Monday, October 31, 2011

semut-persamaan dengan manusia

hello everyone and apa khabar.....

cerita ini adalah rekaan saya (berdasarkan pengalaman hidup) semata mata.....sila credit to my blog jika mahu copy (ada ke yg nak copy???) cerita ini....

di sebuah pangkal pohon rambutan, terdapat sebuah sarang semut yang besar...didalam sarang semut tersebut tinggalnya semut-semut dari yang kecil hingga yang besar...semua semut mempunyai tugasan masing masing...ada yang perlu menjaga sarang, memerhatikan telur telur, dan mencari makanan. semua semut amat rajin bekerja dan menjalankan tugas masing masing dengan patuh....


dalam kumpulan mencari makanan, terdapat seekor semut bernama Johny...Johny amat malas..satu perkara yang Johny tahu adalah mengarahkan kawan kawannya mencari makanan...bila Mika mengajak Johny untuk mencari makanan bersama mereka untuk simpanan dengan selambanya Johny menjawab "apa guna kamu semua mencari makanan kalau aku tidak memakannya????". lalu Mika berkata "tapi tugas kita mencari makanan, jika kamu tak melakukan kerja ini, kita akan susah". "apa yang susahnya!!!!.tak mungkin akan ada apa apa yang teruk berlaku walau aku dudk dan mengerahkan kamu" Johny tetap berkeras....Mika dan rakan mereka yang lain melakukan aktiviti seperti biasa dan tidak mahu mempedulikan Johny...Johny cuma akan membantu mereka menyusun makanan ke dalam stor simpanan selepas mereka selesai mencari makanan....dia langsung tak mengendahkan rakan rakannnya yang bersusah payah mencari dan membawa makanan....kerana Johny amat pandai bermuka muka,permaisuri dan para pembesar semut tidak tahu akan perangai sebenarnya.....Ratu Millian selalu memuji kumpulan Johny kerana selalu menyiapkan kerja dengan baik...setiap kali mendapat pujian,Johny lah orang pertama yang melangkah untuk mengambil 'bintang sesungut' yang dianugerahkan.....


dengan adanya 'bintang sesungut', orang ramai semakin memandang tinggi kepada Johny....namun, perangai Johny semakin menjadi jadi....dai semakin malas dan cuma menunggu di stor untuk menyusun makanan yang dikutip.....perkara ini berterusan untuk beberapa ketika...


pada satu hari, ketika kumpulan Johny tiada tugasan luar, Ratu Millian membenarkan mereka untuk bercuti selama seminggu dan boleh melancong ke kawasan lain...betapa gembiranya mereka ketika itu....mereka membuat keputusan untuk melawat rumah diseberang sawah yang sering mereka lihat....


maka, setelah membuat persiapan, Johny,Mika,Adelia,Frech, dan Taeil memulakan perjalanan mereka...oleh kerana mereka adalah kumpulan pencari makanan yang terhandal, Ratu Millian tidak membenarkan mereka untuk membawa bekalan...mereka perlu mencari makanan mereka sendiri...lalu,mereka memulakan perjalanan mereka....
Mika mengangkt makanan untuk dirinya
setelah hampir setengah hari berjalan, mereka mula terasa lapar...Mika dan Adelia mencadangkan mereka semua mencari makanan dahulu sebelum meneruskan perjalanan...oleh kerana semua benar benar lapar, mereka mencari makanan sepantas semut....Johny seperti biasa masih menunggu rakan rakannya mencari makanan...selepas seketika ....

"Mana makanan aku!!!!!!????" Johny menjerit...
Johny yang marah akan rakannya
Mika dan yang lain memandangnya pelik "kenapa kamu tak cari???kan kita perlu mencari makanan kita sendiri" Taeil bertanya..."tapi aku dah biasa menunggu kamu yang mencari" Johny menegaskan..."kalau begitu, kamu tak perlulah makan.kami cuma mencari makanan untuk kami sahaja kali ini" Frech mula berasa fed-up dengan perangai Johny...Johny senyap.....mereka meneruskan perjalanan selepas makan....

"aduh laparnya...." perut Johny ber-kriang kriut minta diisi...tapi, setiap kali mereka berhenti untuk makan, dia tidak mencari makanan...Johny tidak tahu dari mana dia harus mulakan pencariannya...rakan rakanya pula langsung tidak mahu memberinya makanan...





Johny mula bengang dengan rakan rakannya kerana tidak mahu memberinya makanan...dia mula menguggut untuk melaporkan yang mereka membuli nya dengan mengambil makanan yang dia cari..."hei!!!,setiap kali kita keluar bekerja, kamu berehat...sekarang kamu nak mengarah kami lagi" Mika mula mahu bergaduh.."Mika, biarkan si bodoh sombong tu...kalau tak reti, minta la tolong orang tunjukkan,ini nak menyombong pula...lepas tu, berlagak sombong pula" Adelia menambah....Johny tercengang..tak disangka rakan rakannya yang senyap selama ini begitu marah dan bencikan nya..."aku cuma tak mencari makanan, tapi kamu marahkan aku seperti aku membunuh keluarga mu.." Johny cuba mencari simpati..."tugas kita mencari makanan, kamu tak pernah lakukan tugas mu....bila jadi begini, tiada siapa mahu menolong...perangai mu yang gila kuasa namun tak tahu membuat kerja kini memakan dirimu semula" Frech berkata.....Johny masih merasakan dia adalah benar....rakan rakannya mula bergerak dan meninggalkan Johny yang masih mahu mendesak mereka mencari makanan...


selepas beberapa hari terpisah dengan Johny, rakan rakannya sudah mahu pulang dari bercuti....dalam perjalanan pulang mereka terlihat seekor semut yang sedang diserang oleh seekor belalang...sedang mereka laju mahu membantu,semut tersebut terhempas ketanah...baru la mereka sedar, semut itu adalah Johny...mereka mula berfikir mahu membantu atau tidak....tidak sempat mereka berfikir, belalang tersebut telah menelan Johny...yang tinggal hanyalah 'bintang sesungut' yang terjatuh...


walau mereka sedih dengan kehilangan Johny namun mereka tidak merasa kekurangan malah merasa lega kerana hilangnya bebanan dan tekanan yang selalu diberikan oleh Johny....sejak hari itu, tiada siapa mengingati Johny lagi kerana Johny cuma tahu mengarahkan semua warga semut kerana mempunyai "bintang sesungut'....

p/s: mahu ke kita mati dan tidak diingati...mati kita dirai kerana kita seorang yang dibenci....

Friday, October 28, 2011

cuti amat seronak la!!!

hello everyone and apa khabar....

hohohohohohohohohohohohoho

23-27/1/11 aku cuti mid term.....secara laju laju balik umah...secara laju laju dari kuantan ke kelantan.... basically, cuti nie aku habiskan di kelantan....seronok tak ingat weh...makan makan makan makan makan je kejenya....

paling best satu hapa keje pown aku tak buat...esemen kemain banyak aku malas nak kesah....test naik cuti kemain susah aku buat buat senang.....

balik UPM hari khamis malam.....esoknya,pagi pagi lagi dah bersiap laju laju.....kuar g Mines kesayangan anak anak......sebenarnya g karok.....punyala senonoh perangai aku...keje tak siap,bz g pusing pusing plak...

so skunk aku tak tahu kena wat apa dulu sebab banyak sangat kena buat nie.....

jadi lah perasaan aku macam nie........STRESSSSSSSSS

p/s: buat la keje ngan teratur
p/s lagi:malam nie nak kena siapkan aqua beramai ramai kat cafe......

