah peruntuk satu soklan 10-12 markah, takkan la kami nak jawab 1 2 ayat...kompem la 1 2 page sebab markahnya banyak....owh.....owh...owh....lagi satu tolong la jangan bagi soklan yang agak agak budak pompuan memang susah jawab tapi budak laki senang jawab....kenapa la bola nyer soklan specific bebenor...kami mana main bola sepak...bola jaring,batu seremban kenal la jugak....

p/s: nak dekan macam mana nie?????

Tuesday, October 11, 2011

terasa nak review movie ituuu

heloo everyone and apa khabar....

tajuk amat jelas kan....
aku amat susah nak puas hati kalau tengok movie...tak kesahlah movie malay or omputih or hongkong dan sewaktu denganya...sebab aku ank cite tu best dan tak membuang masa aku kalo tengok...cite malay kebanyakan nya tak payah nak buang masa tengok la....maaf la,tapi semuanya aku tak puas hati kalo movie malay...omputih kena pandai pilih,nant over 18 sx plak...

baru baru nie ada tengok satu movie yang simple tapi amat best...paling penting memberi inspirasi kuuu~~~....

sebab esok ada test, so, tak nak update lagi la.....bajet nak stadi la kan kan kan.....

Wednesday, September 21, 2011

sense of style...

hello everyone and apa khabar.....

so, dah 2 minggu aku start hidup kat UPM semula....agak seronak except, cafe....

ok, sem lepas aq ada la niat nak pakai baju kurung full masa g kelas tapi tinggal impian je...sem nie memang aku nekad kowt...tetiap malam semangat pilih baju, iron, padan ngan tudung, pikir nak mekap macam mana...pergh....overrrrr you....

sebab semangat terlebih aku rasa tak salah kalo nak cakap aku gak over amik masa sket nak bersiap g kelas...ada aku kesah ker aku kena bangun awal semata nak biar mekap duk elok kat muka...

owh, sem nie, aku makin perhati fesyen budak budak kat UPM nie....konklusi aku dapat buat......majoriti biasa je, tshirt, jeans, plain kurung, tudung bawal, syria......sekelompok kecil meng-over diri macam aku....even pakai baju kurung, shawl kat kepala dah cukup menambah over....tambah plak aku suka mekap mekap mekap mekap muka...tetiap hari duk try teknik eyeliner lain2....feel best la plak....eyeshadow trick pown aku try gak....lipstick ngan blush tak yah cakap la.....gi kelas macam nak gi jalan jer....terasa over ngan diri sendiri plak...

disebabkan aku makin tak amik pusing apa orang cakap, aku makin berani try benda yang aku tak berani try dulu...yes, this was a good thing...totally, aku tak rasa benda nie teruk...


mana la aku pernah ada kekuatan nak try segala benda alah nie dulu...tapi masa memang ubah manusia dengan pantas...pantang nampak benda baru yang pelik je feel nak beli....hahahahahahahahaha...ada yang agak menyampah ngan aku sebab duk menempek mekap kat muka tapi yeah, it's needed for daily life...dah jadi nyawa...

motip aku letak picca kat atas pown aku tak berapa tahu....

Sunday, September 18, 2011

air oh air

hello everyone and apa khabar....

jadi mari bercerita pasal air...walau niat dihati nak cite benda lain, tapi otak full ngan air air air air air

bangun pkul 7 lebih dan semua toilet dah tak de air...tingkat bawah sekali je ada..tu pown slow gila nak mampos....

bangun pkul 10 lebih plak....air mmg x de trus...semua beratur amik air kat pili bomba

bermain main intenet sambil tunggu barisan amik air pendek, dah pkul 12....pergi pili bomba untuk amik air dan....dan.....dan.....AIR KAT PILI POWN HABISSSSSSSS......

paham tak air tu basic necessity untuk manusia hidup...apa kes la kolej serumpun nie...

komen lebih lebih dicakap over nak hebat hebat...tapi kalo pengurusan macam nie, ada gak yang bakar kolej nie kan....dah la kolej serumpun nie mahal dari kolej tradisi

bilik kecik bagai kitaowang senyap je...

