Monday, October 31, 2011

semut-persamaan dengan manusia

hello everyone and apa khabar.....

cerita ini adalah rekaan saya (berdasarkan pengalaman hidup) semata mata.....sila credit to my blog jika mahu copy (ada ke yg nak copy???) cerita ini....

di sebuah pangkal pohon rambutan, terdapat sebuah sarang semut yang besar...didalam sarang semut tersebut tinggalnya semut-semut dari yang kecil hingga yang besar...semua semut mempunyai tugasan masing masing...ada yang perlu menjaga sarang, memerhatikan telur telur, dan mencari makanan. semua semut amat rajin bekerja dan menjalankan tugas masing masing dengan patuh....


dalam kumpulan mencari makanan, terdapat seekor semut bernama Johny...Johny amat malas..satu perkara yang Johny tahu adalah mengarahkan kawan kawannya mencari makanan...bila Mika mengajak Johny untuk mencari makanan bersama mereka untuk simpanan dengan selambanya Johny menjawab "apa guna kamu semua mencari makanan kalau aku tidak memakannya????". lalu Mika berkata "tapi tugas kita mencari makanan, jika kamu tak melakukan kerja ini, kita akan susah". "apa yang susahnya!!!!.tak mungkin akan ada apa apa yang teruk berlaku walau aku dudk dan mengerahkan kamu" Johny tetap berkeras....Mika dan rakan mereka yang lain melakukan aktiviti seperti biasa dan tidak mahu mempedulikan Johny...Johny cuma akan membantu mereka menyusun makanan ke dalam stor simpanan selepas mereka selesai mencari makanan....dia langsung tak mengendahkan rakan rakannnya yang bersusah payah mencari dan membawa makanan....kerana Johny amat pandai bermuka muka,permaisuri dan para pembesar semut tidak tahu akan perangai sebenarnya.....Ratu Millian selalu memuji kumpulan Johny kerana selalu menyiapkan kerja dengan baik...setiap kali mendapat pujian,Johny lah orang pertama yang melangkah untuk mengambil 'bintang sesungut' yang dianugerahkan.....


dengan adanya 'bintang sesungut', orang ramai semakin memandang tinggi kepada Johny....namun, perangai Johny semakin menjadi jadi....dai semakin malas dan cuma menunggu di stor untuk menyusun makanan yang dikutip.....perkara ini berterusan untuk beberapa ketika...


pada satu hari, ketika kumpulan Johny tiada tugasan luar, Ratu Millian membenarkan mereka untuk bercuti selama seminggu dan boleh melancong ke kawasan lain...betapa gembiranya mereka ketika itu....mereka membuat keputusan untuk melawat rumah diseberang sawah yang sering mereka lihat....


maka, setelah membuat persiapan, Johny,Mika,Adelia,Frech, dan Taeil memulakan perjalanan mereka...oleh kerana mereka adalah kumpulan pencari makanan yang terhandal, Ratu Millian tidak membenarkan mereka untuk membawa bekalan...mereka perlu mencari makanan mereka sendiri...lalu,mereka memulakan perjalanan mereka....
Mika mengangkt makanan untuk dirinya
setelah hampir setengah hari berjalan, mereka mula terasa lapar...Mika dan Adelia mencadangkan mereka semua mencari makanan dahulu sebelum meneruskan perjalanan...oleh kerana semua benar benar lapar, mereka mencari makanan sepantas semut....Johny seperti biasa masih menunggu rakan rakannya mencari makanan...selepas seketika ....

"Mana makanan aku!!!!!!????" Johny menjerit...
Johny yang marah akan rakannya
Mika dan yang lain memandangnya pelik "kenapa kamu tak cari???kan kita perlu mencari makanan kita sendiri" Taeil bertanya..."tapi aku dah biasa menunggu kamu yang mencari" Johny menegaskan..."kalau begitu, kamu tak perlulah makan.kami cuma mencari makanan untuk kami sahaja kali ini" Frech mula berasa fed-up dengan perangai Johny...Johny senyap.....mereka meneruskan perjalanan selepas makan....

"aduh laparnya...." perut Johny ber-kriang kriut minta diisi...tapi, setiap kali mereka berhenti untuk makan, dia tidak mencari makanan...Johny tidak tahu dari mana dia harus mulakan pencariannya...rakan rakanya pula langsung tidak mahu memberinya makanan...





Johny mula bengang dengan rakan rakannya kerana tidak mahu memberinya makanan...dia mula menguggut untuk melaporkan yang mereka membuli nya dengan mengambil makanan yang dia cari..."hei!!!,setiap kali kita keluar bekerja, kamu berehat...sekarang kamu nak mengarah kami lagi" Mika mula mahu bergaduh.."Mika, biarkan si bodoh sombong tu...kalau tak reti, minta la tolong orang tunjukkan,ini nak menyombong pula...lepas tu, berlagak sombong pula" Adelia menambah....Johny tercengang..tak disangka rakan rakannya yang senyap selama ini begitu marah dan bencikan nya..."aku cuma tak mencari makanan, tapi kamu marahkan aku seperti aku membunuh keluarga mu.." Johny cuba mencari simpati..."tugas kita mencari makanan, kamu tak pernah lakukan tugas mu....bila jadi begini, tiada siapa mahu menolong...perangai mu yang gila kuasa namun tak tahu membuat kerja kini memakan dirimu semula" Frech berkata.....Johny masih merasakan dia adalah benar....rakan rakannya mula bergerak dan meninggalkan Johny yang masih mahu mendesak mereka mencari makanan...


selepas beberapa hari terpisah dengan Johny, rakan rakannya sudah mahu pulang dari bercuti....dalam perjalanan pulang mereka terlihat seekor semut yang sedang diserang oleh seekor belalang...sedang mereka laju mahu membantu,semut tersebut terhempas ketanah...baru la mereka sedar, semut itu adalah Johny...mereka mula berfikir mahu membantu atau tidak....tidak sempat mereka berfikir, belalang tersebut telah menelan Johny...yang tinggal hanyalah 'bintang sesungut' yang terjatuh...


walau mereka sedih dengan kehilangan Johny namun mereka tidak merasa kekurangan malah merasa lega kerana hilangnya bebanan dan tekanan yang selalu diberikan oleh Johny....sejak hari itu, tiada siapa mengingati Johny lagi kerana Johny cuma tahu mengarahkan semua warga semut kerana mempunyai "bintang sesungut'....

p/s: mahu ke kita mati dan tidak diingati...mati kita dirai kerana kita seorang yang dibenci....

Friday, October 28, 2011

cuti amat seronak la!!!

hello everyone and apa khabar....

hohohohohohohohohohohohoho

23-27/1/11 aku cuti mid term.....secara laju laju balik umah...secara laju laju dari kuantan ke kelantan.... basically, cuti nie aku habiskan di kelantan....seronok tak ingat weh...makan makan makan makan makan je kejenya....

paling best satu hapa keje pown aku tak buat...esemen kemain banyak aku malas nak kesah....test naik cuti kemain susah aku buat buat senang.....

balik UPM hari khamis malam.....esoknya,pagi pagi lagi dah bersiap laju laju.....kuar g Mines kesayangan anak anak......sebenarnya g karok.....punyala senonoh perangai aku...keje tak siap,bz g pusing pusing plak...

so skunk aku tak tahu kena wat apa dulu sebab banyak sangat kena buat nie.....

jadi lah perasaan aku macam nie........STRESSSSSSSSS

p/s: buat la keje ngan teratur
p/s lagi:malam nie nak kena siapkan aqua beramai ramai kat cafe......

Friday, October 21, 2011

test paling best!!!!

assalamualaikum and apa khabar....

dan hari nie aku ada test.....satu je testnye,management.....sket je masuk...tiga bab je pown....

jadi emmbaca dengan kadar hebat semalam...mengaharap ilmu masuk dengan hebat kedalam otak...tapi sayang ye anak anak, malas lebih menguasai diri...jadi baca 2 3  5 3  2 kali terus tido malam tadi...bangun pagi baca lagi....

pukul 10 pagi test pown bermula....dapat kertas soklan,terus tersembur bijik mata....10 soklan je.....10 soklan esei, satu satu 10 markah!!!!!!!!!!!!!!!!!!! WTH......

setiap soklan semua kena explain and discuss.....apa ko ingat 2 jam tu sempat nak jawab seploh soklan esei tu ke...dah la soklan KBKK....tak de la aku kesah sangat tapi kena explain sesatu tu panjang dan konklusi utama adalah masa....tak cukup wei.....

aku sempat jawab semua tapi.....yang soklan belakang belakang ringkas je la jawapan nya...mengharap dapat banyak markah....

kitowang macam nie la tadi...

