Showing posts with label agribusiness. Show all posts
Showing posts with label agribusiness. Show all posts

Friday, March 7, 2014

Aku, PTPTN, & Pengurusan Universiti

Assalamualaikum,

Hari ni nak cite pasal lain sket. Ni nak cite pasal kejadian julung-julung kali terjadi pada aku...KAMI X DAPAT PTPT EVEN DAH SEBULAN LEBIH START KELAS...

Itulah hakikatnye....Ceritanya bermulanya macam ni, masa cuti sem, ada ua ura mengatakan berlaku kesilapan key-in yuran yang buat yuran kitorang double...Masa tu ramai kalut risau kena bayar yuran 2K +++...MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) cakap jangan risau, tak kan efek pon just salah taip...Semua macam lega sket..Time ni aq x de kesah pon sbb pikir mmg sbb salah key in, just undo je la kan...

Bukak sem, cek akaun duit tak de lagi...aku sejukkan hati sendiri cakap maybe lepas 2-3 hari masuk lah kan...Tunggu punya tunggu tak masuk masuk jugak...Yang magik nya budak kos lain sume dah sapat..Roommate dah kuar shopping 3-4 kali...Aku start feel risau lepas seminggu lebih sebab tak penah jadi macam ni...

Nak dijadikan kes lagi, kosmate aku, N, kol PTPTN untuk tahu status...Jawapan diorang adalah "Awak dapat bawak 2.0, so PTPT tak dapat dik". Takkan la satu kos fail kot kan, lagi pon result kitorang sume atas 3.0. Aku tau apa yg buat benda ni jadi.. Kos kitorang pelik sket, Latihan Industri (LI) yakni Praktikal Bekerja tengah tengah sem. Kos lain LI sem akhir lepas dah siap Fianl Year Project semua, kami LI Sem 6. LI tak ada result, just memuaskan or tidak memuaskan je. Bila kami explainkat pihak PTPTN diorang baru faham and cakap diorang tak boleh nak ubah result dalam sistem kecuali lah Pihak UPM hantar result dah senarai result yang latest, baru diorang boleh proses. Diorang mintak kami pergi bahagian akademi Uni sendiri untuk tanya pasal masalah ni.

Jadi kami pergi ke Bahagian Akademik. Kerani kat situ cakap kami kena bagi result kami kat diorang secepat mungkin untuk proses data. Dia bagi 2 hari untuk hantar result kami semua kat diorang. Kalut lah Kami ni turun naik office fakult sebab nak amik result latest dengan yang masa praktikal. Fakulti cakap result sem lepas (sem 7) tak keluar lagi yang official, boleh print dari web SMP kalau untuk kegunaan dalaman. Jadi kami pon print yang dari web. Nak masuk web ni pon satu hal jugak, hang memananjang n memang stuck sangat sangat kalau nak masuk. Macam kalau kita nak kol or hantar masej kat orang time raya, line busy semua telco. Lepas bergaduh ngan SMP untuk print result dari Sem 1-Sem 7, yes kami kena anta result dari awal kami jejak kaki ke UPM kat Bahagian Akademik, kami pon hantar result kami semua kat diorang yakni Bahagian Akademik dengan harapan masalah ni dapat di selesaikan mungkin dalam 2-3 minggu (Kata diorang ini la masa diperlukan).

Sejujurnya, aku pelik dengan Bahagian Akademik ni. Bukan ke mereka BAHAGIAN AKADEMIK terang terang diorang boleh cek sistem pelajar dan print result kami sendiri kan. Tapi kenapa diorang nak kami buat sendiri jugak pastu hantar kat diorang. Dah la tak dapat respon masa hantar result, just "OK". NOPE, WE ARE NOT OK...Tapi lepas hantar result ni, kami bagi peluang untuk masalah ini disettlekan oleh diorang sebab mestilah kami anggap diorang akan buat kerja ni. Terang terang silap diorang tak ingat hantar senarai nama kos kami (tercicir atau terbuang itu Tuhan saja yang tahu).

Sementara menunggu penuh harapan PTPTN masuk, kami semua kena pergi kelas macam biasa, perut still perlu diisi. Makan kat UPM ni mahal, kalau makan kat dalam 2 kali sehari minimum RM 10. Itu MINIMUM. Kalau yang ada transport boleh la makan kat luar tapi sebenarnya kos still lebih kurang bila ditambah dengan harga minyak semua. Kami ni pelajar tahun Akhir. Ada FINAL YEAR PROJECT (FYP) yang kena buat. Standard dalam buat FYP, student kena buat survey dan agihkan pada semua. Respondent kami bergantung pada Tajuk, Lecturer, dan Target. Selalunya 200 dan keatas. Cuba lah bayangkan, kalau nak cari 300 respondent, nak kena print survey yang dalam 7-8 pages. Semua ni nak guna duit. Nak print, nak beli hadiah terima kasih untuk orang yang jawab survey, nak pergi kat kawasan yang dikaji banyak kos diperlukan. Kami ni mengharapkan PTPTN untuk support kami punya project paper, senang lah hati nak print survey tk payah fikir catu makan diri sendiri. Maybe ada yang tanye, "Takkan lah takde dana untuk pelajar Final buat project?" YES,DANA ITU ADA TAPI perlu dahulukan duit sendiri dahulu dan claim kemudiannya. Biasalah, proses claim ni akan mengambil masa 1-2 bulan (pasti ramai yang faham). Nak dahulukan duit sendiri tu macam mane kalau dalam akaun ada RM 20, dalam purse ada RM 100 sampai hujung bulan. Someone Somebody do explain to me how we can survive in KL living rate with RM 100 only for a month. EXPLAIN PLEASE...Kedai fotostat mana kesah kita ada duit ke tak, as long as you pay, we serve you. Bukan tu ke polisi semua kedai??? Ada antara Kami yang hold dulu nak buat survey sebab budget tak cukup. Ada still buat tapi half dulu sebab lecturer nak tengok progress, takkan la kami nak caap tak leh buat sebab tak de duit and apa yang Kami nak harap lecturer buat. Bagi kami duit??? Diorang pon ada famili nak di support. Kalau nak tolong semua student, habis rabak tak bersisa la poket para pensyarah.

