Perihal Hak Milik

My Photo
Tersedar yang diri sendiri nie aneh sebenarnya. Agaknya ada tak cara yang buat kita senang dengan senang???? TAKDE!!!!

Friday, May 18, 2012

olay natural white: night cream (rich)

assalamualaikum n hello...

p/s:kepada yang tak nak baca bebel panjang2 bleh scroll kebawah sampai jumpa gambar..thnx**

dah lama yang amat tak buat review....kena pulak review produk muka ni...sebab semua tahu kan aku guna doctor nyer skincare sebab nak hilangkan semua jerawat aku ni....lepas 3 bulan guna benda alah doctor ni kompem la semua supply stok abes...nak amik stok baru memang mimpi sebab klinik aku kat kuching sarawak....jauh bebenor....kalo nak tahu pasal kulit i dulu sila tengok kat label beauty yer..(even tak beauty mana)

ok, sebab gel krim yang doktor provide abes...aku feel kena beli krim baru....krim kuning tu pown dah nyawa2 ikan....sebab function utama gel krim untuk ilangkan parut aku tahu kena cari krim yang bagi function lebih kurang tapi selamat untuk kulit aku...

sem ni kan aku g ladang (kolam kat puchong sebenarnya)...even aku pakai sunblock tapi produk skincare aku takde yang nak cerahkan muka balik....kompem la kulit aku gelap gak...macam 2-3 ton lebih gelap (nada lisa surihani dalam iklan garnier)...masa famili aku datang sini 2 minggu lepas..mama ngan adik2 aku semua perasaan kulit aku hangus...aku dah start risau dah...yele, kulit licin tapi hangus tak cool beb....kalo kaler natural tak pe la gak....

berbalik kepada bagaimana aku bleh terbeli benda ni, masa ni aku g midvalley dengan tujuan utama nak beli moisturizer aku yang abes. aku still guna organic aid nyer moisturizer....pastu aku pusing2 kat bahgian skincare nengok apa la yang aku nak guna...aku decide amik olay sebab dulu guna bagi result ok la gak..lagipown abah guna krim siang natural white berpuluh tahun dah. maintain je kulit abah....sebab dengki ngan kulit abah aku yang maintain guna olay, aku pown amik la krim ni...tapi aku konpius nak amik yang natural white or white radiance. white radiance mahal 5 hengget...bila aku tanya SA dia cfakap, natural white nak even out skin tone ngan cerahkan sket je. white radiance memang specify untuk cerahkan kulit...aku amik natural white sebab nak try dulu ngan murah sket...

aku guna krim ni hampir 3 minggu tanpa gagal...
kotak dia...tapi ni pic en.google

botol dia...tak de saiz kecik ye


review saya semasa guna...

  • krim kaler putih
  • ada bau macam kebanyakan krim olay (i loike)
  • krim tak berminyak, senang serap dalam kulit
  • tak beri feel panas or gatal2 kat muka (kulit i jenis oily/combination.)
  • bangun pagi pown muka tak la macam mandi minyak...kulit tak over berminyak
review selepas guna 2 3 minggu ni
  • ton kulit memang jelas sekata (sunburn dah hilang sepenuhnya yeah!!!)
  • parut2 jerawat yang memenuhi muka sebelum ni dah hilang...ada la sket2 je lagi
  • pori2 kat pipi i agak besar before ni, tapi lepas guna ni, pori2 tu dah kecik
  • tak broken kan kulit i even sekali pown...tak penah jerawat naik pown pakai dia ni
  • blackhead makin kurang kat hidung ni (hidung i memang banyak benda alah ni)
  • kulit lebih soft n gebu
  • kulit nampak sihat n glowing naturally gitu
tu review untuk krim ni...lepas ni nak try dia nyer day cream plak....

p/ss: dalam aku nyer skincare aku tukar krim malam je...yang lain tetap sama...cuci muka masih guna simple, moisturizer organic aid, scrub apricot himalaya, mask neem himalaya, mask clay doctor nyer. (krim kuning doctor ada lagi...tapi sebab nak tengok function olay nyer krim sepenuhnya aku stop krim doctor jap)

Sunday, May 13, 2012

strength of my life


Assalamualaikum an good day everyone.....
Tengah semua orang sibuk-sibuk pasal PRU kat fb, pasal mother’s day haram kalo kita sambut, aku tak de feel nak amik tahu semua tu...

Dah lama tak update blog...yes, memang sem ni malas nak update and tak de apa yang best sangat....even ada pown, bese2 je...malas lagi tinggi daripada feel nak update blog...
Sekarang aku tengah gila lagu yang memang best untuk semua orang dengar...number one for me-maher zain....aku ni jenis susah nak dengar lagu2 baik...tapi nie antara lagu baik yang aku suka...siyes comel and buat aku teringat kat mama sangat2....lagu kat sini Maher Zain_Number 1

Ok, tajuk entry “strength of my life”..selalu aku perasaan ramai duk post kat fb or tweet phrase2 yang bunyi lebih kurang macam ni “you my oxygen, love”... pic kat bawah ni sebagai contoh je...


Aku tak kisah and suka hati diowang la pasal phrase2 tu..tapi bagi aku, hidup aku sekarang cuma ada satu factor pendorong yang amat kuat...terlalu kuat sampaikan aku tak kisah apa yang orang lain fikir....my parents...yes, sound loser right....ada orang lable aku single loser sebab aku single and x de couple life...but I don’t even care about it. Look, kalo betul aku ni nak couple opkos aku akan couple dari sem satu lagi kan...tapi aku tak rasa tu benda penting dalam hidup aku sekarang. Bukan aku nak deny pentingnya cinta dalam hidup seseorang tapi aku dah ada cinta yang lagi banyak dan lebih dari sepatutnya dari family aku.

“setiap manusia dijadikan berpasang-pasang”. Yes I know it...so, kalo dah sure kita ada partner, yang duk couple bagai nak rak tu kenapa....kalo memang dia pasangan kita, tak yah berkepit pown takpe.....tipu la kalo aku cakap aku tak de feel nak couple, ake remaja....syaitan sekeliling banyak duk hasut suruh buat benda2 jahat...tapi aku bersyukur lagi sebab aku ada pegangan agama lagi setakat ni..even aku bukan perfect tapi kalo ada terlintas nak buat jahat or nak buat benda tak elok, wajah mama ngan abah akan prevent aku dari buat benda2 tu.

Aku pernah lalui saat susah dalam hidup remaja aku...masa kawan2 tak suka sangat kat aku, aku bukan budak pandai, aku rasa aku orang paling malang kat dunia ni tapi aku tetap cuba survive and elak dari buat benda jahat (even ada la buat jahat sket2 tapi beselah, mana ada remaja tak memberontak)....aku tak nak mama ngan abah kecewa dengan aku, aku tak nak diowang susah sebab benda yang aku buat...

Tu masa zaman aku belasan tahun, sekarang zaman 20-an ni, aku dah tak memberontak...aku lagi compose ngan diri aku...aku tahu apa yang aku buat kena happykan diowang...siapalah aku tanpa mereka...aku tak takut hilang kawan, aku takut hilang diowang...aku tak boleh bayang kalo kat dunia ni aku ada kawan tapi family aku hilang percaya kat aku...kompem2 aku down sampai tak leh wat apa2...

Memang aku jarang call mama ngan abah, tapi bukan sebab aku tak ingat diowang tapi sebab aku tak de masalah n aku sihat macam biasa kat sini..kalo aku duk call non-stop, aku takut diowang risau kalau2 aku tak ingat call..

Dengar lagu number one for me tu buat aku nak nangis bila aku ingat balik benda2 teruk yang aku pernah buat masa aku kecik, still iowang sayang aku n terima aku...mana ada orang lain yang sanggup terima kita lepas kita buat jahat except our parents kan.....betapa aku sayang diowang....
my strength of my life

Sebab aku ada diowang la kau tak kesah aku kena spend weekend aku kat bilik tak kuar mana2 sebab tak de geng....aku tak kesah orang cakap aku jual mahal sebab tak couple even dah sem 4....kalo aku couple n buat benda tak elok, kompem mama ngan abah sedih ngan aku...aku rela tak de orang lain sayang aku kalo tu boleh buat diowang patah hati....tapi, budak zaman sekarang ni aku tak tahu la...kadang2 macam over obsess ngan couple masing2....padahal baru couple, dah tolong buat itu, buat ini, keluar sana, keluar sini...dengan parents, diowang mintak kemas bilik or suruh buat air sebab penat baru balikkeje pown susah...sedangkan diowang yang duk bagi kita makan selama ni...kalo mama suruh pegi kedai beli roti pown kita susah nak gerak, kenapa masa couple semua on je...try la treat parent kita macam mana kita treat couple kita sebab diowang lagi layak terima layanan first class dari kita, anak-anak...

p/s: my life base on them
p/ss: aku prefer hidup macam ni n I have enough love for my self.....


Thursday, April 26, 2012

The Cabin In The Woods, Prawn Mee n Domino's


Semalam, 24/04/12, Selasa, saya ketiadaan kelas untuk satu hari. Keseronokan melampau tu membuat aku dan sahabat keluar bergumbira. Walau hari sebelumnya kitowang dah bergembira di Putrajaya untuk membeli souvenir untuk Amm n Ploy. Ni sume sebab Fikri Yasin janji nak barter baju I luv bagkok ngn I luv mlys. Aku beli keychain je bagi kat diowang. Sebab utama keychain adalah trendy, kiut, versatile, murah, dan senang dibawa. Nyata harga memainkan peranan.

Sebab kitowang berempat, wawa, fikri, ameen n me, ke putrajaya, kami turut ber-discuss macam mane nak isi masa lapang pada esoknya. Kitowang pown setuju nak tengok muvee The Cabin In The Woods.
Hari kejadian, kitowang gerak pukul 1. mula mula nak g KLCC. Pastu tukar nak g Wangsa Walk. Last minit, tukar KLCC semula...pepelik bebudak ni...tapi, sebab bukan aku drive, aku tak kesah. Around 1.45 kitowang sampai KLCC. Terus cari makan sebab semua tahap lapar gile. Tengah pening2 nak makan apa, ameen cadan makan kat Little Penang Kafe sebab prawn mee dia sedap. Kitowang sume order prawn mee. Tapi, sebab peak hour makanan sampai lambat sket.
inilah tempatnya...pic from google.

Memang kitowang lapar giler, elok je mee udang tu sampai, semua terus makan. Lepas aku punya mee tinggal separuh baru aku perasan tak de pown kitowang borak2. Sengal gila. Masa mee separuh abes, baru la air samapi. Tapi kami semua ada misi lagi penting dari nak layan air. Jujurnya, prawn mee dia sedap. Harga standard sebenarnya untuk kedai ala2 kopitiam branded ni. Prawn me 10 hengget semangkuk n memang ada udang besar 2 ekor dalam tu. Garnish prawn mee dia best, bukan fishcake cikai2, ayam banyak2, ngan udang, tauge n sayur lain aku x perasaan sebab aku makna laju sangat. Aku bagi 4 dari 5 bintang untuk mee n harga. Air kat sini pown standard je regenye. X mahal macam old town pown.

 Habis makan, muvee la kan. Memula start muvee ni, aq ingat dia cite bodo2 yang mengarut. Sebab dia nyer start macam takde motip gile. Ngan pompuan seksinye, saintis yang duk main kete, mamat yang duk isap dadah...aku dah feel macam sedeyh. Tapi lepas setengah jam cite, baru la masuk motip utama cite ni. Bila zombie2 keluar nak bunuh budak2 tu. Cite ni x cliché langsung macam cite bunuh2 lain. Siyes aq x jangka ending dia. Scene bunuh dia pown best, tak la sesakit Saw tapi tetap hebat. Part paling aku suka time hantu ngan killers dilepaskan ramai2 dalam bangunan tu. Ending pown style je. Memang aku xcted gile masa dalam panggung tu. Aku n the gang bagi 5 bintang utk movie ni. Nak cite lebih2 nanti spoiler la plak.
plizz tengok cite ni...keseronokan berganda weh

Kami tak balik terus, sebab muvee abes dalam pukul 5. Feel macam awal je lagi kalo nak balik. So, kitowang buat benda paling lucu, g pusing2 KL tengok rumah. Semua area tumah besar gabak kitowang masuk. Pastu g lepak kat umah Ameen yang lama. Lawa rumahnya, English modern nyer stail. Kitowang rest sbb nak solat maghrib n x nak jam. Dah malam, kompem la lapar balik. Mulanya, fikri nak bawa makan kat kedai Chinese food kat sg.buloh. tapi, semua x nak makan mee 2 kali sehari, kitowang decide g domino’s. after mentekedarah 2 pizza, 4 people. Baru la kitowang reti nak balik.
Pukul 10 something la kitowang sampai kolej. Badan penat sebab jalan banyak sangat kot. Tapi movie, makanan, rumah semua aku puas hati. Memang berbaloi tak de kelas.......

p/s: kitowang nak g Chilies plak nanti. Sebab burger dia besar...

Saturday, March 31, 2012

earth day or earth hour ????

assalamualaikum and selamat malam

entry ini ditaip pada 8.01 minit malam...sebab jap ag upm ada wat earth hour dimana lampu ditutup dan kami bakal bergelap selama satu jam...aku kena taip lelaju..

hari cuti macam bese, tak buat apa apa...

ahh, nak cite, aku start diet tak de nasi sepenuhnya dua hari lepas....hari ni hari ketiga...aq minta tolong naz beli epal 2 3 biji...hari ni, yang masuk dalam perut hanyalah 2 biji epal dan setengah genggam kacang...aq dah start bleh stabilkan diri ngan tak de nasi ni...even godaan kuat, aq bersabar...

pasal earth day, misi utama adalah nak tingkatkan kesedaran untuk jaga alam sekitar n reduce penggunaan letrik yang bleh merosakkan alam ni...tapi kalo nengok gaya bebudak yang buang sampah merata ni memang tak de makne la earth day kan...patut buat earth year...

upm, spesifik kolej aq handle, buat night walk...night walk ni student g jalan ramai ramai pusing certain kawasan upm dalam gelap...aq rasa sambutan ok la gak...tapi aq x involve sbb esok aq ada test n aq nak stadi (impian ni)..

bebudak kat malaysia ni kurang sivik sebab sampah masih merata....susah cari tempat yang takde org buang sampah merata....yeah, kesedaran macam ni susah nak ada...so, aku tak tahu nak ajar macam mana kat bebudak ni...
night walk sempena earth hour
lari topik disini..aq duk buat aktiviti bese, tengok makeup kat intenet then jumpa pic ni...stunning nyer beliau....feel nak makeup macam ni pula...

gambar maybelline colour sensation pearl *kompem aku beli kaler ni*

Tuesday, March 27, 2012

kejadian itu, terfikir sekarang

assalamualaikum and hello world.....

feel perlu update entry....

motip letak gambar besar gabak????
weekend lepas (2 3 hari lepas je), aq balik umah...bukan kat kuching, tapi kat kl je. ye, abang saya disini, so balik ke sini....sayangnya, aku demam pada hari hari dirumah...tak de apa yang ank diceritakan pown, ye la dah demam..aku duk kat umah je...tawaran nak kuar jenjalan abang aku pown ditolak ngan rasa bangga...yeah, seb baek demam kat umah, dapat la sembuh cepat sket...hari ahad tu, demam dah ok..tak de dah duk panas panas badan merata kan...

lupakan keadian di rumah even macam macam, tapi feel tak proper nak cite private life orang lain kat blog....blog ni tak suka propa....

start kelas hari ni, macam bese je...tak de ape ape yang xcited...macam bese...selang antara kelas yang dua jam tu, aku, wawa, dila, linda, aning, izat (betapa ramai nye) lepak kat surau...bajet nak tido tido sebab feel ngantuk...terkeluar pasal nak wat trip...bukan nak g satu kos, sebab susah nak handle reramai...aku cadang g je 23456 orang je yang bebetul nak g...yang ada prob ngan pakwe tak kasi g jejauh ke, feel susah nak adapt ngan backpacking, dipersilakan tinggal di bilik memasing...aku cadang ank g singapore, bajet dalam 500-600 sorang la untuk 2D1N....murah dah tu...kalo betul nak, kena la keje cuti ni...

satu lagi cadangan adalah, genting theme park yang poplar kat malaysia ni...ni lagi save bajet, tak yah keje pown lepas, kalo amik package 1 day full sume baru 58 hengget....affordable giler...tapi kitowang nak tido semalaman kat sana...kalo kira kos hotel tiket n segala nye lagi..mungkin paling banyak 300 hengget..tapi aku feel macam bleh reduce jadi 200 hengget je sorang...berkobar kobar ni nak gi...semangat macam apa....kali ni aku tak nak jadi macam sem ni dah, susah sangat bila ramai yang banyak alasan ni...aku dah tanye bebudak ni, kalo 3 orang je yang on nak g tak? diowang ok...so, mengharapkan diowang mengotakan janji...aku feel nak g sengsorang je....

hasil tangan wawa *abaikan muka pucat dan tak bermaya itu*

konklusi, aku kadang kadang penat merancang sebab susah sangat. bila kita rancang, kita expect benda tu jadi, tetiba cancel...punyerla frust menonggeng nonggeng dibuatnya....