Showing posts with label malaysians. Show all posts
Showing posts with label malaysians. Show all posts

Friday, March 7, 2014

Aku, PTPTN, & Pengurusan Universiti

Assalamualaikum,

Hari ni nak cite pasal lain sket. Ni nak cite pasal kejadian julung-julung kali terjadi pada aku...KAMI X DAPAT PTPT EVEN DAH SEBULAN LEBIH START KELAS...

Itulah hakikatnye....Ceritanya bermulanya macam ni, masa cuti sem, ada ua ura mengatakan berlaku kesilapan key-in yuran yang buat yuran kitorang double...Masa tu ramai kalut risau kena bayar yuran 2K +++...MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) cakap jangan risau, tak kan efek pon just salah taip...Semua macam lega sket..Time ni aq x de kesah pon sbb pikir mmg sbb salah key in, just undo je la kan...

Bukak sem, cek akaun duit tak de lagi...aku sejukkan hati sendiri cakap maybe lepas 2-3 hari masuk lah kan...Tunggu punya tunggu tak masuk masuk jugak...Yang magik nya budak kos lain sume dah sapat..Roommate dah kuar shopping 3-4 kali...Aku start feel risau lepas seminggu lebih sebab tak penah jadi macam ni...

Nak dijadikan kes lagi, kosmate aku, N, kol PTPTN untuk tahu status...Jawapan diorang adalah "Awak dapat bawak 2.0, so PTPT tak dapat dik". Takkan la satu kos fail kot kan, lagi pon result kitorang sume atas 3.0. Aku tau apa yg buat benda ni jadi.. Kos kitorang pelik sket, Latihan Industri (LI) yakni Praktikal Bekerja tengah tengah sem. Kos lain LI sem akhir lepas dah siap Fianl Year Project semua, kami LI Sem 6. LI tak ada result, just memuaskan or tidak memuaskan je. Bila kami explainkat pihak PTPTN diorang baru faham and cakap diorang tak boleh nak ubah result dalam sistem kecuali lah Pihak UPM hantar result dah senarai result yang latest, baru diorang boleh proses. Diorang mintak kami pergi bahagian akademi Uni sendiri untuk tanya pasal masalah ni.

Jadi kami pergi ke Bahagian Akademik. Kerani kat situ cakap kami kena bagi result kami kat diorang secepat mungkin untuk proses data. Dia bagi 2 hari untuk hantar result kami semua kat diorang. Kalut lah Kami ni turun naik office fakult sebab nak amik result latest dengan yang masa praktikal. Fakulti cakap result sem lepas (sem 7) tak keluar lagi yang official, boleh print dari web SMP kalau untuk kegunaan dalaman. Jadi kami pon print yang dari web. Nak masuk web ni pon satu hal jugak, hang memananjang n memang stuck sangat sangat kalau nak masuk. Macam kalau kita nak kol or hantar masej kat orang time raya, line busy semua telco. Lepas bergaduh ngan SMP untuk print result dari Sem 1-Sem 7, yes kami kena anta result dari awal kami jejak kaki ke UPM kat Bahagian Akademik, kami pon hantar result kami semua kat diorang yakni Bahagian Akademik dengan harapan masalah ni dapat di selesaikan mungkin dalam 2-3 minggu (Kata diorang ini la masa diperlukan).

Sejujurnya, aku pelik dengan Bahagian Akademik ni. Bukan ke mereka BAHAGIAN AKADEMIK terang terang diorang boleh cek sistem pelajar dan print result kami sendiri kan. Tapi kenapa diorang nak kami buat sendiri jugak pastu hantar kat diorang. Dah la tak dapat respon masa hantar result, just "OK". NOPE, WE ARE NOT OK...Tapi lepas hantar result ni, kami bagi peluang untuk masalah ini disettlekan oleh diorang sebab mestilah kami anggap diorang akan buat kerja ni. Terang terang silap diorang tak ingat hantar senarai nama kos kami (tercicir atau terbuang itu Tuhan saja yang tahu).

Sementara menunggu penuh harapan PTPTN masuk, kami semua kena pergi kelas macam biasa, perut still perlu diisi. Makan kat UPM ni mahal, kalau makan kat dalam 2 kali sehari minimum RM 10. Itu MINIMUM. Kalau yang ada transport boleh la makan kat luar tapi sebenarnya kos still lebih kurang bila ditambah dengan harga minyak semua. Kami ni pelajar tahun Akhir. Ada FINAL YEAR PROJECT (FYP) yang kena buat. Standard dalam buat FYP, student kena buat survey dan agihkan pada semua. Respondent kami bergantung pada Tajuk, Lecturer, dan Target. Selalunya 200 dan keatas. Cuba lah bayangkan, kalau nak cari 300 respondent, nak kena print survey yang dalam 7-8 pages. Semua ni nak guna duit. Nak print, nak beli hadiah terima kasih untuk orang yang jawab survey, nak pergi kat kawasan yang dikaji banyak kos diperlukan. Kami ni mengharapkan PTPTN untuk support kami punya project paper, senang lah hati nak print survey tk payah fikir catu makan diri sendiri. Maybe ada yang tanye, "Takkan lah takde dana untuk pelajar Final buat project?" YES,DANA ITU ADA TAPI perlu dahulukan duit sendiri dahulu dan claim kemudiannya. Biasalah, proses claim ni akan mengambil masa 1-2 bulan (pasti ramai yang faham). Nak dahulukan duit sendiri tu macam mane kalau dalam akaun ada RM 20, dalam purse ada RM 100 sampai hujung bulan. Someone Somebody do explain to me how we can survive in KL living rate with RM 100 only for a month. EXPLAIN PLEASE...Kedai fotostat mana kesah kita ada duit ke tak, as long as you pay, we serve you. Bukan tu ke polisi semua kedai??? Ada antara Kami yang hold dulu nak buat survey sebab budget tak cukup. Ada still buat tapi half dulu sebab lecturer nak tengok progress, takkan la kami nak caap tak leh buat sebab tak de duit and apa yang Kami nak harap lecturer buat. Bagi kami duit??? Diorang pon ada famili nak di support. Kalau nak tolong semua student, habis rabak tak bersisa la poket para pensyarah.

Itu satu masalah. Ada antara kami ni datang jauh, dari Sabah&Sarawak. Sebab naik flight, barang pon sikit je dari rumah sebab luggage mahal. Barang keperluan memang tak beli la macam berus gigi, sabun basuh, shower foam, Maggi semua tu. Harapan hati nak membeli disini dengan PTPT, tapi apakan daya, awal sem dah macam akhir sem, tapi lagi teruk. Kalau korang baca blog aku (rasenye tidak) korang tau aku tinggal kat Sarawak buat masa ni. Sampai UPM dengan beg baju je, nak beli barang keperluan pon fikir 9876 kali sebab bukan murah kalau beli semua sekaligus. Konfem habis paling paling jimat pon RM70+++. Banyak RM70 tu. Aku la salah satu mangsa yang berfikir 7000 kali nak beli sabun paling murah, guna sabun madi pon cukup la sebab sabun tahan lama n murah, amik ubat gigi jenama cap ayamitikbadak, maggi pon fikir nak beli ke tak. Semua tergendala sebab tak de budget. Aku tak la rase aku ni malang atau sesak sangat. Kalau terdesak aku boleh lagi mintak dekat parent, syukur Abah masih kerja and ada gaji. Tapi banyak mana sangat lah aku nak mintak, adik beradik lain semua belajar lagi, 2 orang kat UNI, sorang x dapat PTPT (sebab ntah lah). Lagi 2 sekolah lagi (diorang dalam tempoh membesar dimana makan macam anak ultraman). Rumah nak kena bayar, kereta lagi, pastu ntah apa apa lagi benda orang-dewasa-patut-tahu-kena-bayar-bila-nak-sara-famili. Sedangkan aku pon tak sanggup nak mintak banyak sebab jujurlah, mereka tak kan mintak kita bayar balik, tapi aku tak sanggup nak susah kan mak ayah. Macam mana dengan Kami yang lain??? Kami bukan dari golongan berada, sebab tu amik pinjaman. Ada yang mak ayah dah pencen, ada yang kerja kampung, ada yang mak ayah kerja tapi anak sulung adik berdik kat bawah banyak, macam macam masalah ada. Bila dah sampai umur 23 ni, kami dah boleh berfikir. Takkan lah nak susahkan mak ayah, famili sangat sangat bila diorang harapkan beban ringan bila ambil pinjaman. Kami ada juga maruah, harga diri, ego yang nak dijaga. Air muka sendiri nak jaga dari statement "Mengharap Family Sampai Mati".

Bila jadi macam ni, kami risau. Kami lapar tak pe lagi, kami pelajar kami biasa makan mee segera sekali sehari. Kami tak cukup nutrisi, kami tak kesah sebab kami muda lagi memang makan makanan tak sihat. Tapi macam mana kalau ada kecemasan, sekarang cuaca tak menentu, panas yang amat. Ramai demam, tak pon sakit tekak. Bila sakit tekak (aku sendiri sakit tekak macam kena tusuk pedang tiap kali telan air liur, padahal dah minum 3L sehari) kena minum banyak air, like seriously banyak. Tapi tak boleh sebarang minum, kalau masa hari pertama kedua kena, masa tekak merah macam nak luka tu elok minum air mineral, buakn air masak lagilah bukan air Water Cooler yang macam telan air paip. Ada mesin air (mcm Sukida, H2O Hydrogen water) yang letak 10 sen dapat 500ml air. Kami kena minum 3 liter, makna nye dalam seringgit, kalau sebualn takke dah RM 30 tu. Masa kena minum air mineral je tu, rase macam tak nak buat sebab sebotol besar seringgit lebih hingga dua ringgit, mahal benor weyh... Nak recover kan, kena lah berkorban, DUIT LAGI...Nasib baiklah dapat BB1M, boleh beli buku tak de la terasa duit abis sebab buku mahal yang amat.

Disebabkan duit start surut umpama air pantai yang tenang bila bulan mula menghilang, Kami pening memikirkan alternatif untuk stretch duit kami selama yang boleh. Aku makan sekali je sehari, like just lunch and bear with air masak sampai esok. Ada yang memang beli barang basah masak sendiri kat bilik langsung tak makan luar. Ada yang tak amik nasi, makan roti 2-3 keping ganti lunch/dinner (mcm la kenyang). Berapa lama kami boleh tahan dengan semua ni??? Manusia ni perlu makan, lapar tak boleh study, kalau study perut lapar nak refill, nak makan duit tak de. Nampak tak dilema tu??? Ada Kami yang sampai buat jualan pre-loved baju, beg, kasut sebab nak dapat side income. Paling tak lepas buat duit makan. Tak kan nak suruh kami jual body baru nak sedar ada masalah. Bila tanya and komen apa yang terjadi dekat MPPUPM, diorang tak reply. Kalau reply pon just retweet or like je. Apa yang dapat sayang kalo ko like tu??? Kami perlukan jawapan and tindakan. Penat Kami undi dengan harapan ada la yang membela nasib bila jadi macam ni, bukan buat kami macam experiment sarkis nak like like bagai.

Sambung dengan susulan lepas dah hantar result kat bahagian akademik semua. N kol PTPT lagi nak dapat update dan nak tahu apa yang terjadi. Pihak PTPT jawab adalah dibawah. Ni memang real conversation, Kami bukan tahap terkejut, ni dah boleh jadi marah. Dah dua minggu tapi ni yang kami dapat, NI KE YANG DINAMAKAN BUAT KERJA???? (sabar sabar sabar dan sabar)
reply kami dapat selepas 2 minggu


Nampak sangat Bahagian Akademik campak ke lantai je result yang kami bagi tu. So, sekarang ni apa kami kena buat??? Ada la several choice yang Kami semua fikir;

  1. Pergi naik turun HEP dan menunggu penyelesaian macam orang gile
  2. Pergi office PTPTN and settle masalah ni sendiri (pastu bila diorang nak betulkan sikap kerja gaji-buta ni)
  3. Pergi office Naib Canselor and laporkan masalah (yes, kami kenal naib canselor n baik dengan diorang sebab kami dah Final year, diorang dah penah ajar kitorang)
  4. Lapor dekat MPP sekali lagi dengan harapan ada tindakan diambil (sebenarnya aku dah lapor dan reply yang dapat hanyalah "kami akan rujuk hal ini" blerrrghhhhhh)
  5. Tendang pintu HEP sampai pecah (epik tapi kompem masuk jail)
  6. Bawa hal ni kat TV3, newspaper dan biar umum tahu kami tersiksa??? (Tapi nanti reputasi U jatuh, and aku ni still sayang UPM, masalah dia, management yang amat fail)
  7. Berenti je blaja, kerja jual bodi ke, jual dadah ke, apa yang haram dapat duit bayar hutang
mane satu pilihan yang normal??? Normal tak selesai masalah, Tak Normal timbul masalah.


BTW, Sem ni aku ada kawan dari France, boleh faham tak malunya rase bila dia tanya kenapa management kat sini tak student friendly and tak dapat selesaikan masalah dengan cepat. Dia cakap kalau dekat France, student komplen and pergi naik office 2-3 kali tapi masalh still tak settle, diorang akan mintak maaf sebab susah kan kita dan akan priority kan masalah kita untuk settle dulu. Tapi sayang, kat Malaysia, selalunya (saya minta maaf sangat2 dulu) kebanyakan yang kerja bahagian kaunter, kerani, yang kerja jumpa orang/customer perangai tuhan je la tau. Dah banyak kali kena, kerek pastu layan Kami, kena pulak student kan tak de kerje macam kucing kurap mintak makanan dekat tepi meja. Jangan layan Kami macam tu plizzz, macam mane kami nak berbudi kalau ditabur kaca dari mula. Mungkin Goverment kena wajibkan semua yang nak kerja bahgian ni kena amik satu subjek/kos 6 bulan untuk belajar treat customer and layan mereka mengikut situasi. Mungkin patut belajar consumer behaviour sekali. Buat satu peraturan, sapa ada sijil dalam bidang ni, dia didahulukan dalam pengambilan kerja kan.

Dah terpesong jauh nak ke France Europe bagai. Aku bukanlah nak buruk buruk kan sesiapa, bukan nak salahkan PTPTN atau kerajaan atau mana mana pihak. Aku tahu masalah ni bersebab dari management dekat HEP dan Akademik Uni. Aku tahu punca silap kat mana tapi tak dapat nak buat apa apa, sebab diorang yang tak buat. Aku tulis ni semua sebab kecewa sampai tawar hati sangat dengan pengurusan. 4 tahun kat sini, macam macam dapat. Kalau pergi pengurusan memang boleh naik darah dengan cara diorang layan Kami. Aku LI bahagian services OK. Aku tau susah nak layan kerenah manusia, tapi apa lah salah senyum siket, guna nada baik2, sejuk siket hati kami.

Kami di KL. Kuala Lumpur The Great. Kami remaja. Kami jiwa memberontak. Kami sukakan hiburan. Janganlah ada yang disini baca n cakap takyah la keluar, duk je kat U dalam bilik untuk save duit. Nak KAMI GILA SEBAB TEKANAN??? Cakap macam tu sama lah dengan cakap kat perokok jangan sentuh rokok tapi letak dia dalam kilang rokok. CRAZY THINGS. Plus ofkos la kami nak berseronok dan bergembira, macam salah je state nak bergembira dengan PTPTN untuk belajar, but student JPA,MARA,BIASISWA pergi holiday, beli fon baru jugak dengan duit diorang. Apa beza dengan kitorang kan.

MPP yang Kami undi, aku tak tau lah, aku yakin susah nak handle organisasi besar macam Uni kan. Tapi tolong la, tolong sangat sangat respon or give something that can ease us. Bukan aku komen dalam laporan bertulis, komen tanya kat tweet je kot, tu pon x reply. Tapi time ada budak lain tanye seminit lepas tu boleh pulak korang jawab kan. Tak ke sakit hati jiwa raga dibuatnya. Macam korang pejam sebelah mata kat kami.

Benda yang macam picisan macam ni la yang boleh start perang, yang buat rakyat tak nak union sebab terkena dah tiada tindakan. Kami tau Kami sedar Kami banyak dapat bantuan dari KaMU. Tapi pepatah sentiasa cakap "buat baik seribu kali, yang jahat satu jua diingat nanti". Manusia memang di set macam tu, yang buruk di ingat sampai mati, kondem lagi seronok dari memuji.

Moga moga pengurusan UPM dan Malaysia boleh improve 500%. This is serious matter, kalau duk sambil lewa selama lama nya, Kita tak kan maju, tertinggal sebab tak mahu berlari kala maraton.

Entry panjang dan berbunyi rungutan, tapi ni luahan kecewa sebab tak de tindakan dan kami tak tahu nak mengadu kat sapa. Mungkin sebab benda macam ni ramai graduate kerja luar dari Malaysia and tak nak balik. SERIK DENGAN MANAGEMENT MASA DEPAN NEGARA GOYAH. tak pepasal sungguh.