Itu satu masalah. Ada antara kami ni datang jauh, dari Sabah&Sarawak. Sebab naik flight, barang pon sikit je dari rumah sebab luggage mahal. Barang keperluan memang tak beli la macam berus gigi, sabun basuh, shower foam, Maggi semua tu. Harapan hati nak membeli disini dengan PTPT, tapi apakan daya, awal sem dah macam akhir sem, tapi lagi teruk. Kalau korang baca blog aku (rasenye tidak) korang tau aku tinggal kat Sarawak buat masa ni. Sampai UPM dengan beg baju je, nak beli barang keperluan pon fikir 9876 kali sebab bukan murah kalau beli semua sekaligus. Konfem habis paling paling jimat pon RM70+++. Banyak RM70 tu. Aku la salah satu mangsa yang berfikir 7000 kali nak beli sabun paling murah, guna sabun madi pon cukup la sebab sabun tahan lama n murah, amik ubat gigi jenama cap ayamitikbadak, maggi pon fikir nak beli ke tak. Semua tergendala sebab tak de budget. Aku tak la rase aku ni malang atau sesak sangat. Kalau terdesak aku boleh lagi mintak dekat parent, syukur Abah masih kerja and ada gaji. Tapi banyak mana sangat lah aku nak mintak, adik beradik lain semua belajar lagi, 2 orang kat UNI, sorang x dapat PTPT (sebab ntah lah). Lagi 2 sekolah lagi (diorang dalam tempoh membesar dimana makan macam anak ultraman). Rumah nak kena bayar, kereta lagi, pastu ntah apa apa lagi benda orang-dewasa-patut-tahu-kena-bayar-bila-nak-sara-famili. Sedangkan aku pon tak sanggup nak mintak banyak sebab jujurlah, mereka tak kan mintak kita bayar balik, tapi aku tak sanggup nak susah kan mak ayah. Macam mana dengan Kami yang lain??? Kami bukan dari golongan berada, sebab tu amik pinjaman. Ada yang mak ayah dah pencen, ada yang kerja kampung, ada yang mak ayah kerja tapi anak sulung adik berdik kat bawah banyak, macam macam masalah ada. Bila dah sampai umur 23 ni, kami dah boleh berfikir. Takkan lah nak susahkan mak ayah, famili sangat sangat bila diorang harapkan beban ringan bila ambil pinjaman. Kami ada juga maruah, harga diri, ego yang nak dijaga. Air muka sendiri nak jaga dari statement "Mengharap Family Sampai Mati".

Bila jadi macam ni, kami risau. Kami lapar tak pe lagi, kami pelajar kami biasa makan mee segera sekali sehari. Kami tak cukup nutrisi, kami tak kesah sebab kami muda lagi memang makan makanan tak sihat. Tapi macam mana kalau ada kecemasan, sekarang cuaca tak menentu, panas yang amat. Ramai demam, tak pon sakit tekak. Bila sakit tekak (aku sendiri sakit tekak macam kena tusuk pedang tiap kali telan air liur, padahal dah minum 3L sehari) kena minum banyak air, like seriously banyak. Tapi tak boleh sebarang minum, kalau masa hari pertama kedua kena, masa tekak merah macam nak luka tu elok minum air mineral, buakn air masak lagilah bukan air Water Cooler yang macam telan air paip. Ada mesin air (mcm Sukida, H2O Hydrogen water) yang letak 10 sen dapat 500ml air. Kami kena minum 3 liter, makna nye dalam seringgit, kalau sebualn takke dah RM 30 tu. Masa kena minum air mineral je tu, rase macam tak nak buat sebab sebotol besar seringgit lebih hingga dua ringgit, mahal benor weyh... Nak recover kan, kena lah berkorban, DUIT LAGI...Nasib baiklah dapat BB1M, boleh beli buku tak de la terasa duit abis sebab buku mahal yang amat.

Disebabkan duit start surut umpama air pantai yang tenang bila bulan mula menghilang, Kami pening memikirkan alternatif untuk stretch duit kami selama yang boleh. Aku makan sekali je sehari, like just lunch and bear with air masak sampai esok. Ada yang memang beli barang basah masak sendiri kat bilik langsung tak makan luar. Ada yang tak amik nasi, makan roti 2-3 keping ganti lunch/dinner (mcm la kenyang). Berapa lama kami boleh tahan dengan semua ni??? Manusia ni perlu makan, lapar tak boleh study, kalau study perut lapar nak refill, nak makan duit tak de. Nampak tak dilema tu??? Ada Kami yang sampai buat jualan pre-loved baju, beg, kasut sebab nak dapat side income. Paling tak lepas buat duit makan. Tak kan nak suruh kami jual body baru nak sedar ada masalah. Bila tanya and komen apa yang terjadi dekat MPPUPM, diorang tak reply. Kalau reply pon just retweet or like je. Apa yang dapat sayang kalo ko like tu??? Kami perlukan jawapan and tindakan. Penat Kami undi dengan harapan ada la yang membela nasib bila jadi macam ni, bukan buat kami macam experiment sarkis nak like like bagai.

Sambung dengan susulan lepas dah hantar result kat bahagian akademik semua. N kol PTPT lagi nak dapat update dan nak tahu apa yang terjadi. Pihak PTPT jawab adalah dibawah. Ni memang real conversation, Kami bukan tahap terkejut, ni dah boleh jadi marah. Dah dua minggu tapi ni yang kami dapat, NI KE YANG DINAMAKAN BUAT KERJA???? (sabar sabar sabar dan sabar)
reply kami dapat selepas 2 minggu


Nampak sangat Bahagian Akademik campak ke lantai je result yang kami bagi tu. So, sekarang ni apa kami kena buat??? Ada la several choice yang Kami semua fikir;

  1. Pergi naik turun HEP dan menunggu penyelesaian macam orang gile
  2. Pergi office PTPTN and settle masalah ni sendiri (pastu bila diorang nak betulkan sikap kerja gaji-buta ni)
  3. Pergi office Naib Canselor and laporkan masalah (yes, kami kenal naib canselor n baik dengan diorang sebab kami dah Final year, diorang dah penah ajar kitorang)
  4. Lapor dekat MPP sekali lagi dengan harapan ada tindakan diambil (sebenarnya aku dah lapor dan reply yang dapat hanyalah "kami akan rujuk hal ini" blerrrghhhhhh)
  5. Tendang pintu HEP sampai pecah (epik tapi kompem masuk jail)
  6. Bawa hal ni kat TV3, newspaper dan biar umum tahu kami tersiksa??? (Tapi nanti reputasi U jatuh, and aku ni still sayang UPM, masalah dia, management yang amat fail)
  7. Berenti je blaja, kerja jual bodi ke, jual dadah ke, apa yang haram dapat duit bayar hutang
mane satu pilihan yang normal??? Normal tak selesai masalah, Tak Normal timbul masalah.


BTW, Sem ni aku ada kawan dari France, boleh faham tak malunya rase bila dia tanya kenapa management kat sini tak student friendly and tak dapat selesaikan masalah dengan cepat. Dia cakap kalau dekat France, student komplen and pergi naik office 2-3 kali tapi masalh still tak settle, diorang akan mintak maaf sebab susah kan kita dan akan priority kan masalah kita untuk settle dulu. Tapi sayang, kat Malaysia, selalunya (saya minta maaf sangat2 dulu) kebanyakan yang kerja bahagian kaunter, kerani, yang kerja jumpa orang/customer perangai tuhan je la tau. Dah banyak kali kena, kerek pastu layan Kami, kena pulak student kan tak de kerje macam kucing kurap mintak makanan dekat tepi meja. Jangan layan Kami macam tu plizzz, macam mane kami nak berbudi kalau ditabur kaca dari mula. Mungkin Goverment kena wajibkan semua yang nak kerja bahgian ni kena amik satu subjek/kos 6 bulan untuk belajar treat customer and layan mereka mengikut situasi. Mungkin patut belajar consumer behaviour sekali. Buat satu peraturan, sapa ada sijil dalam bidang ni, dia didahulukan dalam pengambilan kerja kan.

Dah terpesong jauh nak ke France Europe bagai. Aku bukanlah nak buruk buruk kan sesiapa, bukan nak salahkan PTPTN atau kerajaan atau mana mana pihak. Aku tahu masalah ni bersebab dari management dekat HEP dan Akademik Uni. Aku tahu punca silap kat mana tapi tak dapat nak buat apa apa, sebab diorang yang tak buat. Aku tulis ni semua sebab kecewa sampai tawar hati sangat dengan pengurusan. 4 tahun kat sini, macam macam dapat. Kalau pergi pengurusan memang boleh naik darah dengan cara diorang layan Kami. Aku LI bahagian services OK. Aku tau susah nak layan kerenah manusia, tapi apa lah salah senyum siket, guna nada baik2, sejuk siket hati kami.

Kami di KL. Kuala Lumpur The Great. Kami remaja. Kami jiwa memberontak. Kami sukakan hiburan. Janganlah ada yang disini baca n cakap takyah la keluar, duk je kat U dalam bilik untuk save duit. Nak KAMI GILA SEBAB TEKANAN??? Cakap macam tu sama lah dengan cakap kat perokok jangan sentuh rokok tapi letak dia dalam kilang rokok. CRAZY THINGS. Plus ofkos la kami nak berseronok dan bergembira, macam salah je state nak bergembira dengan PTPTN untuk belajar, but student JPA,MARA,BIASISWA pergi holiday, beli fon baru jugak dengan duit diorang. Apa beza dengan kitorang kan.

MPP yang Kami undi, aku tak tau lah, aku yakin susah nak handle organisasi besar macam Uni kan. Tapi tolong la, tolong sangat sangat respon or give something that can ease us. Bukan aku komen dalam laporan bertulis, komen tanya kat tweet je kot, tu pon x reply. Tapi time ada budak lain tanye seminit lepas tu boleh pulak korang jawab kan. Tak ke sakit hati jiwa raga dibuatnya. Macam korang pejam sebelah mata kat kami.

Benda yang macam picisan macam ni la yang boleh start perang, yang buat rakyat tak nak union sebab terkena dah tiada tindakan. Kami tau Kami sedar Kami banyak dapat bantuan dari KaMU. Tapi pepatah sentiasa cakap "buat baik seribu kali, yang jahat satu jua diingat nanti". Manusia memang di set macam tu, yang buruk di ingat sampai mati, kondem lagi seronok dari memuji.

Moga moga pengurusan UPM dan Malaysia boleh improve 500%. This is serious matter, kalau duk sambil lewa selama lama nya, Kita tak kan maju, tertinggal sebab tak mahu berlari kala maraton.

Entry panjang dan berbunyi rungutan, tapi ni luahan kecewa sebab tak de tindakan dan kami tak tahu nak mengadu kat sapa. Mungkin sebab benda macam ni ramai graduate kerja luar dari Malaysia and tak nak balik. SERIK DENGAN MANAGEMENT MASA DEPAN NEGARA GOYAH. tak pepasal sungguh.

Setakat ni dulu, bye.

Sunday, March 2, 2014

Dilemma as Final Year Student in University

Assalamualaikum semua...

Lama tak update bagai...Maklumlah final year ni busy sket...Alasan je semua tu...sebenarnya x busy pon, malas je lebih...

Sejak sejak jadi pelajat last sem ni, terasa lain sket...feel x sanggup nak abis study...lepas ni kena hadap realiti dunia dah...aduhhhh, jiwa ni x nak abes bergumbira lagi...

sem ni aku amik 3 subjek x termasuk FYP....kelas isnin sampai rabu je...selebihnya memang saja kautim ngn lecturer biar kosong mane le tau kot kot kitorang nk merambu ke merayau bercuti adalah juga hari yang free...hahahaha...

ni dah week 3, feeling nak start belajar still x de...nak tau x nape, kali ni dalam sejarah, ptpt x masuk2...rasenye salah management u..tapi biarla, bleh la diet bulan ni, sebab dengar khabarnya, lagi sebulan baru masuk ptpt tu...hadddoiiiiii, mana nak cekau duit untuk bergumbira macam ni??? ce cite ce cite mane nak cekau duit ha....

week 3 baru baucer buku nak dapat, well benda free x mungkin dapat cepat....amik esok je la...macam nak hujan ni, tak de makna nak menapak ke K13 semata kan...

hakikatnya, aku terlampau bosan, and feel nak buat quick update pasal life..kot kot setahun dua nanti bukak blog x de plak update time final year, sadis tu sadis.....

okay,bubye sebab ni quick update je kan...

salut....

Thursday, January 31, 2013

i'm sorry love (long recap)

assalamualaikum

lama yang amat membiar blog ni...last post pasal g starbucks je...awal sem lepas...pastu bila dah start bz terlampau sampai tak tercuri masa nak mengabad kenangan dalam blog ni.....

sekarang cuti, sem depan praktikal....disebabkan praktikal kat kuching, kompem la tak jumpa kengkawan sampai bulan 9 nanti. tapi tak pe, ni menunjukkan banyaknye masa saya ada untuk memberi cinta kepada blog ini...aim nye nak le naikkan pembaca....followers x kesah sbb orang yg membaca lagi penting dari followers...tapi kalo dah update 5 bulan sekali mane la nak ada pembacanye -____-"....

jadi, dengan ini saya, iera marican ingin memohon maaf kepada semua readers (kalo ada) sebab x amik berat langsung pasal blog ni..... untuk itu, ayuh kita recap apa yang tertinggal...

kejadian awal sem,

sem kali ni ada satu ladang, ternakan...so duk main main ngan kambing, lembu, rusa la ye...cabaran terbesar opkos la nak g kat sana, ladang 16 yang jauh itu....bas selalu wat hal...jadi macam macam kitowang hadapi nak sampai sana....kepada yang tak tahu, ladang 16 ni la tempat lagenda budak setan berlakon, part pokok seketul yg nampak macam lawa gila tu...kat sini la tempat nye...penah skali kitowang jalang dalam hujan, naik satu keta 16 orang, or jalan kaki sampai kedalam ladang tu... even susah tetap tabah sebab kalo dah reramai ngan geng tu memang tak terasa la ka.

jalan kaki sejauh mungkin untuk sampai ke kolej

pokok popular, banyak jumpa retis pokok ni...
tengah sem, dan kegilaan bermula

ni la start bz...even sem ni sket je subjek 7 termasuk ladang...tapi sume subjek lecturer over presentation...bleh la bayang kalo setiap minggu present sekurangnye 2 subjek...and subjek yang lain mesti ada assignment pepelik, contohnye baca thesis dan buat thesis berdasarkan thesis.....apakah itu??????? o.O tak dapat den nak trima oiiii.......kelas pack....keje ayat satu baris tapi jawapan 123498788798 page... 

epic sem ni bila kelas international marketing, dr jue bagi assignment....outline pown dah 3 page....full report hampir 150 page...punya la banyak....first time in my life wat report panjang gila macam tu...nak termuntah edit (au tukang combine n last edit) berpage-page nak ensure sume ikut format.... business plan panjang kemain ye, semat le sangat ko bace nanti....tengah duk edit2 kat fakulti nyer gazebo, ada le sorang ni menegur (yang duduk sebelah kitowang sbb nk guna plak)

 "thesis tajuk apa?" katanye... "thesis apa????" jawab ku dengan muka blurr. "yang korang duk wat la. ni thesis final year project kan?" katanye sambil menunjukkan screen lappy. "ehh, ni assignment kitowang je. fyp next year br kitowang amik." jawab ku pula, "owhh, tak penah tengok assignment macam ni" reaksinye terkejut yang amat.

iye, sampai orang ingat tu final project sebab susah nak wat...masa g print pown orang kedai tanye nak wat hard cover ke tak....sabor je la....

muka before present business plan yang tebal kemain..owh, fyi, masa yg diberi just 15 min  utk explain all the things u  have in your report
  tengah tengah sem lagi, 

ni dah start kuar sesuka hati....asal stress je kuar...stress sket kuar...disebabkan habit teruk ini lah duit makin cepat abes.....banyak betoi muvee yang ditonton kali ini, bermula dengan house at the end of the street, sinister, hack reacher, twilight, rise of guardian, parental guardian n banyak lagi yang aq tak ingat...yang pasti last movie kitoang berempat tengok the hobbit...memang best sangat...tahap puas hati gile la

keluar tiba-tiba memang seronak sangat

MAHA menyerang UPM

yes, kali ni MAHA ada lagi....dan aku pegi bukan sekali, bukan 2 kali tapi 5 kali....seronok sebab dapat makan tester banyak banyak...tengok betapa inovatifnye peniaga kat malaysia cipta benda baru...sebab aku budak pertanian + perniagaan, aku suka aplikasi apa yang aku belajar dengan apa yang diorang wat...semua peniaga baik sangat sangat, so aku pown amik la peluang tanya misi, teknik jualan, sapa target diorang, nampak SME kat malaysia akan berkembang kalo dibuat betul betul.

UNDI DAFTAR MENGUNDI di MAHA....yes, dapat daftar mengundi kat MAHA sebab ada booth SPR kat sini....sebab aku rakyat bertanggungjawab, aku daftart cepat cepat...hikhikhik.....

pegi seminar free kat MAHA, even sebenar kena paksa ngan lecturer...wawa menyelit dalam selca ini

dapat pencil free... goodies bag pown dapat, byk barang best goodies bag dia,  

rasenye ketua setiausaha apa ntah yang datang, tapi title dato' le jugak

hari lain le ni, ni kat taman pameran orkid dia
kalo korang g mesti korang tau betapa luasnye MAHAni...ada macam macam section, dan alahamdullilah, dapat g sume tempat, main nyer bahgian mmg senang nak sampai, tempat haiwan, sayur n herb, buah, ikan, plaza makanan, aquaria, mini zoo sume dah jejak kaki serba sedikit

hampir akhir sem pula

mula settlekan field work yang ada, kelas dr. sida require kitowang pegi company...so, kitowang pegi la kat negeri sembilan, rembau, utk wat kajian pasal company puyuh itu, 


puyuh yang bakal diproses

aq yang bakal _______

ahli yang pegi adalh 7 orang sumenye

baby puyuh yang kiut miyut

akhir sem sudah

sem 5 sudah tamat...kami mengambil final exam dengan perangai paling bangang...hampir sume subjek kitowang meniru...siap msg dlm exam hall lagi nk tahu jawapan...tapi bukan kitowang tak study.....setiap malam wat study group, just meniru soklan yang susah je...hikhikhik...setan benor aku sem ni, perangai macam apa je....

tertido dalam surau before exam sebab penat sangat...ni final day

berstudy di gazebo before paper..ida n wawa, u guys cute ok

joke joke in exam hall....dah give up utk study masa ni

broga secara tetiba....

ye, paper kelima dalam masa satu hari, dan hari sebelumnye kitowang tetiba decide nak g broga....masa dah naik sampai atas, tapi x puncak lagi, aq pancit sampai x leh gerak...maybe sebab gelap lagi, badan aku penin nak balance kot.... kitowang bertolak dari upm 5.30...start naik lepas subuh dalam 6.20.....yang cerdiknye, sorang pown x bawak lampu suluh...bertemankan lampu i-phone ameen, kitowang berjaya naik...aq suruh diorang naik je dulu, sebab diorang nak kejar sunrise....aq x nak la sebab aq diorang x leh naik...bila dah terang sket, aq pown dah ok, tak feel nak muntah dah, aq naik slow2...sorang je mase tu, tapi gua tak kesah, gua kan gangsta....ceh, x sampai 5 minit dah sampai kat kaki puncak 1....aq pown naik la kat puncak 1...masa tu dalam 7.30...mulanya aku tak nak naik puncak 2, tapi bila dah sampai atas tu, eksaited la plak...aq g puncak 2, n otw nk g puncak 3 aq nampak diorang dah trun masa tu...hahahahaha, lawak tol la aku, tadi kata nak mati dah, tak leh gerak la, tetiba sampai berpuncak puncak aku daki....abes daki, kitowang g bekpast la...makan roti tampal memang heaven dikala lapar dan penat...

yeah, sampai puncak 1 akhirnya..

awan awan awangan

jalan keatas

matahari malu malu badak

dah jumpa geng yang meninggal kan saya...huhuhuhuhu feel bersama mu..

bajet hebat naik bukit pakai jeans n sneakers

lari lari turun bukit....sume dah sawan mase ni

dan itulah yang terjadi dalam satu sem...memang banyak suka duka (ceh ayat nak sedeyh aje).....apa apa pown, kitowang bz cari tempat LI sem ni.....sebab abah dah tolong cari kan tempat LI, aq tak yah pk dah (thanks abah)....

kengkawan, nanti kita jupa lagi bulan 9 ye....harap dipanjangkan umor....

sementara itu, aq ada banyak nak update lagi.....