sampai naik beku tangan dibuatnya....kelas sejuk sejuk sejuk sejuk yang amat......tangan plak dah cram sebab banyak sangat nak tulis....aisssshhhhhhhh.........yang menjaga pown strict yang amat...terus ditarik kertas jawapan tanpa belas kasihan pada kami yang nak susun kertas tu....bukan jawab pown, susun je kowt....huhuhuhuhuhuhuhu

agak2 bleh tak jawab macam nie????

ohhhh....incek incek lecturer di dunia tolong la buat soklan sesuai dengan masa yang diberi....kalo dah peruntuk satu soklan 10-12 markah, takkan la kami nak jawab 1 2 ayat...kompem la 1 2 page sebab markahnya banyak....owh.....owh...owh....lagi satu tolong la jangan bagi soklan yang agak agak budak pompuan memang susah jawab tapi budak laki senang jawab....kenapa la bola nyer soklan specific bebenor...kami mana main bola sepak...bola jaring,batu seremban kenal la jugak....

p/s: nak dekan macam mana nie?????

Thursday, October 20, 2011

dan belajar kerana test

hello everyone and apa khabar....

semua tahu yang hidup student asik berputar di takuk lama...

berputar putar
mengalami situasi ni pada isnin lepas....

dan rutin akan berubah kala exam menjelma......assignment menimbun....latuhan membukit....jika ketiga tiga ditambah...maka semua student akan berada dalam dua tahap je
  1. menjadi gila secara otomatik
  2. membiarkan semuanya berlalu bagai angin
aku mungkin berada dalam dua dua tahap secara bergilir gilir.....

Wednesday, October 19, 2011

lawatan sambil belajar ikan

hello everyone and apa khabar.....

hari nie kami sekeluarga se-kos pergi ke Puchong...tengok kolam ikan disana...

bertolak konon nya pukul 2..tapi bas tak sampai....tunggu bas...hujan turun mencurah curah ke perut UPM...kitowang pown duk la tunggu tunggu kat cafe dlu....lepas tu, bas pown sampai.....masa menunjukkan jam  2.15 petang...tapi sebab ada yang tak samapai lagi kitowang pown tunggu la diowang..pukul 2.30 baru bleh grak....

ingatkan dekat, tapi sejam gak amik masa nak sampai kat tempat tu...masa kitowang sampai dah pukul 3 lebih...hujan pown tak berenti lagi....

turun je, lecturer,En Rozihan dah tunggu kat sana....dia pown naik risau sebab kitowang lambat sangat..

start la agenda kat sana...masuk lab dulu untuk dengar explanation.....

start ngan tengok ikan yang di awet, induk yang besar dalam kolam besar, ikan yang normal, anak yang kecik kecik....lintah, piskiponik, udang tambahan yang ada....sayangnya,tak leh nak tengok segala benda sebab hujan...kalo tak bleh g tengok kolam tanah...

ada kolam yang ada anak ikan tilapia..kecik sangat...kitowang duk main cecelup jari bagi ikan sentuh...excited kemain dapat main macam tu...aku plak saje g test cecelup kat tangki yang ikan dia besar sket.....sekali mulut ikan tu muat muat jari aku...kan terjerit kat situ...jari kena gigit ikan...eleh tak sakit pown...tapi terkejut la...

tetiba sume pakat nak tangkap anak anak ikan tu....sebab en.Rozihan cakap tangkap la kalo dapat....sume duk pakat menyauk dalam tangki....last last takde pown yang dapat tangkap....yang dapat bau ikan satu badan...hikhikhikhikhikhikhikhikhikhikhikhik...macam balik pasar pown ada....

masuk lab before balik sebab EN.R bagi test ringkas buat ikut group....sesaat je siapnyer...

maka habislah lawatan sambil belajar....dalam pukul 4 hampir pukul 5 kitowang balik....yang lucunye...pegi amik masa sejam,tapi balik,15 minit je dah sampai UPM....nampak sangat tak tahu jalan masa pegi tu....hohohohoho....

serba sedikit pic masa kat sana....pic lain nanti upload sebab banyak...nak bajet wat entry ber-rantai la nie..(padahal takde orang berminat pown kan kan kan kan kan)

aku skema pakai baju UPM...bawah tu kolam induk
ikan keli versi induk

along n andy...

credit to Naz..thanks for picture...

pic lain entry seterusnya...

p/s:penat pown tak hilang lagi nie