Sunday, March 23, 2014

How-To Eyeliner Basic

Assalamualaikum semua...

Makeup benda basic yang semua pompuan akan guna. Please jangan cakap "tak suka la pakai makeup tebal semua ni". Hakikatnye time aku sekolah dulu pon aku macam tu. Ngan comot comot bagai. Tak care pasal appearance langsung. Tapi bila dah besar ni baru la sedar kita kena jaga penampilan bagai sebab pompuan memang ditakdirkan nak melawa bercantik bagai kan.

Topik hari ni adalah EYELINER!!!!!!

Kompem semua kat sini penah pakai eyeliner. Antara benda paling wajib untuk semua. Masalahnyer nak master guna eyeliner adalah susah giloowwwssss...Sampai hari ni dalam 5 tahun jugakla aku pakai full makeup bagai....Time memula dulu, aku tak berani pakai liquid sebab memang susah nak jadi...sampai sudah aku salah conteng tak balance antara dua mata...

Ni tips untuk yang baru nak start belajar pakai eyeliner dari pengalaman aku sendiri okeeyyy;

  • Gel eyeliner paling senang dan versatile untuk digunakan. 
    • Dari pengalaman aku, gel liner memang berbaloi dan senang untuk semua guna. Yang first aku guna adalah Maybelline punyer. Memang macam mahal sket, tapi berbaloi sebab tahan 4-5 kali ganda dari yang pencil. Lagi satu, senang kita nak praktis lukis n buat cat eye ke hape sebab gel liner pekat dan gelap. Sendayu tinggi punye pon cantik dan murah dari Maybelline, dlm RM28 je. Eyeliner pencil kadang kadang keras and kita akan tekan sket time nak lukis, tak elok untuk mata. Melabur lebih sket untuk eyeliner tak pe sebab jangka masa panjang.
Maybelline punyer


  • Pilih warna basic. (Black or Dark Brown)
    • Tolong yer, pada yang baru nak start experiment ngan eyeliner, jangan la amik kaler purple or hijau emerald. Memang kaler tu cantik, tapi takut nanti membazir sebab kaler bold ni kalo pakai daily nampak over. Lebih selamat pilih kaler hitam atau coklat gelap. Aku memang cadang hitam sebab coklat boleh buat mata nampak penat kalau silap pakai.

  • Simple line first
    • Yes, memang bila tengok model pakai cat eye tebal nampak menarik n seksi. Tapi jangan pakai cat eye untuk first try. First start ngan basic line nipis yg enhance mata je. Bentuk mata kita lain, kena kenal bentuk mata sendiri dulu before lukis cat eye/wing/fish tail or sbg. Lagi satu,kalo x biasa lukis eyeliner,senang tak sama bentuk antara dua mata. Kalau line nipis silap tak de la nampak over.

  • Praktis praktis praktis
    • Ni memang hakikat la. Time aku memula start nk expertkan eyeliner, memang aku sentiasa berlatih pakai eyeliner. Time ni aku kat matrik,masa g kelas make up biasa. Abes kelas, malam nak wat keje semua aku praktis lukis eyeliner tetiap malam kot even muka x berbedak, sebelum tido aku basuh la. Takdenye orang yang pandai pakai eyeliner perfect terus. Memang macam leceh, tapi hasil lepas praktis fuuhhhh mantap.
Benda kat atas ni yang aku alami dan rasa sendiri. Jangan risau kalau rase macam lambat nak pandai lukis wing semua tu sebab aku nak boleh expert lukis wing perfect pon amik masa dekat setahun praktis. benda macam ni kena minat n sabar sebab nak cantik kena usaha. Kena pulak eyeliner ni memang penting, even x pakai maskara or eyeshadow, eyeliner je dah cukup nak buat muka berseri. Sekarang pon aku still praktis untuk mantapkan lagi skill.

Start la ngan gel liner, bila dah yakin dan selesa guna gel liner, boleh la try guna liquid, pencil, pigment atau yang warna warni pelangi tu.

Skunk senang, sume bleh google n youtube. Bawak la rajinkan diri tengok macam mana diorang lukis eyeliner sebab video lagi jelas dari ayat merepek ni. Video kat atas ni ada dari basic sampai expert style.






Ni antara hasil eyeliner dengan style berbeza yang aku slalu guna sekarang, lepas 5 tahun duk main makeup kan. Dulu makeup aku macam haram kot, tapi praktis tu wajib kat mata sendiri sebab hasil adalah marveloussss ...

If ada kemusykilan macam mana nak melukis kat mata or muka ni sila bertanya. I try to layan.
Thank you.

Friday, March 7, 2014

Aku, PTPTN, & Pengurusan Universiti

Assalamualaikum,

Hari ni nak cite pasal lain sket. Ni nak cite pasal kejadian julung-julung kali terjadi pada aku...KAMI X DAPAT PTPT EVEN DAH SEBULAN LEBIH START KELAS...

Itulah hakikatnye....Ceritanya bermulanya macam ni, masa cuti sem, ada ua ura mengatakan berlaku kesilapan key-in yuran yang buat yuran kitorang double...Masa tu ramai kalut risau kena bayar yuran 2K +++...MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) cakap jangan risau, tak kan efek pon just salah taip...Semua macam lega sket..Time ni aq x de kesah pon sbb pikir mmg sbb salah key in, just undo je la kan...

Bukak sem, cek akaun duit tak de lagi...aku sejukkan hati sendiri cakap maybe lepas 2-3 hari masuk lah kan...Tunggu punya tunggu tak masuk masuk jugak...Yang magik nya budak kos lain sume dah sapat..Roommate dah kuar shopping 3-4 kali...Aku start feel risau lepas seminggu lebih sebab tak penah jadi macam ni...

Nak dijadikan kes lagi, kosmate aku, N, kol PTPTN untuk tahu status...Jawapan diorang adalah "Awak dapat bawak 2.0, so PTPT tak dapat dik". Takkan la satu kos fail kot kan, lagi pon result kitorang sume atas 3.0. Aku tau apa yg buat benda ni jadi.. Kos kitorang pelik sket, Latihan Industri (LI) yakni Praktikal Bekerja tengah tengah sem. Kos lain LI sem akhir lepas dah siap Fianl Year Project semua, kami LI Sem 6. LI tak ada result, just memuaskan or tidak memuaskan je. Bila kami explainkat pihak PTPTN diorang baru faham and cakap diorang tak boleh nak ubah result dalam sistem kecuali lah Pihak UPM hantar result dah senarai result yang latest, baru diorang boleh proses. Diorang mintak kami pergi bahagian akademi Uni sendiri untuk tanya pasal masalah ni.

Jadi kami pergi ke Bahagian Akademik. Kerani kat situ cakap kami kena bagi result kami kat diorang secepat mungkin untuk proses data. Dia bagi 2 hari untuk hantar result kami semua kat diorang. Kalut lah Kami ni turun naik office fakult sebab nak amik result latest dengan yang masa praktikal. Fakulti cakap result sem lepas (sem 7) tak keluar lagi yang official, boleh print dari web SMP kalau untuk kegunaan dalaman. Jadi kami pon print yang dari web. Nak masuk web ni pon satu hal jugak, hang memananjang n memang stuck sangat sangat kalau nak masuk. Macam kalau kita nak kol or hantar masej kat orang time raya, line busy semua telco. Lepas bergaduh ngan SMP untuk print result dari Sem 1-Sem 7, yes kami kena anta result dari awal kami jejak kaki ke UPM kat Bahagian Akademik, kami pon hantar result kami semua kat diorang yakni Bahagian Akademik dengan harapan masalah ni dapat di selesaikan mungkin dalam 2-3 minggu (Kata diorang ini la masa diperlukan).

Sejujurnya, aku pelik dengan Bahagian Akademik ni. Bukan ke mereka BAHAGIAN AKADEMIK terang terang diorang boleh cek sistem pelajar dan print result kami sendiri kan. Tapi kenapa diorang nak kami buat sendiri jugak pastu hantar kat diorang. Dah la tak dapat respon masa hantar result, just "OK". NOPE, WE ARE NOT OK...Tapi lepas hantar result ni, kami bagi peluang untuk masalah ini disettlekan oleh diorang sebab mestilah kami anggap diorang akan buat kerja ni. Terang terang silap diorang tak ingat hantar senarai nama kos kami (tercicir atau terbuang itu Tuhan saja yang tahu).

Sementara menunggu penuh harapan PTPTN masuk, kami semua kena pergi kelas macam biasa, perut still perlu diisi. Makan kat UPM ni mahal, kalau makan kat dalam 2 kali sehari minimum RM 10. Itu MINIMUM. Kalau yang ada transport boleh la makan kat luar tapi sebenarnya kos still lebih kurang bila ditambah dengan harga minyak semua. Kami ni pelajar tahun Akhir. Ada FINAL YEAR PROJECT (FYP) yang kena buat. Standard dalam buat FYP, student kena buat survey dan agihkan pada semua. Respondent kami bergantung pada Tajuk, Lecturer, dan Target. Selalunya 200 dan keatas. Cuba lah bayangkan, kalau nak cari 300 respondent, nak kena print survey yang dalam 7-8 pages. Semua ni nak guna duit. Nak print, nak beli hadiah terima kasih untuk orang yang jawab survey, nak pergi kat kawasan yang dikaji banyak kos diperlukan. Kami ni mengharapkan PTPTN untuk support kami punya project paper, senang lah hati nak print survey tk payah fikir catu makan diri sendiri. Maybe ada yang tanye, "Takkan lah takde dana untuk pelajar Final buat project?" YES,DANA ITU ADA TAPI perlu dahulukan duit sendiri dahulu dan claim kemudiannya. Biasalah, proses claim ni akan mengambil masa 1-2 bulan (pasti ramai yang faham). Nak dahulukan duit sendiri tu macam mane kalau dalam akaun ada RM 20, dalam purse ada RM 100 sampai hujung bulan. Someone Somebody do explain to me how we can survive in KL living rate with RM 100 only for a month. EXPLAIN PLEASE...Kedai fotostat mana kesah kita ada duit ke tak, as long as you pay, we serve you. Bukan tu ke polisi semua kedai??? Ada antara Kami yang hold dulu nak buat survey sebab budget tak cukup. Ada still buat tapi half dulu sebab lecturer nak tengok progress, takkan la kami nak caap tak leh buat sebab tak de duit and apa yang Kami nak harap lecturer buat. Bagi kami duit??? Diorang pon ada famili nak di support. Kalau nak tolong semua student, habis rabak tak bersisa la poket para pensyarah.

Itu satu masalah. Ada antara kami ni datang jauh, dari Sabah&Sarawak. Sebab naik flight, barang pon sikit je dari rumah sebab luggage mahal. Barang keperluan memang tak beli la macam berus gigi, sabun basuh, shower foam, Maggi semua tu. Harapan hati nak membeli disini dengan PTPT, tapi apakan daya, awal sem dah macam akhir sem, tapi lagi teruk. Kalau korang baca blog aku (rasenye tidak) korang tau aku tinggal kat Sarawak buat masa ni. Sampai UPM dengan beg baju je, nak beli barang keperluan pon fikir 9876 kali sebab bukan murah kalau beli semua sekaligus. Konfem habis paling paling jimat pon RM70+++. Banyak RM70 tu. Aku la salah satu mangsa yang berfikir 7000 kali nak beli sabun paling murah, guna sabun madi pon cukup la sebab sabun tahan lama n murah, amik ubat gigi jenama cap ayamitikbadak, maggi pon fikir nak beli ke tak. Semua tergendala sebab tak de budget. Aku tak la rase aku ni malang atau sesak sangat. Kalau terdesak aku boleh lagi mintak dekat parent, syukur Abah masih kerja and ada gaji. Tapi banyak mana sangat lah aku nak mintak, adik beradik lain semua belajar lagi, 2 orang kat UNI, sorang x dapat PTPT (sebab ntah lah). Lagi 2 sekolah lagi (diorang dalam tempoh membesar dimana makan macam anak ultraman). Rumah nak kena bayar, kereta lagi, pastu ntah apa apa lagi benda orang-dewasa-patut-tahu-kena-bayar-bila-nak-sara-famili. Sedangkan aku pon tak sanggup nak mintak banyak sebab jujurlah, mereka tak kan mintak kita bayar balik, tapi aku tak sanggup nak susah kan mak ayah. Macam mana dengan Kami yang lain??? Kami bukan dari golongan berada, sebab tu amik pinjaman. Ada yang mak ayah dah pencen, ada yang kerja kampung, ada yang mak ayah kerja tapi anak sulung adik berdik kat bawah banyak, macam macam masalah ada. Bila dah sampai umur 23 ni, kami dah boleh berfikir. Takkan lah nak susahkan mak ayah, famili sangat sangat bila diorang harapkan beban ringan bila ambil pinjaman. Kami ada juga maruah, harga diri, ego yang nak dijaga. Air muka sendiri nak jaga dari statement "Mengharap Family Sampai Mati".

Bila jadi macam ni, kami risau. Kami lapar tak pe lagi, kami pelajar kami biasa makan mee segera sekali sehari. Kami tak cukup nutrisi, kami tak kesah sebab kami muda lagi memang makan makanan tak sihat. Tapi macam mana kalau ada kecemasan, sekarang cuaca tak menentu, panas yang amat. Ramai demam, tak pon sakit tekak. Bila sakit tekak (aku sendiri sakit tekak macam kena tusuk pedang tiap kali telan air liur, padahal dah minum 3L sehari) kena minum banyak air, like seriously banyak. Tapi tak boleh sebarang minum, kalau masa hari pertama kedua kena, masa tekak merah macam nak luka tu elok minum air mineral, buakn air masak lagilah bukan air Water Cooler yang macam telan air paip. Ada mesin air (mcm Sukida, H2O Hydrogen water) yang letak 10 sen dapat 500ml air. Kami kena minum 3 liter, makna nye dalam seringgit, kalau sebualn takke dah RM 30 tu. Masa kena minum air mineral je tu, rase macam tak nak buat sebab sebotol besar seringgit lebih hingga dua ringgit, mahal benor weyh... Nak recover kan, kena lah berkorban, DUIT LAGI...Nasib baiklah dapat BB1M, boleh beli buku tak de la terasa duit abis sebab buku mahal yang amat.

Disebabkan duit start surut umpama air pantai yang tenang bila bulan mula menghilang, Kami pening memikirkan alternatif untuk stretch duit kami selama yang boleh. Aku makan sekali je sehari, like just lunch and bear with air masak sampai esok. Ada yang memang beli barang basah masak sendiri kat bilik langsung tak makan luar. Ada yang tak amik nasi, makan roti 2-3 keping ganti lunch/dinner (mcm la kenyang). Berapa lama kami boleh tahan dengan semua ni??? Manusia ni perlu makan, lapar tak boleh study, kalau study perut lapar nak refill, nak makan duit tak de. Nampak tak dilema tu??? Ada Kami yang sampai buat jualan pre-loved baju, beg, kasut sebab nak dapat side income. Paling tak lepas buat duit makan. Tak kan nak suruh kami jual body baru nak sedar ada masalah. Bila tanya and komen apa yang terjadi dekat MPPUPM, diorang tak reply. Kalau reply pon just retweet or like je. Apa yang dapat sayang kalo ko like tu??? Kami perlukan jawapan and tindakan. Penat Kami undi dengan harapan ada la yang membela nasib bila jadi macam ni, bukan buat kami macam experiment sarkis nak like like bagai.

Sambung dengan susulan lepas dah hantar result kat bahagian akademik semua. N kol PTPT lagi nak dapat update dan nak tahu apa yang terjadi. Pihak PTPT jawab adalah dibawah. Ni memang real conversation, Kami bukan tahap terkejut, ni dah boleh jadi marah. Dah dua minggu tapi ni yang kami dapat, NI KE YANG DINAMAKAN BUAT KERJA???? (sabar sabar sabar dan sabar)
reply kami dapat selepas 2 minggu


Nampak sangat Bahagian Akademik campak ke lantai je result yang kami bagi tu. So, sekarang ni apa kami kena buat??? Ada la several choice yang Kami semua fikir;

  1. Pergi naik turun HEP dan menunggu penyelesaian macam orang gile
  2. Pergi office PTPTN and settle masalah ni sendiri (pastu bila diorang nak betulkan sikap kerja gaji-buta ni)
  3. Pergi office Naib Canselor and laporkan masalah (yes, kami kenal naib canselor n baik dengan diorang sebab kami dah Final year, diorang dah penah ajar kitorang)
  4. Lapor dekat MPP sekali lagi dengan harapan ada tindakan diambil (sebenarnya aku dah lapor dan reply yang dapat hanyalah "kami akan rujuk hal ini" blerrrghhhhhh)
  5. Tendang pintu HEP sampai pecah (epik tapi kompem masuk jail)
  6. Bawa hal ni kat TV3, newspaper dan biar umum tahu kami tersiksa??? (Tapi nanti reputasi U jatuh, and aku ni still sayang UPM, masalah dia, management yang amat fail)
  7. Berenti je blaja, kerja jual bodi ke, jual dadah ke, apa yang haram dapat duit bayar hutang
mane satu pilihan yang normal??? Normal tak selesai masalah, Tak Normal timbul masalah.


BTW, Sem ni aku ada kawan dari France, boleh faham tak malunya rase bila dia tanya kenapa management kat sini tak student friendly and tak dapat selesaikan masalah dengan cepat. Dia cakap kalau dekat France, student komplen and pergi naik office 2-3 kali tapi masalh still tak settle, diorang akan mintak maaf sebab susah kan kita dan akan priority kan masalah kita untuk settle dulu. Tapi sayang, kat Malaysia, selalunya (saya minta maaf sangat2 dulu) kebanyakan yang kerja bahagian kaunter, kerani, yang kerja jumpa orang/customer perangai tuhan je la tau. Dah banyak kali kena, kerek pastu layan Kami, kena pulak student kan tak de kerje macam kucing kurap mintak makanan dekat tepi meja. Jangan layan Kami macam tu plizzz, macam mane kami nak berbudi kalau ditabur kaca dari mula. Mungkin Goverment kena wajibkan semua yang nak kerja bahgian ni kena amik satu subjek/kos 6 bulan untuk belajar treat customer and layan mereka mengikut situasi. Mungkin patut belajar consumer behaviour sekali. Buat satu peraturan, sapa ada sijil dalam bidang ni, dia didahulukan dalam pengambilan kerja kan.

Dah terpesong jauh nak ke France Europe bagai. Aku bukanlah nak buruk buruk kan sesiapa, bukan nak salahkan PTPTN atau kerajaan atau mana mana pihak. Aku tahu masalah ni bersebab dari management dekat HEP dan Akademik Uni. Aku tahu punca silap kat mana tapi tak dapat nak buat apa apa, sebab diorang yang tak buat. Aku tulis ni semua sebab kecewa sampai tawar hati sangat dengan pengurusan. 4 tahun kat sini, macam macam dapat. Kalau pergi pengurusan memang boleh naik darah dengan cara diorang layan Kami. Aku LI bahagian services OK. Aku tau susah nak layan kerenah manusia, tapi apa lah salah senyum siket, guna nada baik2, sejuk siket hati kami.

Kami di KL. Kuala Lumpur The Great. Kami remaja. Kami jiwa memberontak. Kami sukakan hiburan. Janganlah ada yang disini baca n cakap takyah la keluar, duk je kat U dalam bilik untuk save duit. Nak KAMI GILA SEBAB TEKANAN??? Cakap macam tu sama lah dengan cakap kat perokok jangan sentuh rokok tapi letak dia dalam kilang rokok. CRAZY THINGS. Plus ofkos la kami nak berseronok dan bergembira, macam salah je state nak bergembira dengan PTPTN untuk belajar, but student JPA,MARA,BIASISWA pergi holiday, beli fon baru jugak dengan duit diorang. Apa beza dengan kitorang kan.

MPP yang Kami undi, aku tak tau lah, aku yakin susah nak handle organisasi besar macam Uni kan. Tapi tolong la, tolong sangat sangat respon or give something that can ease us. Bukan aku komen dalam laporan bertulis, komen tanya kat tweet je kot, tu pon x reply. Tapi time ada budak lain tanye seminit lepas tu boleh pulak korang jawab kan. Tak ke sakit hati jiwa raga dibuatnya. Macam korang pejam sebelah mata kat kami.

Benda yang macam picisan macam ni la yang boleh start perang, yang buat rakyat tak nak union sebab terkena dah tiada tindakan. Kami tau Kami sedar Kami banyak dapat bantuan dari KaMU. Tapi pepatah sentiasa cakap "buat baik seribu kali, yang jahat satu jua diingat nanti". Manusia memang di set macam tu, yang buruk di ingat sampai mati, kondem lagi seronok dari memuji.

Moga moga pengurusan UPM dan Malaysia boleh improve 500%. This is serious matter, kalau duk sambil lewa selama lama nya, Kita tak kan maju, tertinggal sebab tak mahu berlari kala maraton.

Entry panjang dan berbunyi rungutan, tapi ni luahan kecewa sebab tak de tindakan dan kami tak tahu nak mengadu kat sapa. Mungkin sebab benda macam ni ramai graduate kerja luar dari Malaysia and tak nak balik. SERIK DENGAN MANAGEMENT MASA DEPAN NEGARA GOYAH. tak pepasal sungguh.

Setakat ni dulu, bye.

Sunday, March 2, 2014

Dilemma as Final Year Student in University

Assalamualaikum semua...

Lama tak update bagai...Maklumlah final year ni busy sket...Alasan je semua tu...sebenarnya x busy pon, malas je lebih...

Sejak sejak jadi pelajat last sem ni, terasa lain sket...feel x sanggup nak abis study...lepas ni kena hadap realiti dunia dah...aduhhhh, jiwa ni x nak abes bergumbira lagi...

sem ni aku amik 3 subjek x termasuk FYP....kelas isnin sampai rabu je...selebihnya memang saja kautim ngn lecturer biar kosong mane le tau kot kot kitorang nk merambu ke merayau bercuti adalah juga hari yang free...hahahaha...

ni dah week 3, feeling nak start belajar still x de...nak tau x nape, kali ni dalam sejarah, ptpt x masuk2...rasenye salah management u..tapi biarla, bleh la diet bulan ni, sebab dengar khabarnya, lagi sebulan baru masuk ptpt tu...hadddoiiiiii, mana nak cekau duit untuk bergumbira macam ni??? ce cite ce cite mane nak cekau duit ha....

week 3 baru baucer buku nak dapat, well benda free x mungkin dapat cepat....amik esok je la...macam nak hujan ni, tak de makna nak menapak ke K13 semata kan...

hakikatnya, aku terlampau bosan, and feel nak buat quick update pasal life..kot kot setahun dua nanti bukak blog x de plak update time final year, sadis tu sadis.....

okay,bubye sebab ni quick update je kan...

salut....

Thursday, February 6, 2014

Final Sem Lagi Seminggu

Sedar tak sedar, dalam seminggu je lagi aku akan bukak sem baru. Sem terakhir sebagai pelajar degree...kalau ada rezeki mungkin akan sambung lagi... masa nak start 4 tahun lepas, terpikir bila la nak abes blaja, skunk ni rase tak nak abis study, biarla duk blaja lagi setaun kalo bleh...kejap sangat....pejam celik pejam celik dah 4 tahun...Pada yang baru nak masuk u tu, jangan la excited sangat sampai terlupa tujuan...jangn ingat sangat tujuan sampai tak de pengalaman...masuk Uni memang seronok...kena lagi kalo kita jumpa n ada geng sekepala...

tetiba rasa tua, umur dah cecah 23...dulu time baru tulis blog umur tak masuk 20 pon...start tulis blog pon sebab semata disuruh oleh lecturer sebagai tugasan mingguan *ada ke patut*....dulu blog nak bubbly kaler warna warni, muka sendiri bertempek kemain gabak...skunk dah tahu apa itu malu dan sopan, x nak dah katun2 even hello kitty still comel nak mati...

walau pun rase macam tak de yang berubah, hakikatnye banyak yang bertukar, kawan main lari sama sama dulu dah kawin, yang beranak pinak pon ramai, jumpa orang skunk ni bukan macam dulu, segan tak nak cakap bagai, sekarang ni kita yang kena mula bercakap, nampak matang gitu....topik perbualan pon dah lain, feel very different...jiwa masih kanak kanak, tapi hakikat matang sukar diterima...

rupa blog baru..yeahhh header dah matured

Tuesday, January 21, 2014

Impian Tahun ni-2014-

Assalamualaikum semua...

Tahun lepas berjela buat list tapi satu pon tak tercapai...tahun ni lebih realistik and materealisik mungkin...

Sebab tahun ni adalah tahun terakhir jadi student Degree, cita cta adalah nak bekerjaya pada bulan 9 nanti sebab sem abes bulan 6, result kuar dalam bulan 7 or 8 baru bleh keje pas tu...nak keje sebab kalo rest lama lame nanti lemak (bukan takat perangai tapi lemak badan pon naik).

apa apa pon, nak cite skunk adalah impian selain dari keje adalah, HANDBAG...yes, dari tahun lepas duk usha segala jenis handbag, tapi mahal sangat tak sesuai untuk studet. kalo student rm 50 tu dah padan la, mahal dah tu...yang berkenaan dihati mesti harga nak up sampai seratus dua ratus...kena la simpan cita cita time keje...maygad maygad sangat.....hadooooiiiiiii....

harapannya pas dapat first gaji dapat la beli seketol handbag yang diidam dari zaman tuk nenek itu...


dapat beg Micheal Kors seketol mau x shopping handbag 3 4 taun


Tuesday, January 14, 2014

Best-Not so Moisturizer review 2013

Salam semua,

Hari ni iera nak cite pasal moisturizer...sebagaimana nama dia, moisturizer = moist, untuk lembabkan muka...even kulit berminyak pon kita kena pakai pelembab muka ok. jangan ingat nak lembabkan kulit ngan minyak muka tu T.T.

Tahun lepas (2013 yg lebih seminggu ditinggalkan) iera ada try pelbagai moisturizer, dari yang murah sampai yang mahal. konklusi ikut kulit tapi bleh la nak bagi review sket2 supaya korang ada guide nak beli supaya sesuai ngan kulit.

awal tahun 2013, iera stick with organic aid which is my long life crush.






Organic aid is really really good and great moisturizer, plus it can diminish scars. Tapi, even elok pon, ada gak bad point dia terutamanya texture dia yang terlebih pekat n take time nak serap dalam kulit. Krim dia pekat sangat sangat. Kalau pakai dicadangkan tap tap tap kat kulit daripada sapu terus sebab dia pekat sangat. Time kita nak laju laju pagi pagi nak g kelas memang kurang praktikal sebab nak tunggu semua krim serap dalam kulit dalam seminit gak la. 

Good point untuk Organic Aid adalah lembabkan muka 24/7 hoookkkeeehhh... Tak de la Iera pakai 24/7 tanpa basuh muka, tapi iera dapat rasa different dia..Kelas iera semua dalam bilik ber-aircond over kuat yang bleh rosakkan kulit, tapi ngn Organic aid kulit tak rasa macam kering pon lepas kelas 6 jam straight. 6 jam dalam aircond and kulit lembab memang terbaik. Bleh bantu hilang parut ni the best part sebab dia nye kandungan vitamin e tinggi. Parut kat muka tetiba cepat hilang macam magik. Selain itu, cewah ayat nak BM SPM aje kan, makeup cantik kat muka sebab kulit jadi smooth n sekata je masa pakai makeup. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit berminyak gile. Iera guna masa kulit iera over berminyak n dapat kawal minyak gak...plus point betol.

Remarks : 4.5/5 bintang

Nano white moisturizer, ok ni pon Iera try gak. Time beli terpengaruh ngan muka Diana Danielle yang nampak macam lawa sangat2. Tapi bila beli and guna perasaan lawa macam mix blood x datang pon. sedih betol . 



Texture adalah gel. Melembabkan secara total muka time pakai. Tapi kalau nak pakai before make-up memang kena tunggu masuk dalam kulit betul2 or foundation jd melekit lekit lekit. Takdelah bleh putihkan kulit ke hilangkan parut pon idak, just moist kan kulit. Tapi takdelah moist gegila kalo duk dalam aircond mesti rase mcm kering pas 5 jam gitu. Tapi x berminyak. So sesuai untuk orang kulit berminyak, as we know, gel texture mmg untuk org kulit berminyak. Jangan letak banyak or sapu tebal tebal..not recommend gel lambat nak serap dalam kulit yang ada lekit lekit kat atas kulit macam apa ntah. Konklusi mmg Iera x kan beli dah sbb x berbaloi dengan harga.Function just normal je.

Remarks: 3/5 bintang.

Ok kita bergerak kepada yang makin mahal sket.

Neesya Cosmetic. Pernah dengar or idak…Product Malaysia hokeehh…and it is awesome... Ni website dia sila tekan …just aq yang miskin ni x dapat nak afford banyak2…huhuhuhu
Time jenjalan kat Mines masa nak g tengok muvee, Nampak booth Neesya ni bukak. So as a makeup/skincare freak kompem la aq g tgk..godek2 tanye2 aku pon beli la dia nye moisturizer sbb time tu kulit aku emo sket..gedik nak kering sampai gelupas bagai. Begitulah flashback saya.

Actually Iera dapat mini sample yang ada 3 barang dalam dia. Overnight Radiance Kit kalo x salah. Sample ni dapat kalo isi nama kat boring. Iera ada beli day cream dia…harga dalam RM 60++ rasenya. Banyak isi botol dia, dalam 30ml kalo x silap.

Pengalaman pakai day cream dia with spf 20 is awesome…Kulit bukan takat moist tapi lembut je…Nak makeup pon makin senang. Texture dia ala2 gel-cream macam tu. Senang serap dalam kulit and kesan hydration dia mmg tahan. Iera x bape suka dia nyer botol, actually botol with pump cantik, tapi Iera so gadis desa, like dalam jar senang nak colek sesuka hati even tak bersih. Ok tu personal favorite la kan. Tapinye, disebabkan agak miskin pas abes guna Iera x beli dah…dapat tahan dekat 2 bulan gak sebotol tu, kalo korang jenis pakai moisturizer mega macam Iera la.

Dalam mini sample tu, yang paling Iera suka Illuminating Essence..Feel macam pakai SKII but better. Iera penah guna SKII yg mama, tp mcm takde effect. Pakai Illuminating Essence Neesya, mmg feel kulit bersih and glow, parut n discoloration cepat pudar…huhuhuhu nyesal x beli hari tu.

Remarks: 4.7/5 bintang (Probability akan beli one set next sem adalah tinggi sbb best guna set Neesya ni)

Olay Aquaction yang baru.


Texture mmg gel, x de bau yang pelik. Verdict untuk ni, Iera x bape suka..Maybe sbb Iera x fancy sangat moisturizer species gel agaknye. Iera dapat sample size 3 paket mase beli majalah apa x igt. Tapi Iera x bape suka sbb iera nak abiskan satu pon x de feel. Even dia gel, tapi daya serap lagi better dari Nano white. Makeup cantik jugak, just nak duk dalam aircond lama x bape recommend. Kalau kulit jenis kering flaky maybe kena pakai cream moisturizer lain pas letak dia, sbb effect not flattering to me

Remarks: 3.3/5 bintang

Simple moisturizer-Kind To Skin Hydrating Light Moisturiser. 

Beli kat Guardian dengan harga RM10.00 pas diskaun, biasa dalam RM 18 agaknya..Tapi botol dia besar, 100 ml kalo x salah. Berbaloi baloi. Sebagaimana yang anda tahu, Iera mmg suka Simple skincare sbb soft untuk kulit. Moisturizer ni mcm organic aid tapi version light. Senang serap dalam kulit, melembabkan kulit sedalam mungkin sbb kulit feel bouncy je. Paling bagus, prepare kulit jadi cantik untuk makeup and x cair time tengah panas. Makanya, makeup tahan dan lawa…kekekekeke… Tapi, ni mmg moist je tau, tak de spf, whitening/brightening, hilangkan parut bagai tum mg x de. Untuk basic moisturizer yang lembaban kulit gegila. Sesuai untuk kulit sensitf. Paraben free. Hypoallergenic and ada 3 types vitamin dalam ni.

Remarks: 4/5 bintang  

Panjang bebenor cite pasal pelembab muka ni.. Iera ada satu moisturizer yang kompem ada sentiasa sebagai back up kalo kalo krim lain abes or muka wat perangai. 

Pelembab Muka Safi bersama Aloe Vera…Tak tahu la bape percent Aloe vera dia letak.Tapi Iera mmg suka abes pelembab ni…wangi gile…lembabkan muka mmg bagus, pori feel kecik and feel masa pakai sejuk je. Nak lapis tebal tebal pon boleh…Ni memang Iera recommend kat adik Iera yang baru nak besar biar dia tau basic jaga kulit. Iera guna time kulit Iera problem dulu. Pastu constantly beli sebab kalo buat base make up, mmg uummmmppppphhhh…Kulit macam patung Barbie weeeeeiiiii…Padahal harga sebekas gabak tu baru RM 7 ++ rasenye…

Remarks:3.8/5 bintang

Ok, ni last, sumpah last…penat menaip takut ilang idea. Skunk ni iera guna Olay total effect with spf 15. 

Harga dalam +- RM30. Yang ni mmg iera suka. Menyerap dalam kulit cepat. Texture cream. Bau wangi macam typical Olay. Pasal hilang parut and lifting effect maybe ada sbb feel kulit anjal sket dua tiga hari ni. Plembab ni mmg x berminyak langsung..Sesuai untuk base makeup and buat makeup tahan. Duk dalam aircond pon takpe. Kulit x rase malnourish. Aiii like so much la. Except kalo kulit flaky Iera kena tap tap tap (tepuk tepuk) dari sapu sebab nanti kulit flaky Nampak. Overall so nice and I like it like it like it.

Remarks: 4.6/5

Tamat sudah. Pelembab ni penting and ramai tak ahu important pilih pelembab yang baik akan merubah kulit secara total sbb Iera sendiri dulu main letak je pelembab. Bila rajin experiment baru la nampak beza and effect dia. Moga moga review ni dapat bantu pilih time nak beli and ingat, mahal x mesti bagus.


*all picture credit to Google...just Google it

Bubye ;)