Setakat ni dulu, bye.

Thursday, January 31, 2013

i'm sorry love (long recap)

assalamualaikum

lama yang amat membiar blog ni...last post pasal g starbucks je...awal sem lepas...pastu bila dah start bz terlampau sampai tak tercuri masa nak mengabad kenangan dalam blog ni.....

sekarang cuti, sem depan praktikal....disebabkan praktikal kat kuching, kompem la tak jumpa kengkawan sampai bulan 9 nanti. tapi tak pe, ni menunjukkan banyaknye masa saya ada untuk memberi cinta kepada blog ini...aim nye nak le naikkan pembaca....followers x kesah sbb orang yg membaca lagi penting dari followers...tapi kalo dah update 5 bulan sekali mane la nak ada pembacanye -____-"....

jadi, dengan ini saya, iera marican ingin memohon maaf kepada semua readers (kalo ada) sebab x amik berat langsung pasal blog ni..... untuk itu, ayuh kita recap apa yang tertinggal...

kejadian awal sem,

sem kali ni ada satu ladang, ternakan...so duk main main ngan kambing, lembu, rusa la ye...cabaran terbesar opkos la nak g kat sana, ladang 16 yang jauh itu....bas selalu wat hal...jadi macam macam kitowang hadapi nak sampai sana....kepada yang tak tahu, ladang 16 ni la tempat lagenda budak setan berlakon, part pokok seketul yg nampak macam lawa gila tu...kat sini la tempat nye...penah skali kitowang jalang dalam hujan, naik satu keta 16 orang, or jalan kaki sampai kedalam ladang tu... even susah tetap tabah sebab kalo dah reramai ngan geng tu memang tak terasa la ka.

jalan kaki sejauh mungkin untuk sampai ke kolej

pokok popular, banyak jumpa retis pokok ni...
tengah sem, dan kegilaan bermula

ni la start bz...even sem ni sket je subjek 7 termasuk ladang...tapi sume subjek lecturer over presentation...bleh la bayang kalo setiap minggu present sekurangnye 2 subjek...and subjek yang lain mesti ada assignment pepelik, contohnye baca thesis dan buat thesis berdasarkan thesis.....apakah itu??????? o.O tak dapat den nak trima oiiii.......kelas pack....keje ayat satu baris tapi jawapan 123498788798 page... 

epic sem ni bila kelas international marketing, dr jue bagi assignment....outline pown dah 3 page....full report hampir 150 page...punya la banyak....first time in my life wat report panjang gila macam tu...nak termuntah edit (au tukang combine n last edit) berpage-page nak ensure sume ikut format.... business plan panjang kemain ye, semat le sangat ko bace nanti....tengah duk edit2 kat fakulti nyer gazebo, ada le sorang ni menegur (yang duduk sebelah kitowang sbb nk guna plak)

 "thesis tajuk apa?" katanye... "thesis apa????" jawab ku dengan muka blurr. "yang korang duk wat la. ni thesis final year project kan?" katanye sambil menunjukkan screen lappy. "ehh, ni assignment kitowang je. fyp next year br kitowang amik." jawab ku pula, "owhh, tak penah tengok assignment macam ni" reaksinye terkejut yang amat.

iye, sampai orang ingat tu final project sebab susah nak wat...masa g print pown orang kedai tanye nak wat hard cover ke tak....sabor je la....

muka before present business plan yang tebal kemain..owh, fyi, masa yg diberi just 15 min  utk explain all the things u  have in your report
  tengah tengah sem lagi, 

ni dah start kuar sesuka hati....asal stress je kuar...stress sket kuar...disebabkan habit teruk ini lah duit makin cepat abes.....banyak betoi muvee yang ditonton kali ini, bermula dengan house at the end of the street, sinister, hack reacher, twilight, rise of guardian, parental guardian n banyak lagi yang aq tak ingat...yang pasti last movie kitoang berempat tengok the hobbit...memang best sangat...tahap puas hati gile la

keluar tiba-tiba memang seronak sangat

MAHA menyerang UPM

yes, kali ni MAHA ada lagi....dan aku pegi bukan sekali, bukan 2 kali tapi 5 kali....seronok sebab dapat makan tester banyak banyak...tengok betapa inovatifnye peniaga kat malaysia cipta benda baru...sebab aku budak pertanian + perniagaan, aku suka aplikasi apa yang aku belajar dengan apa yang diorang wat...semua peniaga baik sangat sangat, so aku pown amik la peluang tanya misi, teknik jualan, sapa target diorang, nampak SME kat malaysia akan berkembang kalo dibuat betul betul.

UNDI DAFTAR MENGUNDI di MAHA....yes, dapat daftar mengundi kat MAHA sebab ada booth SPR kat sini....sebab aku rakyat bertanggungjawab, aku daftart cepat cepat...hikhikhik.....

pegi seminar free kat MAHA, even sebenar kena paksa ngan lecturer...wawa menyelit dalam selca ini

dapat pencil free... goodies bag pown dapat, byk barang best goodies bag dia,  

rasenye ketua setiausaha apa ntah yang datang, tapi title dato' le jugak

hari lain le ni, ni kat taman pameran orkid dia
kalo korang g mesti korang tau betapa luasnye MAHAni...ada macam macam section, dan alahamdullilah, dapat g sume tempat, main nyer bahgian mmg senang nak sampai, tempat haiwan, sayur n herb, buah, ikan, plaza makanan, aquaria, mini zoo sume dah jejak kaki serba sedikit

hampir akhir sem pula

mula settlekan field work yang ada, kelas dr. sida require kitowang pegi company...so, kitowang pegi la kat negeri sembilan, rembau, utk wat kajian pasal company puyuh itu, 


puyuh yang bakal diproses

aq yang bakal _______

ahli yang pegi adalh 7 orang sumenye

baby puyuh yang kiut miyut

akhir sem sudah

sem 5 sudah tamat...kami mengambil final exam dengan perangai paling bangang...hampir sume subjek kitowang meniru...siap msg dlm exam hall lagi nk tahu jawapan...tapi bukan kitowang tak study.....setiap malam wat study group, just meniru soklan yang susah je...hikhikhik...setan benor aku sem ni, perangai macam apa je....

tertido dalam surau before exam sebab penat sangat...ni final day

berstudy di gazebo before paper..ida n wawa, u guys cute ok

joke joke in exam hall....dah give up utk study masa ni

broga secara tetiba....

ye, paper kelima dalam masa satu hari, dan hari sebelumnye kitowang tetiba decide nak g broga....masa dah naik sampai atas, tapi x puncak lagi, aq pancit sampai x leh gerak...maybe sebab gelap lagi, badan aku penin nak balance kot.... kitowang bertolak dari upm 5.30...start naik lepas subuh dalam 6.20.....yang cerdiknye, sorang pown x bawak lampu suluh...bertemankan lampu i-phone ameen, kitowang berjaya naik...aq suruh diorang naik je dulu, sebab diorang nak kejar sunrise....aq x nak la sebab aq diorang x leh naik...bila dah terang sket, aq pown dah ok, tak feel nak muntah dah, aq naik slow2...sorang je mase tu, tapi gua tak kesah, gua kan gangsta....ceh, x sampai 5 minit dah sampai kat kaki puncak 1....aq pown naik la kat puncak 1...masa tu dalam 7.30...mulanya aku tak nak naik puncak 2, tapi bila dah sampai atas tu, eksaited la plak...aq g puncak 2, n otw nk g puncak 3 aq nampak diorang dah trun masa tu...hahahahaha, lawak tol la aku, tadi kata nak mati dah, tak leh gerak la, tetiba sampai berpuncak puncak aku daki....abes daki, kitowang g bekpast la...makan roti tampal memang heaven dikala lapar dan penat...

yeah, sampai puncak 1 akhirnya..

awan awan awangan

jalan keatas

matahari malu malu badak

dah jumpa geng yang meninggal kan saya...huhuhuhuhu feel bersama mu..

bajet hebat naik bukit pakai jeans n sneakers

lari lari turun bukit....sume dah sawan mase ni

dan itulah yang terjadi dalam satu sem...memang banyak suka duka (ceh ayat nak sedeyh aje).....apa apa pown, kitowang bz cari tempat LI sem ni.....sebab abah dah tolong cari kan tempat LI, aq tak yah pk dah (thanks abah)....

kengkawan, nanti kita jupa lagi bulan 9 ye....harap dipanjangkan umor....

sementara itu, aq ada banyak nak update lagi.....






Sunday, February 5, 2012

Serikin, Sarawak

assalamualaikum, apa khabar and hello there.....

cuti berminggu dah, baru la aku keluar berjalan jalan kaki kesana sini....

Serikin ni masih dalam Kuching cuma dah agak jauh n dekat ngan sempadan indon...kat sini best la juga untuk shopping...kalo sesape penah pegi rantau panjang, kelantan or padang besar kedah...mesti suka kat sini...tapi jangan anggap kat sini banyak giler barang....NO...major nyer baju pompuan and bende pepelik...bear, hiasan kayu and benda ni kebanyakan dari indon...so even harga dia letak macam mahal...contoh baju aku beli harga letak 50, aku dapat 30 je...kita kena tawar separuh harga kat sini....

semua peniaga dia baik gila....kalo ada gerai jual kacang ngan kerepek tu, jangan segan nak rasa sampai puas yer...sebab diorang tak kesah..tapi kalo dah rasa kemain tu, beli la serba sket bg kat jiran sebelah ke nanti...

konklusi...moh nengok gambar

tempatnyer

barang kayu nye

famili aku nye





 

tu je la pasal serikin ni.....seronok nyer g sana sebab aku memang shopping abes la.....5 helai j=kowt baju aku beli...tu pown feel nak borong lagi


Thursday, January 26, 2012

AMERICA sungguh MALAYSIA ni...


assalamualaikum and apa khabar serta how are you....

sebab aku tengah cuti sem skun ni, rutin harian basicnye sama dan takde perubahan....bangun lewat, makan, online, tengok tv....tu  je yang aku buat tetiap hari...

tadi..sambil sambil duk tengok cite gemersik kalbu kat tv3 setiap pukul 7 tu...aku borak borak ngan adek aku...adek aku cakap yang orang malaysia ni sama je laki ke pompuan, tak suka jaga badan...aku diam....pastu adek aku sambung lagi, sume bajet nak pakai baju fit kat badan tapi ketul ketul lemak lak nampak...aku (tak diam kali ni) pown cakap la....

"orang malaysia kan nak jadi macam america, kena la kadar obes melebihi separuh. makan nak fast food, badan kena gemuk...baru la maju....''


adek aku gelak...aku pown gelak gak...tapi bila pikir balik memang ye pown orang malaysia ni tengah meng-america-kan malaysia...pelik benar bunyi nye...ye la, tahap obes kita dah tinggi....kadar jenayah makin meningkat, rusuhan nak buat memanjang, makanan nak fast food aje, online 24 hour(aku juga -_-'), artis pakai nak dedah aje, remaja mesti kapel2 sampai kuar baby....aku terasa amat america sekali malaysia ni....tak payah nak g oversea sangat la...malaysia boleh la....

korang rasa ye ke idak......
negara-ku tumpah darah-ku

lagu america aku tak tahu -..-'

p/s: aku g jumpa pakar kulit semata mata sebab jerawat kat muka yang makin merebak...dah seminggu pakai ubat dokter...nampak perubahan yang paling ketara setakat ni....kekekekekeke

Saturday, April 30, 2011

bersatu dan makan bersama

baru je abes final etnik tadi, semalam tak bleh tido disebabkan minum kopi secawan tu....memang la soalan tadi agak senang..tapi apa yang nak cakap hari nie adalah berkenaan dengan ETNIK....kursus etnik nie adalah untuk meningkatkan semangat perpaduan antara kaum di Malaysia...kenapa kita nak bergaduh bermasam muka, races antara kawan semata-mata mereka tak sam kaum....setakat nie yohoho tak de lagi kejadian macam tu..tak dinafikan,budak yohoho pown tak de la bersatu gila-gila tapi kami tak races...perkauman....sudah lumrah mestila orang cina lagi selesa dengan orang cina berbanding dengan melayu, tapi kami selalu ber-joke- sesama kami...dan merancang sesuatu bersama-sama......makan pown selalunya sepanjang-panjang meja kat cafe tu kitowang sambung sebab nak makan satu kosmate.....apa-apa pown hidup kat malaysia nie kalau terlampau races susah tapi jangan sampai lupakan asal usul plak.......

link-kan video yang menarik gila nak mampos kat sini.....simple and clear (i'm talking about the message he want to say)



p/s; semangat ke-MALAYSIAAN

Thursday, March 31, 2011

masa adalah emas

kerana telah amat lama tidak posting apa-apa kat blog ini....terasa nak mengepost........................
tentry kali ni x de kena mengena sangat cuma dua tiga minggu yang terlampau sibuk ni membuatkan aku amat menghargai setiap detik masa yang ada....korang sume jangan la duk membuang masa sesuka hati sebab masa yang dibuang tak leh nak kutip balik.......kekadang aku menyesal gak bila terpikir nape la aku x buat keje tu masa aku free semalam....selalu terfikir macam nie membuatkan aku x nak membuang masa lagi.....owh masa amat singkat skunk nie.....tak berapa hepi bila masa terlalu laju berjalan sama dengan duet yang mengalir keluar..................masa berenti la kejap

p/s:masa dan duet seiringan hilang.......

Wednesday, March 16, 2011

APA NAK JADI DENGAN KITA??????

selepas terbaca ketidak puasan hati kaum lain terhadap sistem pemerintahan kita......aku terasa marah tetiba....kenapa????? buka la mata sket.....kita rakyat asal negara ni tapi sekarang sapa yang nak kawal kita......bukan nak cakap diorang tak ada hak....tapi kami ni bumiputra nyer kaum ada kelebihan tersendiri dekat negara kami.......walaupun korang duk kutuk, hina, tak puas hati, nak buat rusuhan dan macam-macam lagi kat kerajaan, tapi yang korang berjaya hidup boleh makan tak merempat tu sapa yang bagi.....BUKAN KERJAAN KE????? KERJA SWASTA POWN DEAL NGN KERAJAAN LA....... memandang ada yang task berapa nak faham....tolong bukak dan cari dasar-dasar perlembagaan Australia.....rakyat bumiputra diorang pown diberi kelebihan daripada rakyat bukan bumiputra diorang......


kenapa nak kecoh-kecoh kalau kita semua boleh bernafas dengan baik lagi....memang la Perdana Menteri kita, Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak keluarkan slogan satu malaysia.....tapi maksud dia adalah semua rakyat bersatu padu bukannya menyamakan hak semua rakyat tanpa mengira status.....perlembagaan malaysia tidak boleh digubal sesuka hati.....kalo tak puas hati sangat sial balik ke tempat asal nenek moyang korunk....apa susah.....kat sana korunk MUNGKIN dilayan baik.....tolong la, nak bersatu memang la susah, paling tidak jangan la ada rasa buyers antara kaum......apa yang peliknya, semua yang meng-komen tak puas hati tu semua nye terpelajar....kalao dah nama cerdik tu memang mula lah nak start buat kerajaan sendiri....tolong la masuk dalam upstraem politik dengan cara betul, tak payah nak kondem, kutuk-kutuk, post itu ini pasal kerajaan teruk kat belakang.YES, semua orang ada buat silap....perdana menteri, menteri dan pemimpin adalah manusia.....so normal la kalo diorang ada buat salah dan silap.....ini dinamakan proses pembelajjaran sepanjang hayat.Jadi umur dan pengalaman tak dikira ye........


diharap kepada semua rakyat, sebelum mengutuk tu fikir la dulu....jangan main redah je.....bayangkan korunk kat tempat diorang....pastu kalo korunk x dapat something yang korunk nak, jangan cepat melatah....try kaji balik nape korun tak dapat, maybe korunk tak ikut syarat-syarat utama dia.....kerajaan kita tak kejam pown tapi baik sangat-sangat, so buat je aduan dan diorang akan amik tindakan on the spot (ini bukan omong kosong kerana aku dah buat dengan beberapa agensi kerajaan....feedback memang memberangsangkan)  


jadi.....pakat-pakat la kita sokong malaysia punya kerajaan....jangan la masa makan je boleh bergabung tenaga,masa lain x boleh plak nak bergembira macam tu.........


style gambar nie kan,kan,kan




P/S: ksila tekan SAYA X PERNAH PUAS article yang berjaya menaikkan darah aku.....hehehehehehehe


mengaharapkan tak disaman sebab ini cumalah komen ikhlas dari hati......