Saturday, September 22, 2012

STARBUCKS FRAPpUCcINO

hari itu, 20/09/12...saya menunaikan janji untuk membelanja rakan rakan kerana berjaya menaikkan pointer pada sem lepas....

maka saya perlu membelanja frappuccino starbucks kepada fikri yasin, ameen sarbudeen dan azwa hariri....

selepas kelas kami menuju ke alamanda...pada mulanye nak tunda ke minggu hadapan,namun kerana kelas telah ditamatkan awal kami membuat keputusan untuk pergi juga pada hari tersebut...

enough with skema BM....kitowang memang pegi alamanda dengan niat starbucks je....sampai2 je baru dalam pukul 5, pusing2 dulu....makan roti boy dulu..fikri belanja, mestilah amik banyak2...

kemudian kami meminum apa yang diidam...hohohoho....swipe my debit card there sebab malas nak cucuk duit....

pic tak de sangat sebab tak ingat nak amik pic...still ada la sekeping dua

tukang belanja hari itu...muka sedey niii

hasil belian

bukti bayaran

Sunday, March 18, 2012

pemalasnye beliau

assalamualaikum and monink...(page le sangat -____-")

ye, saya tahu....dua tiga menjak semangat mengarang hanya dalam otak semata...tak terluah pown kat blog ni...atas sebab setiap minggu akan menjadi penat start hari rabu sehingga la sabtu... rabu even ada dua kelas je, tapi otak aku terpaksa menghadam case case law untuk business law...kelas sekali je dalam seminggu, so kena la fokus sehabis mungkin untuk 3 jam tu....dah le kelasnye pukul 5-8....malam ye anak anak...kalo 5 pagi nanti tak de orang nak gi kelas tu..lecturer pown x tunjuk mukanya nanti...disebabkan kami semua bukan budak law or ada basic law, benda alah law ngan ayat pepelik ni agak menggeletarkan tulang kala belajar nya...punyala semangat nak belajar law, beli la buku tebal gabak tu, seb abek ada voucer buku kesayangan...tak la feel sedeyh nak beli, semangat je mintak buku tu ngan amoi kat kedai...ngan muka eksen nye hulur voucer buku, even kena tambah 2 hengget, gua tak heran la...2 hengget je...bukan 20 hengget....hahahahaha...aku nyer lecterur adalah seorang lawyer...jadi, dia bajet kami budak law, dengan mengajar seperti keratapi laju dan kami hanyalah ktm yang asik berhenti tersekat sekat...

buku law inilah yang saya baca kini
itu hari rabu nyer cite, khamis hari penat seduania aku.....kelas masih cuma dua untuk hari ini...namun, kelas petang adalah ladang ikan di puchong start pukul 2-5.30 petang...kepenatan tak perlu dicakapkan la...penat gila weyh...bukan gurauan pown, pegi je...terus kena tengok ikan, masuk kolam, menjala la, buat sangkar la....macam macam lagi...balik kompem sume senyap je....last week lagi best...lepas masuk kolam 2 3 kali....otw nak balik kat tempat utama dia, hujan mencurah curah ke kolam ikan...kami pown lencun la juga...seb baek tak demam...sampai bilik, kena la basuh baju laju2 sebab kalo rendam lelama nanti busuk....bayangkan betapa penatnya aku...malam tak sempat nak rest sepenuhnya, kena bangun awal esok sebab kelas pagi sesangat...

jumaat, kelas 9-12 straight....financial management, lecturer tu bercakap non stop...kelas tu kecik, tak leh nak tido...lecturer suka ronda ronda, tak leh nak lagha sambil dengar lagu...badan plak akan berterusan sakit otot otot sampai hari sabtu...mana tak penatnye...nak gi toilet pown pikir banyak kali sebab malas nak jalan...sakit kaki sampai ke pinggang tak ilang...

start esok samapai rabu aku ada 3 test straight....tak de gap pown...sume subjek hafal2 ni buat aku feel nak muntah....susahnya jadi student...dah ;a makanan tak sedap....

p/s: picca memang makin kurang skunk ni...semua sebab tak de kamera...mungkin aku perlu membeli kamera sejibik....

Saturday, November 19, 2011

midterm act 2131

assalamualaikum and apa khabar....

minggu nie bizi......

semua nye sebab ada midterm act....n aku tak study langsung pown....

macam bese, last minit baru la aq stadi gila gila...macam biasa yang dibuat aku....

so, sampai waktu, masuk la test...semalam, 8-10 mlm.....aishhh...aku tak suka test malam...ngantuk....~..~

nasib baik nye, soklan senang, amat la senang....wat latihan kemain susah nya....

tetiba rasa hidup ni agak tak bermakna, ada exam baru la bertungkus lumus study.....kalo tak, duk memain je....aishhhh, bila nak berubah  nie

Friday, October 21, 2011

test paling best!!!!

assalamualaikum and apa khabar....

dan hari nie aku ada test.....satu je testnye,management.....sket je masuk...tiga bab je pown....

jadi emmbaca dengan kadar hebat semalam...mengaharap ilmu masuk dengan hebat kedalam otak...tapi sayang ye anak anak, malas lebih menguasai diri...jadi baca 2 3  5 3  2 kali terus tido malam tadi...bangun pagi baca lagi....

pukul 10 pagi test pown bermula....dapat kertas soklan,terus tersembur bijik mata....10 soklan je.....10 soklan esei, satu satu 10 markah!!!!!!!!!!!!!!!!!!! WTH......

setiap soklan semua kena explain and discuss.....apa ko ingat 2 jam tu sempat nak jawab seploh soklan esei tu ke...dah la soklan KBKK....tak de la aku kesah sangat tapi kena explain sesatu tu panjang dan konklusi utama adalah masa....tak cukup wei.....

aku sempat jawab semua tapi.....yang soklan belakang belakang ringkas je la jawapan nya...mengharap dapat banyak markah....

kitowang macam nie la tadi...

sampai naik beku tangan dibuatnya....kelas sejuk sejuk sejuk sejuk yang amat......tangan plak dah cram sebab banyak sangat nak tulis....aisssshhhhhhhh.........yang menjaga pown strict yang amat...terus ditarik kertas jawapan tanpa belas kasihan pada kami yang nak susun kertas tu....bukan jawab pown, susun je kowt....huhuhuhuhuhuhuhu

agak2 bleh tak jawab macam nie????

ohhhh....incek incek lecturer di dunia tolong la buat soklan sesuai dengan masa yang diberi....kalo dah peruntuk satu soklan 10-12 markah, takkan la kami nak jawab 1 2 ayat...kompem la 1 2 page sebab markahnya banyak....owh.....owh...owh....lagi satu tolong la jangan bagi soklan yang agak agak budak pompuan memang susah jawab tapi budak laki senang jawab....kenapa la bola nyer soklan specific bebenor...kami mana main bola sepak...bola jaring,batu seremban kenal la jugak....

p/s: nak dekan macam mana nie?????

Wednesday, October 19, 2011

lawatan sambil belajar ikan

hello everyone and apa khabar.....

hari nie kami sekeluarga se-kos pergi ke Puchong...tengok kolam ikan disana...

bertolak konon nya pukul 2..tapi bas tak sampai....tunggu bas...hujan turun mencurah curah ke perut UPM...kitowang pown duk la tunggu tunggu kat cafe dlu....lepas tu, bas pown sampai.....masa menunjukkan jam  2.15 petang...tapi sebab ada yang tak samapai lagi kitowang pown tunggu la diowang..pukul 2.30 baru bleh grak....

ingatkan dekat, tapi sejam gak amik masa nak sampai kat tempat tu...masa kitowang sampai dah pukul 3 lebih...hujan pown tak berenti lagi....

turun je, lecturer,En Rozihan dah tunggu kat sana....dia pown naik risau sebab kitowang lambat sangat..

start la agenda kat sana...masuk lab dulu untuk dengar explanation.....

start ngan tengok ikan yang di awet, induk yang besar dalam kolam besar, ikan yang normal, anak yang kecik kecik....lintah, piskiponik, udang tambahan yang ada....sayangnya,tak leh nak tengok segala benda sebab hujan...kalo tak bleh g tengok kolam tanah...

ada kolam yang ada anak ikan tilapia..kecik sangat...kitowang duk main cecelup jari bagi ikan sentuh...excited kemain dapat main macam tu...aku plak saje g test cecelup kat tangki yang ikan dia besar sket.....sekali mulut ikan tu muat muat jari aku...kan terjerit kat situ...jari kena gigit ikan...eleh tak sakit pown...tapi terkejut la...

tetiba sume pakat nak tangkap anak anak ikan tu....sebab en.Rozihan cakap tangkap la kalo dapat....sume duk pakat menyauk dalam tangki....last last takde pown yang dapat tangkap....yang dapat bau ikan satu badan...hikhikhikhikhikhikhikhikhikhikhikhik...macam balik pasar pown ada....

masuk lab before balik sebab EN.R bagi test ringkas buat ikut group....sesaat je siapnyer...

maka habislah lawatan sambil belajar....dalam pukul 4 hampir pukul 5 kitowang balik....yang lucunye...pegi amik masa sejam,tapi balik,15 minit je dah sampai UPM....nampak sangat tak tahu jalan masa pegi tu....hohohohoho....

serba sedikit pic masa kat sana....pic lain nanti upload sebab banyak...nak bajet wat entry ber-rantai la nie..(padahal takde orang berminat pown kan kan kan kan kan)

aku skema pakai baju UPM...bawah tu kolam induk
ikan keli versi induk

along n andy...

credit to Naz..thanks for picture...

pic lain entry seterusnya...

p/s:penat pown tak hilang lagi nie

Saturday, October 15, 2011

makan free weh!!!!

hello everyone and apa khabar....

semalam hari jumaat....kelas ekonomi batal...jadi bleh bangun lewat...amat happpy...pkul 9.45 a.m keluar bilik g kelas nitty plak (management)...sampai kat agrobio,kitowang dengan kelajuan cahaya beli nasi lemak makan...lapar nyer pasal....makan laju laju laju laju bagai nak tercekik, berlari masuk kelas plak..tipu je,padahal tak lari pown,jalan laju laju je....

nasib baik dr.nitty tak masuk lagi, duduk borak borak,dr masuk...kelas start macam bese...baru setengah jam kelas start, ada sorang staff masuk...dia jemput satu kelas pergi majlis anugerah pelajar cemerlang...sebab dewan kosong, dekan turun, so, tak proper la kalau tak de audience...nak tak nak, kitowang pegi la dengar..apa  yang jadi aku tak tahu sebab aku dengar lagu kuat kuat...


paling best yang buat kitowang sejuk hati, dapat makan free lepas tu...hohohoho...nasi tomato, ayam masak merah daging kurma, dalca sayur, papadom tambah plak air sirap...perghhhh.....memang mantopp...sayang nyer, aku kan tak suka nasi jenis nie, nasi tomato, briyani or apa apa la,aq kureenngg...so nasi amik sket je la..tapi lauk terbaik la..sedap....nyesal tak bawak tupperware..kalo tak bleh tapau...

budak yohoho yang lain tak yang cakap la, kena plak geng laki kan...amik bagai tak ingat dunia....tapi,sapa kesah, makan free kan kan kan......budak U memang pantang makan free nie...nak beli mahal...

balik bilik sume belingkar atas katil la...perut kenyanng, kelas tak de dah...terbaik laaaa....

ini la majlisnye....

pelajar terbaik sains pertanian tgh berucap

ida,izat,rosni...tekunnyer anda!!!

pemandangan dalam buku

sila lah baca kalo rajin
that all pasal makan percuma...mungkin kalo ada makan free lagi, aku akan ingat untuk amik gambar makanan...

Sunday, October 2, 2011

selamat doa selamat....thnks Fikri Yasin

hello every one and apa khabar...

semalam sabtu, meroyan bagai gila sebab tak tahu nak wat apa dari pagi sampai malam.....aktiviti same je yang mengisi masa lapang....ngadap laptop,gelak gelak,tido...

hari nie tak meroyan sangat sebab bleh g rumah Fikri Yasin...beliau buat doa selamat....bukan bukan dapat anak baru, parent sia nak g haji sebenarnya...semangat waja la kitowang sume pegi rumah beliau...

angkatan perut lapar yang pegi adalah Ameen Sarbudeen, Azwa Hariri, Nuda Chan, Ariezan -adi, Nur Izzati Mohamed, dan Iera Marican (nak jugak letak nama sendiri)....name fesbuk nie bunyi klass sket...

dalam pukul 12 lebih kitorang bertolak....Ameen yang amik kitowang kat Serumpun nie....naik kete mak die lagi...naseb baek luas ketenya, bleh la sumbat reramai kat belakang....

naik je kete macam bese la,bising bagai nak rak la kitowng kan....kena plak masa cari jalan ngan peta lukisan tangan Fikri tu....naseb baek tak sesat ke hapa masa cari rumah tu...berguna la gak peta tu...

sampai je kat tempat kejadian, kompem la salam ngan tuan rumah dulu....pastu, agenda utama pown bermula.....feel nak je bedal makanan banyak banyak, tapi bajet ayu depan orang nyer pasal, kena la control sket feel lapar tu kan......siyes lauk pauk terbaik...memang sedap ahh....dari ayam masak merah ke pucuk paku tempoyak memang terbaek la...pekena la ikan kering ngan sambal belacan rasa lupa daratan jap....lepas nasi kena la pekena pencuci mulut plak, kuih kuih terbentang atas meja sume aku amik....kuih koci, seri muka, kuih bingka ngan puding lapis cendol.....keman banyak kuih.......sume aku makan sebab obses ngan kuih tradisi...dah la sedap.....paksa la Ameen makan kuih koci, dia tak leh telan rupanya....ada gak oranng tak leh telan kuih koci.....tapi aku tak de kesah nya, pucuk paku tempoyak pown dia tak leh makan...tak bese leteeewwww.......aku kan tekak kampung, segala ulam nak aja aku makan....tapi bagi western food pown aku on.....

sayang nya langsung tak ingat nak amik gambar....jadi la entry tanpa gambar.....dalam pukul 2 kitowang gerak balik...cadang nya nak ajak bebudak ni g alamanda tapi Ameen kena anta adik dia la plak...jadi sume pown balik la bilik masing masing...naseb baek perut kenyang, tak de la nak marah orang....

peta lukisan tangan ni je la gambar yang ada

p/s: laen kali nak kuar reramai lagi la

Friday, September 16, 2011

bosan tahap melampau kah????

hello everyone and apa khabar....

well, dah seminggu kat UPM untuk sem-3 nie.....

macam sem lepas lepas, tak de beza pown aku kali nie...cuma terasa agak kosong dan lapang...=..=

selalunya banyak je aktiviti, meeting, latihan...macam macam....tapi sem nie semua tu macam hilang dibawa angin...macam aku tak diperlukan....ye la, junior dah masuk diorang la plak yang kena buat itu ini...jadi siapalah aku yang nak jadi bz macam dulu....

dulu, kalo kawan nak ajak kuar kena msg seminggu awal, risau clash ngan aktiviti alin...skunk nie, ajak la bila pown tak de nye aku kesah...freee manjang...

sebab dah bese sangat penuh dengan aktiviti, bila free tak de keje nie rasa bosan sangat sangat k....rasa nak muntah duk dalam bilik......g la tengok tengok junior wat latihan, tapi tak de apa yang bleh tolong pown....adoiiiii....tolong la, tak leh nak idup kalo tetiap hari tak de keje macam nie...

impian sekarang ank aktif benda lain la plak....ada 2 pilihan dalam kepala..

1. AISEC
2.PENTAS

AISEC nie international nyer persatuan untuk remaja...memang aku nak masuk dari sem-1 lagi..sebab over bz, asyik tak de masa je nak g interview jadi ahli...

PENTAS plak persatuan teater UPM..memang aku join masa sem-1 tapi agak kurang aktif...yang nie mestilah best sebab teater tuuuwww....semua tahu aku suka berlakon kan...so aku rasa nak aktif balik...

masa dulu, banyak keje ngan meeting, aku duk menyesal napa la aku nie rajin sangat join semua benda...skunk nie aku dah paham dah....bosan nyer duk kat bilik tanpa tujuan...

bosan giler....cafe baru amat tak sedap

konklusi aku dapat buat berdasarkan situasi aku.....janganla malas nak join aktiviti and enjoy your student life...bukan duk terperuk dalam bilik macam badak sumbu kenyang....

p/s: kalo tak timba pengalamn kat U kat mana lagi kan?????

Monday, September 12, 2011

YOHOHO return!!!!!

hello everyone and apa khabar....

sem baru dah bukak....clap clap clap clap....betapa eppy feel dalam hati dapat jumpa yohoho semula...ingat senang ke nak jumpa lepas 4 bulan bercuti... tak de perubahan pown bebudak nie...masih macam bese...tu yang paling gempak sebab langsung takde beza walau lama tak jumpa...feel bangang dengan diowang tetap ada...

perubahan kat upm, cafe dah tukar kerusi....dah tak de dah kerusi goyang goyang tuw...betapa suka dalam hati bila pikir pasal tu....kerusi baru lawa, kaler merah lagi.....tapi, yang tak best tender cafe tukar, so, kena la cari yang mana murah lagi....masalah utama sume pown mahal.....mahu mogok makan duk kat sini...

FAKULTI BARU DAH SIAP!!!!!!!!!! betapa nak tunjuk aku teruja ngan fakulti pertanian baru yang dah siap....besar, cantik, canggih ada lif lagi....jauh fakulti baru nie dua kali ganda dari fakulti lama...gila kau, jauh nak mamposs.....bas satu je yang ulang alik...student dah la ramai....tak logik!!!!
kat fakulti baru...fakulti kat belakang tuwwww
owh, aku dah ada junior....ye, betul tu anak anak, saya bergelar senior bermula sem nie...and aku tak jadi fesi or MTM sekala bagai..sebab???? aku pown tak tahu jangan nak tanye nape, nangis kang.....

feeling jadi senior???? takdak feel pown...cuma sentap hati mak nab bila ada yang panggil "AKAK!!! nak tanya"....ouchh, pedih hulu hati ku....hancusss perasaan ke-muda-an selama nie...takpe takpe, tak nak layan kalo korang panggil aku akak....huhuhuhuhuhu

jujurnya, aku amat eppy masa sem nie bukak, macam macam perancangan ada dalam kepala...dengan harapan boleh la berjaya...ahhahahahahha....

p/s: seronak nya saya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

thnks to : naz for pic

Sunday, May 1, 2011

peperiksaan WEEK????

begitulah entry yang berbunyi manglish sekali...apa-apa pown...semalam kami ada final PRT3003...tahu tak prt3003 nie pasal apa.....berkenaan alam sekitar,pertanian,dan sebagainya.....panjang nama dia...so,normal la aku ingat kod dia je....berbalik ke topik utama,disebabkan exam adalah malam...siang tu sume dok bertungkus lumus membaca dan menghafal sebab itu yang perlu kami buat....sume orang pown bleh jawab kalo kowang sume baca......dah tu elok je lepas maghrib,sume bertolak menaiki bas suasana edaran (bunyi macam na pergi jauh gila) sebenarnya ni bas yang kitowang guna harian dalam UPM.

yang bengangnya,sampai kat tempat exam,fak.sains hewan...pintu kunci...pInTu KuNcI....PINTU KUNCI....diulangi PINTU KUNCI...kami sume tak bleh nak masuk ke tempat exam....masa tu kitowang masih membaca dan duk test-test ilmu sesama kitowang....bosan kowt duk tunggu......akhirnya...prof cakap 'awak sume jalan 3 blok kehadapan dan kita wat exam kat situ' terus masuk kete honda civic die.....macam tu je....kami kena jalan memalam dalam gelap dan tertpinggir,memang sesetengh tempat kat UPM nie macam tak de orang tinggal....berhantu aku nengok...kami pown jalan dan masuk ke dalam lab aka MAKMAL....kat situ la kitowang exam selama 2 jam atas kerusi terlebih tinggi,meja yang tak seronok, dan sejuuuuuuuukkkkk.....10 soklan esei....ditekankan disini,10 soklan esei ye anak-anak.....memang seronok jawab soklan banyak-banyak...feel dia macam ****m je......jujurnya aku rase boleh la jawab....satu soklan je yang aku tak tahu dan aku mein tulis je apa yang aku rase aku nak tulis.....

hakikatnya,kitowang nie walau pown tengah exam week,kami macam biasa...lepak...kuar....bising bising....online non-stop....so...apa maksud exam week kalau esok exam malam nie study????macam biase je aku rase....

Monday, April 25, 2011

olD toWn whiTe cOOfFEE

ni sume disebabkan cadangan oleh Ameen Sarbudeen untuk makan kat luar....sebabnye,study week nie cafe tak banyak bukak and tak banyak pilihan....sebab dah hampir 3 minggu kat sini dan mengadap makanan sama, kitowang dah sampai tahap bosan gila dan tak tahu nak makan apa dah....jadi tengah dok ber-MUKABUKU pada malam sebelumnya kami pown amik keputusan untuk kuar makan di luar.Natijahnya,(ayat tingkatan 5 disitu) kami makan di old town white coffee.....like....mase nak pergi kononnya nak brunch...tapi pkul 11.30 tak gerak lagi....pkul 12.00 lebeyh baru la sampai nye dekat old town tu...yang pergi sekali ngan kitowang sebenarnya 5 orang je yang pergi.....aku, naz, ida, mursyid, and most important person Ameen....Kenapa Ameen penting???? sebab dia bawak kete and kitowang tumpang dia...tu la kejadian sebenarnya.....kami pown order le segala jenis makanan yang kami mahukan....(bajet order banyak gile je)..nak tengok pic makanan silalah ke blog kawan saya dengan mem-push ini...lepas tu kitowang buat sesi round table.....nie bukan macam yang kita buat masa post-mortem,bagi kelemahan,cadangan dan penambahbaiikan....tapi kami round-table makanan kitowang sebab masing-masing nak rase makanan orang lain.....memangla berlagak bak orang asli disitu....lepas tu kami ambil mengambil gambar seperti norma kehidupan kami yang biasanya...disebabkan makanan yang aku pesan banyak giler (aku je kowt yang tak leh nak abeskan,orang lain kejap je licin pinggan diorang), aku cakap kat mursyid;

aku: 'kalo ko nak amik la...aku full giler'
mursyid: amik sudu ngan garpu baru and makan
naz: 'ko buat la makan satu mangkuk gempak sket'
aku: 'makan satu mangkuk???' gelak non-stop
mursyid: makan dan makan 'cepat la penat nak posing nie'
ida: 'heee heee heeee' gelak ler maknanye tu
ameen: 'kalo korang buat betul-betul aku balik dulu'
aku: 'aku posing je k'

lebeyh kurang begitu la perbualan kami yang peliks bebenor....sebab kitowang makan kat old town,South City,Serdang....cehhhss,alamat aku bagi.....mall nie macam dah malfunction sebenarnya,sket giler kedai bukak and tak de orang giler-giler....maybe sebab kitowang pergi masa orang kerja kowt...kitowang pusing-pusing dalam tu kejap...pergi Watson beli belah apa yang nak sebab akhir-akhir sem nie banyak utilities yang abes....cuci muka la toner la, krim tu, krim nie, ubat gigi, dan pelbagai....banyak la gak burn kat situ tapi dah keperluan nak wat macam mane....lepas tu on da way nak kuar tu....aku ternampak kedai siam plak...aku tanye kat bebudak nie.."pernah makan som-tam tak?????"...jawapan diorang adalah tak dan tak kenal pown apa benda tu...som-tam adalah kerabu betik yang berasal dari thailand...sebab aku orang kelantan aku tahu la makanan nie...aku beli la sebungkus dan pack bawak balik....

sampai kat serumpun,yakni kolej kitowang kat UPM nie...aku ajak la bebudak nie merasa som-tam sket sorang....muka sorang-sorang kagum jer mase bukak som-tam nyer pack...pastu tengah duk melayan som-tam kat blok budak laki....nampat la plak zati ngan wawa lalu....ajak diorang same untuk membuang mase....borak punyer borak...mesti la haus....beredar ke cafe dan ameen treat all of us a drink....nice one....sambung lagi dan sambung lagi bercerita...dari topic set penjagaan muka (topik nie kuar sebab zati tengok aku beli toner ngan skrub baru), budak laki dua orang tu punyer la bosan mase nie....kitowang cakap pasal gambar la..pastu tetiba masuk pasal famili pic...aku pown tak faham macam mane bleh jump-jump macam tu....tapi elok je pukul 3.00 p.m kitowang beredar sebab naz cakap 'dah lewat nie...'....so,yohoho punyer budak pown beredar la dulu selepas berejam membebel....

gambar nie la menyebabkan berlakunya conversation diatas

p/s: kami ada exam kimia pada keesokkan harinya...tapi buat macam tak de apa-apa jer....memang hebat la bebudak skunk ni....

Sunday, April 24, 2011

yohoho

entry kali ini berbunyi YOHOHO!!!!!!!!!!
ok....maybe ramai tertanya-tanya tentang apakah yohoho nie....
fakta :

  1. kos agribusiness batch aku ada page  kat FB bernama " kami budak agribiznez 2010/14 yohoho yariba riba esteban la puentes ".
  2. page nie jadi platform utama untuk aku dan kosmate aku bincang pasal study, kutuk mengutuk sesama kami, berborak mesra atau untuk apa sahaja yang sesuai
  3. kami sentiasa merujuk kepada page ini dengan nama yohoho sahaja kerana lebih ringkas dan comel.....
jujurnya,memangla tak berapa menarik page nie masa kawan aku, mursyid create first-first dulu....tapi sebab senang nak comunicate tanpa keluarkan duit,dengan cepatnyer populariti page nie meningkat....dan apa yang aku tau aku memang suka post apa-apa yang berkaitan dekat page nie.

Kebelakangan ni, aku terobses dengan HIMYM. OK nama cite sebenarnya 'how i met your mother'...sila tanya mr.google untuk tahu lebih lanjut berkenaan cite nie....tapi ada satu benda yang aku betul-betul tertarik dalam cite nie....persahabatan antara diorang semua...diorang berlima rapat dan bleh kata bagitau sume masalah kalo ada.....depend on each other....macam cite friends...tema cite tu senang je sebenarnya...pasal kawan kat kolej....same with us right???? tetiba aku terfikir untuk tulis sume cite aku dengan bebudak yohoho ni....sebab???? hidup student memang menarik sebenarnya....aku nak la tulis dari first aku jumpa diorang..aku takut gak kalau tak leh masuk denagn semua...tapi bila pikir balik...lucu kowt sekarang baek macam famili....well,apa yang berlaku dalam hidup seharian amat menarik dan  sama je dengan dalam drama atau movie...cuma cara kita pandang hidup nie macam mana yang akan merubah kehidupan nie.....

memang merepek entry kali ni....lepas lama tak menaip.....aishhhhh

Saturday, April 9, 2011


video aku berposing-posing

kesengalan aku didalam kelas jelas k......
ok hakikat nye benda terjadi macam ni.......
prof masuk lewat gila gila.....satu jam kowt......tengah menunggu tu tetiba kawan aku ida mendapat ilham (yang entah dari mana) untuk menghiburkan hati dengan ber-karok-ke didalam kelas......maka bermula la duet dengan encik fikri yasin tersebut.....dalam proses yang menggerunkan itu, incik naz mahu merekod rekod plak....tapi sbb malas nk gerak g dekat ngan penyanyi,maka dia rekod dari jauh dan muka aq terpampang ngn luasnya(tatabahasa yang kompem salah) aq pown suka-rela jadi model MV diowang......hahahahahahahaha....x de sesape minta k....aq yang sesuka hati nak jadi......ebat x kejadian ni......kekekekekekeke