pak guard mak guard over kitaowang sabar lagi

cafe tukar tender baru sem nie, makin mahal, makin tak de pilihan, makin tak sedap kitaowang buat buat bleh telan gak makanan tu

air plak tak de....ini sudah lebih.....ini sudah melampaui batasan......jangan la sesuka hati buat macam nie....kitaowang bayar yuran la!!!!!!!!!

air.....

dah la intenet u-siput babi, bilik kecik, kawasan kotor, toilet cam haram.....nie AIR PLAK WAT HAL!!!!!

aishhhhh....STREEEESSSSSS tau.....

p/s: malas mandi malas g kelas malas nak wat apa apa

Monday, August 15, 2011

kegilaan kemelampauan nafsu...

hello everyone and apa khabar????

lama tak update blog sebab malas..ye..saya malas anak anak...terasa tak ber-idea bernas untuk menulis...jadi sekarang nie membuak buak la plak idea....jadi nak menulis tanpa henti...

sebab sekarang nie pose, setan iblis takde..tapi kita yang jadi setan sendiri...contohnya aku yang gelojoh lagi rakus nak beli sume benda....kat bawah nie adalah antara beg beg yang aku nak beli...dan beberapa aku dah order pown...selebihnya order lain kali...aishhh, teruk dah budak nie, keje nak perabis duit je...seb baik leh beli banyak2...












tolong la perhatikan beg beg ye anak anak....10 pic nie 6 dah di order dan lagi 4 dlm proses berfikir....tengok order 6 sekali gus...punyer la gelojohnya.....aiiissshhhhhh........kawal la nafsu...walau pown order untuk guna ramai ramai feel nak rembat je sume masa gi upm nanti...HARHARHARHARHAR!!!!!

p/s: motip ketawa keji????

Saturday, August 6, 2011

sahur....

hello everyone and apa khabar...

satu ke-ajaib-pan aku masih tak tido dan bleh meng-e-post entry pada waktu ini....hakikat nya tak tido sebab nak tunggu sahur...risau tak bangun je kalo tido...so baeklah berjaga...sebelum gi masak untuk sahur ada baeknya isi masa lapang dulu...

dah 4 tahun tak sahur sebab before nie kan duk asrama...memang aku bukan kaki sahur...skunk nie, tetiap hari bedal nasi, sahur pown menambah nambah...over you....

nak gi masak sahur, pastu kejut semua orang...mama kat dapur nanti bising...kekekeke

p/s: korunk mmg macam nie kan masa bangun sahur
p/s lagi; ayat dan ejaan aneh sket sbb dah penin penin....

Tuesday, August 2, 2011

yeaaahh....feel macam best masa duk meng-tengok gambar

hello everyone and apa khabar....

tengok tajuk pown dah dapat rasa bukan.....rasa yang entry nie memang menyakitkan mata....terasa nak me-nempek nempek muka sendiri kat incek blog kesayangan yang kacak bergaya......terfikir pula, kenapa masa kita create blog nie tak de kuar soalan tanya gender blog kita nie lelaki or pompuan...gender kita dia tanya...blog ini adalah sebuah lelaki sebab dia tak bernyawa jadi kena guna sebuah...

tak kisah la....hakikat nyer terasa ke-terujaan nak post entry sebab nie adalh entry ke-100!!!!!!!

berzaman ada blog entry baru nak cecah 100...malu nyer...saya baru jer aktif ber-blog kebelakangan nie je.....disebabkan motif buat blog adalah untuk siapkan assigment je..lepas tu bertukar kepada tempat meluah perasaan pula....betapa tak senonoh nya saya...anak anak sila jangan ikut yer...

berbalik kepada perkataan diatas sekali yang berwarna pink itu...saya duk men-nengok gambar dan terasa nak post dengan banyak nye....sila la setuju ye....terasa suka melihat muka yang cantik dimekap tebal setebal buku teks biology ni....

maafkan muka yang keluar memula kuar nie

senyummmmmm


letak sume sebab malas nak upload bebanyak

motif meletak muka sendiri??????? mestila sebab masa nie rasa lawa....jadi nak le menunjuk kepada dunia...niat keji