Friday, March 4, 2011

khutbah terakhir Rasullulah...

mendapat mood baik dlm masa yg singkat.......renungkan lah



Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)

Tuesday, March 1, 2011

ekonomi dunia

oleh kerana telah lama tidak menge-POST apa-apa...tiba tiba terasa mahu menulis sesuatu...
post hari ini berbunyi EKONOMI DUNIA....ye ekonomi ye anak-anak....walau tidak ada kena mengena dengan subjek ekonomi tetapi ia tetap penting.....

disebabkan ekonomi dunia tak berapa nak stabil dua tiga hari ni,banyak barang berubah harga dan selalunya naik.....itu yang pengguna tak suka.....pengguna nak beli banyak jenis barang dalam kuantiti yang sikit,nak itu nak ini amik tu amik ni...pendek kata serba sikit tapi semua ada....tapi penjual nak jual banyak barang tapi sejenis je.....nak untung la katakan....nilah complex yang terjadi antara penjual dan pembeli.unutk mengatasi masalah ini kita kena cari titik keseimbangan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.....dah dah dah...sebelum terlalut ke daerah luar kawasan ada baiknya aku sedar diri....huhuhuhu,terfeeling dalam lecture plak...ye la masa lecture tido,skunk duk berblogging sibok sibok nak berlecture....

paper hal pown,nak cakap la jugak disebabkan barang mahal dan duit sentiasa sikit,nilai duit makin tidak bernilai....anda faham apap yang saya nak katakan disini???? bagussss,pandai nye anda semua......baiklah ini ada tip berjimat dari orang yang boros untuk anda.......


  1. fikirkan keutamaan yang anda mahu. contoh mudah disini,anda nak kenyang atau nak baju baru..BAJU BARU!!!!!! kalau itu jawapan anda (ini pilihan hati tuan rumah ) anda reducekan wang untuk makan dan save untuk baju...senang kan kan kan kan??????
  2. bajet la seboleh boleh nya....disebabkan tuan rumah tak kaya,bajet amat penting....buat bajet anda boleh belanja berapa banyak dalam sebulan...kalo rasa rasa terlanggar bajet anda patut berpuasa (bukan puasa tak makan, tapi puasa dari keluar duit yg banyak untuk mencapai bajet semula)
  3. cari orang untuk belanja anda.hahahahahhahahahahah....ini tip jahat dari tuan rumah....suruh la member belanja anda....buat la muka anak kucing se-CHOMEL habis untuk mendapat makanan ehhh silap, untuk kawan anda belanja....tapi minta la dengan cara yang betul dan baik baik...bukan nye macam ALONG minta hutang...
  4. keperluan dan kehendak.....ini yang ramai terkeliru,asyik beli je semua benda padahal tu semua adalah kehendak....keperluan benda yang diperlukan dan perlu....kehendak kemahuan kita a.k.a nafsu setan le...
jadi setakat itu sahaja tips berjimat cermat dari si boros...memang tak berapa relevan tapi apa yang penting KERJASAMA....penting untuk kita tahu kawal perbelanjaan sebenarnya.....jangan la malu nak beli buku tentang cara-cara mengurus wang atau minta tunjuk ajar dari pakar....semua tu untuk kebaikkan kita...itu la apa yang tuan rumah buat untuk menjaga wang didalam bank.....kekekekekeke......
terpengaruh shopping online la plak skunk  nie


p/s; sila kasihankan pingu disebelah ni....

Thursday, February 10, 2011

zaman dahulu yang selesa

apa yang entry kali nie nak tulis walau pun bukan dalam english tapi amat la memorable....terasa nak tulis selepas terbaca blog zackzuhairi dengan entry beliau yang berbunyi Memori zaman darjah satu....Teramatlah memorable selepas membaca blog beliau....lalu dengan senyuman nye saye disini ingin menambah satu dua perkare mase zaman memuda kat sekolah dulu....bebudak zaman skunk nie (contohnye adek aku yang maen game fesbuk memanjang) tak macam kita dedulu dah...kita dulu maen game kat luar....kejar-kejar ke, main masak-masak ada jadi mak,ayah anak jiran rumah sebelah le(aku pown tak berape nak faham nape budak pompuan maen masak-masak dulu termasukla aku)......tapi bebudak sekarang nie lebey kepada dunia maya or lebeyh popular ngan name internet nie....sebab tu budak skunk nie lain ngan kita dulu...demand tinggi la jugak...kita dulu mintak mainan patung robot diorang mintak iphone4, kita nak baju baru diorang nak yang berjenama...kalo tak berjenama x best nak pakai katanya,kita g skola duit poket 50 sen je dioranng dekat 5 hengget tu pown komplen cakap x cukup la(apa yang korang beli haaa????)

super ring adalah mewah zaman  dedulu
zaman memuda selalu la beli cekedis kat kedai depan sekolah...ala yg dalam plastic kaler hijau tulis SMAK (tak berae ingat namenye) rasenye...skunk susah dah nak cari cekedis tu...harge 20 sen je.....kalo cekelat plak kitorang suka beli cekelat susu yg cair dalam mulut tu...10 sen 3....murahhhhhhhhhhh gilerrrrrrrrrrr.......sekarang nie memang tak jumpa dah la bebenda yang best tu.....yang ada kat kedai nye smarties la twiglles la ntah apa apa je yang ada...kalo ada cekelat pown yang manis keras ngn tak sedap tu... lagi satu cekelat yang bes cekelat kelapa,rase mmg mcm kelapa ngn bungkusan ada kaler,merah,hijau,biru,kuning dan berjalur perak...sekarang kat kampung pown kekadang je jumpa cekelat nie....

adek aku skunk nie x kenal dah bebenda tradisi nie....guli pown x reti nak maen...maen tikam guli best....dah la guli tu ada banyak jenis....sebagai contoh:guli air,guli susu, guli berlian dan macam macam lagi.....memang tak sangka guli tu macam tak ade nilai plak sekarang nie kat bebudak nie.......makanan kalo zaman dulu x yah cakap la...murah murah sedap plak tu....sekarang sume benda mahal...sampai nak beli pown tangguh dulu la....teramat la mahal...rase tak sure sedap...
bukan orang yang akukenal....cuma terjumpa masa google


walaupun kemajuan tu bagus...tapi benda yang lama jangan dibuang bukan nye benda lama harus dilupa.....aishhhh.... tak tau nak cakap apa.....tapi dah menulis sepanjang nie...rasenye dah cukup la........

Sunday, February 6, 2011

EwwW.....follow up IniAnwarHadi video

ok...after very looooooong time i didn't post any thing, now i have something that i can talk about.....

'hey,uuuooooallllls nak g mn?????' 'x g mnr powwwn...round2 jewwww'

well i'm pretty sure that all of you guys known this language. even though it not totally use us the ewwww thing at the end of word. but it still annoying....hahaha, btw i found a guy not a guy that i had a crush but the guy in youtube. i keep thinking that him will bring new wave to malaysian youth....
why??????? the answer is easy like makan cendol je.....he have a vision in doing his video.not simply put a video with poor quality and don't have any meaning behind it.....i watch almost all of his video now...easy to say just go to youtube and type IniAnwarHadi (or just click here to watch his video and start to subscribe)

about what i post today, actually i got an idea to write because one of his video....hahahahaha,i think it funny...but it really happen now,young people in malaysia did not appreciate the language...errrr,if you guys keep thinking why i do not use bahasa in my blog,it doesn't matter because my blog is in english,so what it is give you a big problem....YES that the answer actually if i'm respond like that.what i mean not appreciate and love the language is in the shortform kind....it totally gross now days.....bahasa and english is totally become 'rojak' now,mixing without any concern....they thought they modern if using such a language but they make our bahasa dying.....try to realize if in 30 years from now all people talk like that what meaning bahasa to us anymere??????? young people now is get to much from the people back then this make them so childish, not mature, can not stand in their own feet and depending on other too much.....till then we want be like this....even ghost is scare to them.....wake up wake up wake up you guys can kill malaysia like this....
ahhhh about the video i response is here......




okay...till next time and response to my cute little pingu at my blog....

Thursday, January 20, 2011

kisah wanita......

totally love this.....so i post it,,,,



Terjadi percakapan antara Allah dan Malaikat-Nya mengenai makhluk ciptaan-Nya Iaitu wanita. Allah memerlukan waktu yang cukup untuk menciptakan wanita...padahal bisa saja Allah menyatakan "Kun, Fayakun"...jadilah, maka jadi....tetapi Allah Maha Bijaksana, memberikan pelajaran dan pengajaran kepada manusia bahwa apapun yang hendak dibuat harus tersedia waktu yang cukup dan perlu proses...

Malaikat menghadap Allah dan bertanya : "Ya Allah, mengapa memerlukan waktu untuk menciptakan wanita ini...?" 

Allah menjawab : "Apakah kamu memperhatikan seluruh keistimewaan dan seluruh sifat yang ada pada ciptaan-Ku ini? Ciptaan ini harus memiliki lebih dari 200 organ yang selalu bergerak agar bisa menjalankan semua tugasnya. Ciptaan ini kelak harus mampu melayani suaminya, menjaga harta keluarga dan menjadi ratu dirumah tinggalnya. Ciptaan ini kelak harus mampu membuat enak segala macam makanan yang dihidangkan. Dia harus kuat mengandung anak dan sanggup melahirkan berkali-kali. Dia harus memberikan cinta yang bisa menyembuhkan rasa sakit. Dia harus bisa melakukan segala sesuatu hanya dengan 2 tangannya." 

Malaikat terkejut dan berkata : "Hanya dengan 2 tangan, 2 tangan! ini adalah hal yang mustahil..." 

Allah terus melanjutkan ciptaan-Nya. lalu kepada malaikat, Allah berfirman :"Tunggulah sampai besok aku akan menyelesaikan semuanya. Tunggulah sebentar ! Ciptaan ini akan segera selesai. Dia ini akan selalu dekat dengan Aku. Dia bisa menyembuhkan dirinya saat jatuh sakit. Dia bisa bekerja sepanjang hari dan malam..." 

Malaikat mendekati wanita yang sudah tercipta dan memegangnya, lalu bertanya kepada Allah : "Ya Allah, Engkau jadikan wanita ini sangat lembut!" Allah menjawab :"Ya, sesungguhnya dia sangat lembut, tetapi Aku jadikan dia sangat kuat. Kamu tidak bisa menggambarkan sampai dimana kekuatannya, dia mampu menanggung beban dan menahan diri untuk bersabar." 

Malaikat bertanya: "Apakah dia bisa berpikir?" Allah menjawab : "Tidak hanya berpikir, dia pandai mengambil hati dan pandai berbicara, dia bisa berdialog dan juga bisa berdebat." 

Malaikat memegang pipi wanita itu dan merasa asing, kemudian bertanya kepada Allah :"Ya Allah mengapa pipinya ranum dan berkilau..?" Allah menjawab : " Pipi itu bukan semata ranum dan berkilau. Disitu tersimpan air mata, dan disitu terletak banyak beban berat." malaikat bertanya : "Kenapa mengalirkan air mata?" Allah menjawab : "Air mata adalah satu-satunya cara melepaskan beban. Mengalirnya air mata adalah cara untukmengungkapkan kesedihan, ketidaksenangan, pengaduan, kekecewaan, cinta, kebencian, kerinduan, kesendirian, kebahagian, dan segala macam rasa yang ada dalam dirinya..."