Sunday, July 10, 2011

sekali lagi

hello everyone and apa khabar...

sebab baru je mengisi masa lapang dengan menonton wayang dua hari lepas terasa nak tulis tentang cerita ini...

jadi sinopsis sila la google ye.....penat nak tulis sebab disini lebih kepada review...
poster gambar sekali lagi lisa surihani shaheizy sam mia sara
shaheizy sam...........~..~
walau pun panggung kosong masa pergi tengok hari tu (besela cite melayu macam nie memang tak dapat sambutan) aku tak kesah....jujur cakap nak tengok sebab shaheizy sam sebenarnya (minat punyer pasal)....tapi ada bagusnya pergi tengok cite nie...kita boleh tengok sisi lain shaheizy sam dan lisa surihani....selalunya pegang watak yang bagi aku senang nak terjemah macam shahezei sam watak dia pegang selama nie tak se-psiko-ni...watak beliau dalam cite nie bermain dengan pemikiran sebenarnya...lisa pula boleh dikatakan berjaya bawak watak ibu tunggal di usia muda...

masa first cite start, dia ada tulis 'sebuah cerita komedi romantik'...hakikat bagi aku ia bukannya komedi tapi sad love story sebab dalam panggung tu mencari tissue gak la...memang perasaan yang muvee nie nak sampaikan berkesan sebab pelakon berjaya bawa watak...p/s: aku amat susah nak sedih or tersentuh masa tengok muvee except muvee tu betul betul sedih.....

tapi ada gak kekurangan dalam muvee nie...jalan cite dia agak berterabur???? takut silap guna ayat disini (minta maaf kepada semua pihak)....jalan cerita bagi aku tidak diolah sebaiknya...sepatutnya boleh lebih kemas lagi dan lebih menyentuh lagi jika lebih menekan kan konflik yang shaheizy hadapi disebabkan penyakitnya....perasaan lisa juga boleh ditonjolkan lagi....rasanya konflik perebutan harta tu sepatutnya ditiadakan...kita nak penonton fokus pada satu tema iaitu cinta yang suci...

overall,berpuas hati la jugak...tapi agak sedih sebab promosi macam kurang sedangkan pelakon best yang berlakon...

kalau perlu meng-grade-kan filem ini, 3.4/5.....that points i can give...only point...lagi satu, pandangan nie ikhlas ye anak-anak....rasa nak tulis sebab dah tengok....

p/s: orang lain sibuk pasal BERSIH (Benda yg nak hancurkan Melayu) tapi aku tak nak komen atau bagi pandangan,ramai sangat yang pandai cakap tapi tak reti fikir sekarang nie...

No comments: