Monday, October 31, 2011

semut-persamaan dengan manusia

hello everyone and apa khabar.....

cerita ini adalah rekaan saya (berdasarkan pengalaman hidup) semata mata.....sila credit to my blog jika mahu copy (ada ke yg nak copy???) cerita ini....

di sebuah pangkal pohon rambutan, terdapat sebuah sarang semut yang besar...didalam sarang semut tersebut tinggalnya semut-semut dari yang kecil hingga yang besar...semua semut mempunyai tugasan masing masing...ada yang perlu menjaga sarang, memerhatikan telur telur, dan mencari makanan. semua semut amat rajin bekerja dan menjalankan tugas masing masing dengan patuh....


dalam kumpulan mencari makanan, terdapat seekor semut bernama Johny...Johny amat malas..satu perkara yang Johny tahu adalah mengarahkan kawan kawannya mencari makanan...bila Mika mengajak Johny untuk mencari makanan bersama mereka untuk simpanan dengan selambanya Johny menjawab "apa guna kamu semua mencari makanan kalau aku tidak memakannya????". lalu Mika berkata "tapi tugas kita mencari makanan, jika kamu tak melakukan kerja ini, kita akan susah". "apa yang susahnya!!!!.tak mungkin akan ada apa apa yang teruk berlaku walau aku dudk dan mengerahkan kamu" Johny tetap berkeras....Mika dan rakan mereka yang lain melakukan aktiviti seperti biasa dan tidak mahu mempedulikan Johny...Johny cuma akan membantu mereka menyusun makanan ke dalam stor simpanan selepas mereka selesai mencari makanan....dia langsung tak mengendahkan rakan rakannnya yang bersusah payah mencari dan membawa makanan....kerana Johny amat pandai bermuka muka,permaisuri dan para pembesar semut tidak tahu akan perangai sebenarnya.....Ratu Millian selalu memuji kumpulan Johny kerana selalu menyiapkan kerja dengan baik...setiap kali mendapat pujian,Johny lah orang pertama yang melangkah untuk mengambil 'bintang sesungut' yang dianugerahkan.....


dengan adanya 'bintang sesungut', orang ramai semakin memandang tinggi kepada Johny....namun, perangai Johny semakin menjadi jadi....dai semakin malas dan cuma menunggu di stor untuk menyusun makanan yang dikutip.....perkara ini berterusan untuk beberapa ketika...


pada satu hari, ketika kumpulan Johny tiada tugasan luar, Ratu Millian membenarkan mereka untuk bercuti selama seminggu dan boleh melancong ke kawasan lain...betapa gembiranya mereka ketika itu....mereka membuat keputusan untuk melawat rumah diseberang sawah yang sering mereka lihat....


maka, setelah membuat persiapan, Johny,Mika,Adelia,Frech, dan Taeil memulakan perjalanan mereka...oleh kerana mereka adalah kumpulan pencari makanan yang terhandal, Ratu Millian tidak membenarkan mereka untuk membawa bekalan...mereka perlu mencari makanan mereka sendiri...lalu,mereka memulakan perjalanan mereka....
Mika mengangkt makanan untuk dirinya
setelah hampir setengah hari berjalan, mereka mula terasa lapar...Mika dan Adelia mencadangkan mereka semua mencari makanan dahulu sebelum meneruskan perjalanan...oleh kerana semua benar benar lapar, mereka mencari makanan sepantas semut....Johny seperti biasa masih menunggu rakan rakannya mencari makanan...selepas seketika ....

"Mana makanan aku!!!!!!????" Johny menjerit...
Johny yang marah akan rakannya
Mika dan yang lain memandangnya pelik "kenapa kamu tak cari???kan kita perlu mencari makanan kita sendiri" Taeil bertanya..."tapi aku dah biasa menunggu kamu yang mencari" Johny menegaskan..."kalau begitu, kamu tak perlulah makan.kami cuma mencari makanan untuk kami sahaja kali ini" Frech mula berasa fed-up dengan perangai Johny...Johny senyap.....mereka meneruskan perjalanan selepas makan....

"aduh laparnya...." perut Johny ber-kriang kriut minta diisi...tapi, setiap kali mereka berhenti untuk makan, dia tidak mencari makanan...Johny tidak tahu dari mana dia harus mulakan pencariannya...rakan rakanya pula langsung tidak mahu memberinya makanan...





Johny mula bengang dengan rakan rakannya kerana tidak mahu memberinya makanan...dia mula menguggut untuk melaporkan yang mereka membuli nya dengan mengambil makanan yang dia cari..."hei!!!,setiap kali kita keluar bekerja, kamu berehat...sekarang kamu nak mengarah kami lagi" Mika mula mahu bergaduh.."Mika, biarkan si bodoh sombong tu...kalau tak reti, minta la tolong orang tunjukkan,ini nak menyombong pula...lepas tu, berlagak sombong pula" Adelia menambah....Johny tercengang..tak disangka rakan rakannya yang senyap selama ini begitu marah dan bencikan nya..."aku cuma tak mencari makanan, tapi kamu marahkan aku seperti aku membunuh keluarga mu.." Johny cuba mencari simpati..."tugas kita mencari makanan, kamu tak pernah lakukan tugas mu....bila jadi begini, tiada siapa mahu menolong...perangai mu yang gila kuasa namun tak tahu membuat kerja kini memakan dirimu semula" Frech berkata.....Johny masih merasakan dia adalah benar....rakan rakannya mula bergerak dan meninggalkan Johny yang masih mahu mendesak mereka mencari makanan...


selepas beberapa hari terpisah dengan Johny, rakan rakannya sudah mahu pulang dari bercuti....dalam perjalanan pulang mereka terlihat seekor semut yang sedang diserang oleh seekor belalang...sedang mereka laju mahu membantu,semut tersebut terhempas ketanah...baru la mereka sedar, semut itu adalah Johny...mereka mula berfikir mahu membantu atau tidak....tidak sempat mereka berfikir, belalang tersebut telah menelan Johny...yang tinggal hanyalah 'bintang sesungut' yang terjatuh...


walau mereka sedih dengan kehilangan Johny namun mereka tidak merasa kekurangan malah merasa lega kerana hilangnya bebanan dan tekanan yang selalu diberikan oleh Johny....sejak hari itu, tiada siapa mengingati Johny lagi kerana Johny cuma tahu mengarahkan semua warga semut kerana mempunyai "bintang sesungut'....

p/s: mahu ke kita mati dan tidak diingati...mati kita dirai kerana kita seorang yang dibenci....

No comments: