Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Thursday, April 26, 2012

The Cabin In The Woods, Prawn Mee n Domino's


Semalam, 24/04/12, Selasa, saya ketiadaan kelas untuk satu hari. Keseronokan melampau tu membuat aku dan sahabat keluar bergumbira. Walau hari sebelumnya kitowang dah bergembira di Putrajaya untuk membeli souvenir untuk Amm n Ploy. Ni sume sebab Fikri Yasin janji nak barter baju I luv bagkok ngn I luv mlys. Aku beli keychain je bagi kat diowang. Sebab utama keychain adalah trendy, kiut, versatile, murah, dan senang dibawa. Nyata harga memainkan peranan.

Sebab kitowang berempat, wawa, fikri, ameen n me, ke putrajaya, kami turut ber-discuss macam mane nak isi masa lapang pada esoknya. Kitowang pown setuju nak tengok muvee The Cabin In The Woods.
Hari kejadian, kitowang gerak pukul 1. mula mula nak g KLCC. Pastu tukar nak g Wangsa Walk. Last minit, tukar KLCC semula...pepelik bebudak ni...tapi, sebab bukan aku drive, aku tak kesah. Around 1.45 kitowang sampai KLCC. Terus cari makan sebab semua tahap lapar gile. Tengah pening2 nak makan apa, ameen cadan makan kat Little Penang Kafe sebab prawn mee dia sedap. Kitowang sume order prawn mee. Tapi, sebab peak hour makanan sampai lambat sket.
inilah tempatnya...pic from google.

Memang kitowang lapar giler, elok je mee udang tu sampai, semua terus makan. Lepas aku punya mee tinggal separuh baru aku perasan tak de pown kitowang borak2. Sengal gila. Masa mee separuh abes, baru la air samapi. Tapi kami semua ada misi lagi penting dari nak layan air. Jujurnya, prawn mee dia sedap. Harga standard sebenarnya untuk kedai ala2 kopitiam branded ni. Prawn me 10 hengget semangkuk n memang ada udang besar 2 ekor dalam tu. Garnish prawn mee dia best, bukan fishcake cikai2, ayam banyak2, ngan udang, tauge n sayur lain aku x perasaan sebab aku makna laju sangat. Aku bagi 4 dari 5 bintang untuk mee n harga. Air kat sini pown standard je regenye. X mahal macam old town pown.

 Habis makan, muvee la kan. Memula start muvee ni, aq ingat dia cite bodo2 yang mengarut. Sebab dia nyer start macam takde motip gile. Ngan pompuan seksinye, saintis yang duk main kete, mamat yang duk isap dadah...aku dah feel macam sedeyh. Tapi lepas setengah jam cite, baru la masuk motip utama cite ni. Bila zombie2 keluar nak bunuh budak2 tu. Cite ni x cliché langsung macam cite bunuh2 lain. Siyes aq x jangka ending dia. Scene bunuh dia pown best, tak la sesakit Saw tapi tetap hebat. Part paling aku suka time hantu ngan killers dilepaskan ramai2 dalam bangunan tu. Ending pown style je. Memang aku xcted gile masa dalam panggung tu. Aku n the gang bagi 5 bintang utk movie ni. Nak cite lebih2 nanti spoiler la plak.
plizz tengok cite ni...keseronokan berganda weh

Kami tak balik terus, sebab muvee abes dalam pukul 5. Feel macam awal je lagi kalo nak balik. So, kitowang buat benda paling lucu, g pusing2 KL tengok rumah. Semua area tumah besar gabak kitowang masuk. Pastu g lepak kat umah Ameen yang lama. Lawa rumahnya, English modern nyer stail. Kitowang rest sbb nak solat maghrib n x nak jam. Dah malam, kompem la lapar balik. Mulanya, fikri nak bawa makan kat kedai Chinese food kat sg.buloh. tapi, semua x nak makan mee 2 kali sehari, kitowang decide g domino’s. after mentekedarah 2 pizza, 4 people. Baru la kitowang reti nak balik.
Pukul 10 something la kitowang sampai kolej. Badan penat sebab jalan banyak sangat kot. Tapi movie, makanan, rumah semua aku puas hati. Memang berbaloi tak de kelas.......

p/s: kitowang nak g Chilies plak nanti. Sebab burger dia besar...

Saturday, January 21, 2012

saya tahu saya salah.....stupid me!!!!

assalamualaikum and apa khabar.....

sekian lama, blog hensem ni bersawang sawang sebab duk kat net....ok, lame joke here...sorry....

memang semenjak dua menjak ni x sempat menyempat nak update blog....

dua minggu lepas bizi ngan final....skunk bila dah smapai umah bizi ngan?????.... tah ape ape......malas perkataan yang lebih baik....terasa perlu buat kerje lain seperti download movie 24 jam tanpa henti.....sekali la download cite ombak rindu yang semua duk gembar gembur terbaik dari ladang tu...nak tengok kat panggung ari tu tapi masa orang tengah final la dia nak kuar nyer...tak leh nak gi tengok cite dari novel yang best tu...balik rumah dengan kelajuan manusia biasa la download cite tu....baru je tengok tadi....yeaaaahhhhhhh.........tak de bintang pown nak bagi kat movie tu.....tak best langsung....aku jenis tak reti nak tipu cakap cite tak best adalah best....cite tu serius lame gile....lame=lembab....

ombak sangat
maaf abang aaron aziz yang kacak lagi bergaya, hensem muka abang aaron aziz tapi cite ni tetap tak le blah.....tak faham kenapa lain gile2 dari novel....yeah, tak kesah lah pengarah nak plah cite macam mana pown....tapi sampai hilang originaliti cite ni.....banyak sangat yang tak puas hati...apasal izzah duk kat rumah macam chalet tu...dia duk kat apartment bayu damai la....izzah free hair ok....lepas dia g study kat johor tu dia jadi bergaya and independence bukan nye lurus bendul macam tu gak....

haris...tak cukup penekanan watak dia macam mana...nampak macam laki gila s*&s je...sebab aku cakap macam nie, setiap kali dia tengok izzah asyik nak tarik je....mana ada macam tu dalam novel.....ahhh, one more, nape x de babak haris jumpa wafi kat johor...lagi babak mila ngan haris gaduh dalam bilik masa first night tak de pown....babak yang haris rindu kat izzah sampai mistake ngan mila pown tak de....

banyak babak sweettt x de....sedeyh....sedeyh....lagi satu....pasal lari lari kat batu tepi pantai tu....memang pantai tu lawa...tapi tak yah nak bajet twilight sangat la....duk gaduh baek kat tempat batu besar macam tu...
overall...tak puas hati langsung..well, tak letak harapan tinggi pown nak tengok cite nie...

tersasar dah....sebenarnya entry nak minta maaf kat blog kacak bergaya ni sebab tak update blog....lepas nie akan upda te dah...sebab bosan kat umah....bleh la cite balik apa dah jadi sepanjang study week nie....hohohohohoho

Sunday, July 10, 2011

sekali lagi

hello everyone and apa khabar...

sebab baru je mengisi masa lapang dengan menonton wayang dua hari lepas terasa nak tulis tentang cerita ini...

jadi sinopsis sila la google ye.....penat nak tulis sebab disini lebih kepada review...
poster gambar sekali lagi lisa surihani shaheizy sam mia sara
shaheizy sam...........~..~
walau pun panggung kosong masa pergi tengok hari tu (besela cite melayu macam nie memang tak dapat sambutan) aku tak kesah....jujur cakap nak tengok sebab shaheizy sam sebenarnya (minat punyer pasal)....tapi ada bagusnya pergi tengok cite nie...kita boleh tengok sisi lain shaheizy sam dan lisa surihani....selalunya pegang watak yang bagi aku senang nak terjemah macam shahezei sam watak dia pegang selama nie tak se-psiko-ni...watak beliau dalam cite nie bermain dengan pemikiran sebenarnya...lisa pula boleh dikatakan berjaya bawak watak ibu tunggal di usia muda...

masa first cite start, dia ada tulis 'sebuah cerita komedi romantik'...hakikat bagi aku ia bukannya komedi tapi sad love story sebab dalam panggung tu mencari tissue gak la...memang perasaan yang muvee nie nak sampaikan berkesan sebab pelakon berjaya bawa watak...p/s: aku amat susah nak sedih or tersentuh masa tengok muvee except muvee tu betul betul sedih.....

tapi ada gak kekurangan dalam muvee nie...jalan cite dia agak berterabur???? takut silap guna ayat disini (minta maaf kepada semua pihak)....jalan cerita bagi aku tidak diolah sebaiknya...sepatutnya boleh lebih kemas lagi dan lebih menyentuh lagi jika lebih menekan kan konflik yang shaheizy hadapi disebabkan penyakitnya....perasaan lisa juga boleh ditonjolkan lagi....rasanya konflik perebutan harta tu sepatutnya ditiadakan...kita nak penonton fokus pada satu tema iaitu cinta yang suci...

overall,berpuas hati la jugak...tapi agak sedih sebab promosi macam kurang sedangkan pelakon best yang berlakon...

kalau perlu meng-grade-kan filem ini, 3.4/5.....that points i can give...only point...lagi satu, pandangan nie ikhlas ye anak-anak....rasa nak tulis sebab dah tengok....

p/s: orang lain sibuk pasal BERSIH (Benda yg nak hancurkan Melayu) tapi aku tak nak komen atau bagi pandangan,ramai sangat yang pandai cakap tapi tak reti fikir sekarang nie...