Wednesday, October 12, 2011

~it's kind of a funny story~ movie review

hello everyone and apa khabar....

semalam ada duk gebang nak review movie yang baru ditengok....yeahhhhh......tajuk cite seperti diatas and cite nie bukan baru giler....tahun lepas release kat cinema luar negara...malaysia mungkin tak.

tu dia nyer tagline...nie watak2 utama tengah peluk2
cite nie bagi aku wajib tengok untuk semua orang yang berada dalam tempoh membesar dan me-matang (ayat pelik sket)....siyes nye mesej yang cite nie bagi cukup jelas dan senang nak faham..

ok,start cite nie bila watak utama, Craig,16 tahun berperasaan nak bunuh diri dengan terjun jambatan...tapi dia tak pegi pown...sebab risau dengan perasaan nak bunuh diri tu, dia pergi kat ER....siap isi borang lagi sebab nak bunuh diri...so, jumap la doktor...doktor first cakap dia tak apa apa sebab memang tak de apa apa prob la budak nie...hidup si Craig ni pown normal je...famili baik, kawan2 best, sekolah bagus cuma dia tertekan yang amat....dia merayu kat doktor supaya bagi rawatan gak kat dia...doktor pown sarankan dia jalani terapi kat wad psychiatric selama seminggu...

dari sini la jalan cerita start develop dengan best nya....Craig jumpa macam macam orang dengan pelbagai masalah yang memaksa diorang masuk wad nie...Bobby salah sorang yang ada kat wad dan jadi kawan baik Craig...Noeel sebaya dengan Craig, masuk wad nie sebab cubaan bunuh diri...Craig ni jenis yang takut and tak pandai luah emosi dan perasaan sendiri...hari first, doktor tanya macam mana dia tak dapat nak explain apa2...lama kelamaan dia makin tahu macam mana nak explain masalah dan feel tak puas hati dia kat doktor tu....

famili Craig nie normal je...ayah keje dalam bidang ekonomi,mak berkerjaya,adik yang over genius...senang cite Craig tension sebab harapan menggunung ayah ngan mak dia letakkan kat bahu dia....dia masuk sekolah yang hebat gila nak mati..sekolah yang ada kesemua pemegang rekod international..dia biasa2 je....ayah dia nak dia masuk bidang pilihan ayah dia...kawan baik dia, (lupa nama) plak kapel ngan minah yang dia syok dari memula dia start sekolah lagi....nak tambah tension, kawan dia ni perfect la, pandai, active dalam semua club kat sekolah, pandai bersosial dan ada awek yang cun (minah yang dia suka)...Craig tension dengan tekanan yang dia dapat dari semua pihak tanpa dia sedar....sebab sebab nie je yang buat dia nak bunuh diri sebenarnya...

dalam wad tu, Craig belajar terlalu banyak perkara yang buat dia bersyukur dan menghjargai masa dan peluang yang dia ada...Craig pown jumap hala tuju hidup masa kat dalam wad nie...dia tahu apa yang dia nak buat dan tak nak ikut telunjuk ayah dia...dia sedar yang hidup dia nie amat bertuah berbanding dengan hidup orang lain..dan dia masih muda untuk membetulkan kesalahan dia...

Craig seorang yang berfikir jauh dan berpandangan luas cuma dia takut dan tak diberi peluang untuk menunjukkan semua tu....last sekali, Craig kapel ngan Noeel...malas nak cite kat sini macam mana diowang kapel...  
Craig si watak utama

Bobby yang penting

Noeel yang lawa n comel
konklusi cite nie mudah je, masalah dalaman yang remaja hadapi....ibu bapa kena alert, remaja tengah nak up ni banyak susah yang diorang dapat...tekanan dari benda yang tak sepatutnya dan macam macam...kalau diorang tak reti kawal diri sebab tak de orang perasan perubahan kat diri diorang, senang diorang nak terjebak dengan segala jenis gejala pelik kat luar tu....

harapnya,kalau budak budak baru nak up tengok cite nie diorang dapat pengajaran dan self reflect dengan hidup diorang...sudah sudah la duk tengok cite tak ber-isi yang melumba sana sini, pukul sana sini...tunggu jugak bila la pengarah kat malaysia nak keluar cite yang inspire macam nie,tapi rasanya memang tak la kowt....

review nie panjang giler...aku pown ter-sentap

p/s: breath, life!!!

No comments: