Thursday, March 31, 2011

masa adalah emas

kerana telah amat lama tidak posting apa-apa kat blog ini....terasa nak mengepost........................
tentry kali ni x de kena mengena sangat cuma dua tiga minggu yang terlampau sibuk ni membuatkan aku amat menghargai setiap detik masa yang ada....korang sume jangan la duk membuang masa sesuka hati sebab masa yang dibuang tak leh nak kutip balik.......kekadang aku menyesal gak bila terpikir nape la aku x buat keje tu masa aku free semalam....selalu terfikir macam nie membuatkan aku x nak membuang masa lagi.....owh masa amat singkat skunk nie.....tak berapa hepi bila masa terlalu laju berjalan sama dengan duet yang mengalir keluar..................masa berenti la kejap

p/s:masa dan duet seiringan hilang.......

Wednesday, March 16, 2011

APA NAK JADI DENGAN KITA??????

selepas terbaca ketidak puasan hati kaum lain terhadap sistem pemerintahan kita......aku terasa marah tetiba....kenapa????? buka la mata sket.....kita rakyat asal negara ni tapi sekarang sapa yang nak kawal kita......bukan nak cakap diorang tak ada hak....tapi kami ni bumiputra nyer kaum ada kelebihan tersendiri dekat negara kami.......walaupun korang duk kutuk, hina, tak puas hati, nak buat rusuhan dan macam-macam lagi kat kerajaan, tapi yang korang berjaya hidup boleh makan tak merempat tu sapa yang bagi.....BUKAN KERJAAN KE????? KERJA SWASTA POWN DEAL NGN KERAJAAN LA....... memandang ada yang task berapa nak faham....tolong bukak dan cari dasar-dasar perlembagaan Australia.....rakyat bumiputra diorang pown diberi kelebihan daripada rakyat bukan bumiputra diorang......


kenapa nak kecoh-kecoh kalau kita semua boleh bernafas dengan baik lagi....memang la Perdana Menteri kita, Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak keluarkan slogan satu malaysia.....tapi maksud dia adalah semua rakyat bersatu padu bukannya menyamakan hak semua rakyat tanpa mengira status.....perlembagaan malaysia tidak boleh digubal sesuka hati.....kalo tak puas hati sangat sial balik ke tempat asal nenek moyang korunk....apa susah.....kat sana korunk MUNGKIN dilayan baik.....tolong la, nak bersatu memang la susah, paling tidak jangan la ada rasa buyers antara kaum......apa yang peliknya, semua yang meng-komen tak puas hati tu semua nye terpelajar....kalao dah nama cerdik tu memang mula lah nak start buat kerajaan sendiri....tolong la masuk dalam upstraem politik dengan cara betul, tak payah nak kondem, kutuk-kutuk, post itu ini pasal kerajaan teruk kat belakang.YES, semua orang ada buat silap....perdana menteri, menteri dan pemimpin adalah manusia.....so normal la kalo diorang ada buat salah dan silap.....ini dinamakan proses pembelajjaran sepanjang hayat.Jadi umur dan pengalaman tak dikira ye........


diharap kepada semua rakyat, sebelum mengutuk tu fikir la dulu....jangan main redah je.....bayangkan korunk kat tempat diorang....pastu kalo korunk x dapat something yang korunk nak, jangan cepat melatah....try kaji balik nape korun tak dapat, maybe korunk tak ikut syarat-syarat utama dia.....kerajaan kita tak kejam pown tapi baik sangat-sangat, so buat je aduan dan diorang akan amik tindakan on the spot (ini bukan omong kosong kerana aku dah buat dengan beberapa agensi kerajaan....feedback memang memberangsangkan)  


jadi.....pakat-pakat la kita sokong malaysia punya kerajaan....jangan la masa makan je boleh bergabung tenaga,masa lain x boleh plak nak bergembira macam tu.........


style gambar nie kan,kan,kan




P/S: ksila tekan SAYA X PERNAH PUAS article yang berjaya menaikkan darah aku.....hehehehehehehe


mengaharapkan tak disaman sebab ini cumalah komen ikhlas dari hati......

Friday, March 4, 2011

khutbah terakhir Rasullulah...

mendapat mood baik dlm masa yg singkat.......renungkan lah



Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)

Tuesday, March 1, 2011

ekonomi dunia

oleh kerana telah lama tidak menge-POST apa-apa...tiba tiba terasa mahu menulis sesuatu...
post hari ini berbunyi EKONOMI DUNIA....ye ekonomi ye anak-anak....walau tidak ada kena mengena dengan subjek ekonomi tetapi ia tetap penting.....

disebabkan ekonomi dunia tak berapa nak stabil dua tiga hari ni,banyak barang berubah harga dan selalunya naik.....itu yang pengguna tak suka.....pengguna nak beli banyak jenis barang dalam kuantiti yang sikit,nak itu nak ini amik tu amik ni...pendek kata serba sikit tapi semua ada....tapi penjual nak jual banyak barang tapi sejenis je.....nak untung la katakan....nilah complex yang terjadi antara penjual dan pembeli.unutk mengatasi masalah ini kita kena cari titik keseimbangan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.....dah dah dah...sebelum terlalut ke daerah luar kawasan ada baiknya aku sedar diri....huhuhuhu,terfeeling dalam lecture plak...ye la masa lecture tido,skunk duk berblogging sibok sibok nak berlecture....

paper hal pown,nak cakap la jugak disebabkan barang mahal dan duit sentiasa sikit,nilai duit makin tidak bernilai....anda faham apap yang saya nak katakan disini???? bagussss,pandai nye anda semua......baiklah ini ada tip berjimat dari orang yang boros untuk anda.......


  1. fikirkan keutamaan yang anda mahu. contoh mudah disini,anda nak kenyang atau nak baju baru..BAJU BARU!!!!!! kalau itu jawapan anda (ini pilihan hati tuan rumah ) anda reducekan wang untuk makan dan save untuk baju...senang kan kan kan kan??????
  2. bajet la seboleh boleh nya....disebabkan tuan rumah tak kaya,bajet amat penting....buat bajet anda boleh belanja berapa banyak dalam sebulan...kalo rasa rasa terlanggar bajet anda patut berpuasa (bukan puasa tak makan, tapi puasa dari keluar duit yg banyak untuk mencapai bajet semula)
  3. cari orang untuk belanja anda.hahahahahhahahahahah....ini tip jahat dari tuan rumah....suruh la member belanja anda....buat la muka anak kucing se-CHOMEL habis untuk mendapat makanan ehhh silap, untuk kawan anda belanja....tapi minta la dengan cara yang betul dan baik baik...bukan nye macam ALONG minta hutang...
  4. keperluan dan kehendak.....ini yang ramai terkeliru,asyik beli je semua benda padahal tu semua adalah kehendak....keperluan benda yang diperlukan dan perlu....kehendak kemahuan kita a.k.a nafsu setan le...
jadi setakat itu sahaja tips berjimat cermat dari si boros...memang tak berapa relevan tapi apa yang penting KERJASAMA....penting untuk kita tahu kawal perbelanjaan sebenarnya.....jangan la malu nak beli buku tentang cara-cara mengurus wang atau minta tunjuk ajar dari pakar....semua tu untuk kebaikkan kita...itu la apa yang tuan rumah buat untuk menjaga wang didalam bank.....kekekekekeke......
terpengaruh shopping online la plak skunk  nie


p/s; sila kasihankan pingu disebelah ni....