Friday, October 21, 2011

test paling best!!!!

assalamualaikum and apa khabar....

dan hari nie aku ada test.....satu je testnye,management.....sket je masuk...tiga bab je pown....

jadi emmbaca dengan kadar hebat semalam...mengaharap ilmu masuk dengan hebat kedalam otak...tapi sayang ye anak anak, malas lebih menguasai diri...jadi baca 2 3  5 3  2 kali terus tido malam tadi...bangun pagi baca lagi....

pukul 10 pagi test pown bermula....dapat kertas soklan,terus tersembur bijik mata....10 soklan je.....10 soklan esei, satu satu 10 markah!!!!!!!!!!!!!!!!!!! WTH......

setiap soklan semua kena explain and discuss.....apa ko ingat 2 jam tu sempat nak jawab seploh soklan esei tu ke...dah la soklan KBKK....tak de la aku kesah sangat tapi kena explain sesatu tu panjang dan konklusi utama adalah masa....tak cukup wei.....

aku sempat jawab semua tapi.....yang soklan belakang belakang ringkas je la jawapan nya...mengharap dapat banyak markah....

kitowang macam nie la tadi...

sampai naik beku tangan dibuatnya....kelas sejuk sejuk sejuk sejuk yang amat......tangan plak dah cram sebab banyak sangat nak tulis....aisssshhhhhhhh.........yang menjaga pown strict yang amat...terus ditarik kertas jawapan tanpa belas kasihan pada kami yang nak susun kertas tu....bukan jawab pown, susun je kowt....huhuhuhuhuhuhuhu

agak2 bleh tak jawab macam nie????

ohhhh....incek incek lecturer di dunia tolong la buat soklan sesuai dengan masa yang diberi....kalo dah peruntuk satu soklan 10-12 markah, takkan la kami nak jawab 1 2 ayat...kompem la 1 2 page sebab markahnya banyak....owh.....owh...owh....lagi satu tolong la jangan bagi soklan yang agak agak budak pompuan memang susah jawab tapi budak laki senang jawab....kenapa la bola nyer soklan specific bebenor...kami mana main bola sepak...bola jaring,batu seremban kenal la jugak....

p/s: nak dekan macam mana nie?????

Thursday, October 20, 2011

dan belajar kerana test

hello everyone and apa khabar....

semua tahu yang hidup student asik berputar di takuk lama...

berputar putar
mengalami situasi ni pada isnin lepas....

dan rutin akan berubah kala exam menjelma......assignment menimbun....latuhan membukit....jika ketiga tiga ditambah...maka semua student akan berada dalam dua tahap je
  1. menjadi gila secara otomatik
  2. membiarkan semuanya berlalu bagai angin
aku mungkin berada dalam dua dua tahap secara bergilir gilir.....

Wednesday, October 19, 2011

lawatan sambil belajar ikan

hello everyone and apa khabar.....

hari nie kami sekeluarga se-kos pergi ke Puchong...tengok kolam ikan disana...

bertolak konon nya pukul 2..tapi bas tak sampai....tunggu bas...hujan turun mencurah curah ke perut UPM...kitowang pown duk la tunggu tunggu kat cafe dlu....lepas tu, bas pown sampai.....masa menunjukkan jam  2.15 petang...tapi sebab ada yang tak samapai lagi kitowang pown tunggu la diowang..pukul 2.30 baru bleh grak....

ingatkan dekat, tapi sejam gak amik masa nak sampai kat tempat tu...masa kitowang sampai dah pukul 3 lebih...hujan pown tak berenti lagi....

turun je, lecturer,En Rozihan dah tunggu kat sana....dia pown naik risau sebab kitowang lambat sangat..

start la agenda kat sana...masuk lab dulu untuk dengar explanation.....

start ngan tengok ikan yang di awet, induk yang besar dalam kolam besar, ikan yang normal, anak yang kecik kecik....lintah, piskiponik, udang tambahan yang ada....sayangnya,tak leh nak tengok segala benda sebab hujan...kalo tak bleh g tengok kolam tanah...

ada kolam yang ada anak ikan tilapia..kecik sangat...kitowang duk main cecelup jari bagi ikan sentuh...excited kemain dapat main macam tu...aku plak saje g test cecelup kat tangki yang ikan dia besar sket.....sekali mulut ikan tu muat muat jari aku...kan terjerit kat situ...jari kena gigit ikan...eleh tak sakit pown...tapi terkejut la...

tetiba sume pakat nak tangkap anak anak ikan tu....sebab en.Rozihan cakap tangkap la kalo dapat....sume duk pakat menyauk dalam tangki....last last takde pown yang dapat tangkap....yang dapat bau ikan satu badan...hikhikhikhikhikhikhikhikhikhikhikhik...macam balik pasar pown ada....

masuk lab before balik sebab EN.R bagi test ringkas buat ikut group....sesaat je siapnyer...

maka habislah lawatan sambil belajar....dalam pukul 4 hampir pukul 5 kitowang balik....yang lucunye...pegi amik masa sejam,tapi balik,15 minit je dah sampai UPM....nampak sangat tak tahu jalan masa pegi tu....hohohohoho....

serba sedikit pic masa kat sana....pic lain nanti upload sebab banyak...nak bajet wat entry ber-rantai la nie..(padahal takde orang berminat pown kan kan kan kan kan)

aku skema pakai baju UPM...bawah tu kolam induk
ikan keli versi induk

along n andy...

credit to Naz..thanks for picture...

pic lain entry seterusnya...

p/s:penat pown tak hilang lagi nie

Sunday, October 16, 2011

ini bukan ayat suci al-quran

assalamualaikum and apa khabar...

terasa memberi salam itu lebih indah dari "hello everyone"...mungkin perlu berubah

terjumpa pic nie di fb

ini bukan ayat quran....mana ada surah tu dalam quran

terasa penting untuk post sebab benda macam nie mempermainkan agama aku....aku akui, aku bukan baik sangat, tapi benda macam nie tak leh di buat main....

bersama pic ni ada pesanan

"PERHATIAN!! ini bukan ayat al-Quran...

PENTING ...tolong sebarkan. Moga Allah SWT akan membalas jasa baik anda.
Yang pasti............ ini bukan ayat al-Quran

Semoga kita semua berhati-hati jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita.

Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh orang-orang KAFIR.

Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (Terus reject).

Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada blog melalui e-mail. Jika ada blog, copy dan paste ke blog anda. Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah.

Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiklah isinya juga. Tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah.

Sekali pandang macam ayat dan kalimah Al-Quran. Sebenarnya ayat dari kitab Bible."

jadi, dunia sekarang penuh dugaan...kena tahu bezakan mana benar mana salah....

moga mogsa benda sebegini dapat dihentikan....

Saturday, October 15, 2011

makan free weh!!!!

hello everyone and apa khabar....

semalam hari jumaat....kelas ekonomi batal...jadi bleh bangun lewat...amat happpy...pkul 9.45 a.m keluar bilik g kelas nitty plak (management)...sampai kat agrobio,kitowang dengan kelajuan cahaya beli nasi lemak makan...lapar nyer pasal....makan laju laju laju laju bagai nak tercekik, berlari masuk kelas plak..tipu je,padahal tak lari pown,jalan laju laju je....

nasib baik dr.nitty tak masuk lagi, duduk borak borak,dr masuk...kelas start macam bese...baru setengah jam kelas start, ada sorang staff masuk...dia jemput satu kelas pergi majlis anugerah pelajar cemerlang...sebab dewan kosong, dekan turun, so, tak proper la kalau tak de audience...nak tak nak, kitowang pegi la dengar..apa  yang jadi aku tak tahu sebab aku dengar lagu kuat kuat...


paling best yang buat kitowang sejuk hati, dapat makan free lepas tu...hohohoho...nasi tomato, ayam masak merah daging kurma, dalca sayur, papadom tambah plak air sirap...perghhhh.....memang mantopp...sayang nyer, aku kan tak suka nasi jenis nie, nasi tomato, briyani or apa apa la,aq kureenngg...so nasi amik sket je la..tapi lauk terbaik la..sedap....nyesal tak bawak tupperware..kalo tak bleh tapau...

budak yohoho yang lain tak yang cakap la, kena plak geng laki kan...amik bagai tak ingat dunia....tapi,sapa kesah, makan free kan kan kan......budak U memang pantang makan free nie...nak beli mahal...

balik bilik sume belingkar atas katil la...perut kenyanng, kelas tak de dah...terbaik laaaa....

ini la majlisnye....

pelajar terbaik sains pertanian tgh berucap

ida,izat,rosni...tekunnyer anda!!!

pemandangan dalam buku

sila lah baca kalo rajin
that all pasal makan percuma...mungkin kalo ada makan free lagi, aku akan ingat untuk amik gambar makanan...

Wednesday, October 12, 2011

~it's kind of a funny story~ movie review

hello everyone and apa khabar....

semalam ada duk gebang nak review movie yang baru ditengok....yeahhhhh......tajuk cite seperti diatas and cite nie bukan baru giler....tahun lepas release kat cinema luar negara...malaysia mungkin tak.

tu dia nyer tagline...nie watak2 utama tengah peluk2
cite nie bagi aku wajib tengok untuk semua orang yang berada dalam tempoh membesar dan me-matang (ayat pelik sket)....siyes nye mesej yang cite nie bagi cukup jelas dan senang nak faham..

ok,start cite nie bila watak utama, Craig,16 tahun berperasaan nak bunuh diri dengan terjun jambatan...tapi dia tak pegi pown...sebab risau dengan perasaan nak bunuh diri tu, dia pergi kat ER....siap isi borang lagi sebab nak bunuh diri...so, jumap la doktor...doktor first cakap dia tak apa apa sebab memang tak de apa apa prob la budak nie...hidup si Craig ni pown normal je...famili baik, kawan2 best, sekolah bagus cuma dia tertekan yang amat....dia merayu kat doktor supaya bagi rawatan gak kat dia...doktor pown sarankan dia jalani terapi kat wad psychiatric selama seminggu...

dari sini la jalan cerita start develop dengan best nya....Craig jumpa macam macam orang dengan pelbagai masalah yang memaksa diorang masuk wad nie...Bobby salah sorang yang ada kat wad dan jadi kawan baik Craig...Noeel sebaya dengan Craig, masuk wad nie sebab cubaan bunuh diri...Craig ni jenis yang takut and tak pandai luah emosi dan perasaan sendiri...hari first, doktor tanya macam mana dia tak dapat nak explain apa2...lama kelamaan dia makin tahu macam mana nak explain masalah dan feel tak puas hati dia kat doktor tu....

famili Craig nie normal je...ayah keje dalam bidang ekonomi,mak berkerjaya,adik yang over genius...senang cite Craig tension sebab harapan menggunung ayah ngan mak dia letakkan kat bahu dia....dia masuk sekolah yang hebat gila nak mati..sekolah yang ada kesemua pemegang rekod international..dia biasa2 je....ayah dia nak dia masuk bidang pilihan ayah dia...kawan baik dia, (lupa nama) plak kapel ngan minah yang dia syok dari memula dia start sekolah lagi....nak tambah tension, kawan dia ni perfect la, pandai, active dalam semua club kat sekolah, pandai bersosial dan ada awek yang cun (minah yang dia suka)...Craig tension dengan tekanan yang dia dapat dari semua pihak tanpa dia sedar....sebab sebab nie je yang buat dia nak bunuh diri sebenarnya...

dalam wad tu, Craig belajar terlalu banyak perkara yang buat dia bersyukur dan menghjargai masa dan peluang yang dia ada...Craig pown jumap hala tuju hidup masa kat dalam wad nie...dia tahu apa yang dia nak buat dan tak nak ikut telunjuk ayah dia...dia sedar yang hidup dia nie amat bertuah berbanding dengan hidup orang lain..dan dia masih muda untuk membetulkan kesalahan dia...

Craig seorang yang berfikir jauh dan berpandangan luas cuma dia takut dan tak diberi peluang untuk menunjukkan semua tu....last sekali, Craig kapel ngan Noeel...malas nak cite kat sini macam mana diowang kapel...  
Craig si watak utama

Bobby yang penting

Noeel yang lawa n comel
konklusi cite nie mudah je, masalah dalaman yang remaja hadapi....ibu bapa kena alert, remaja tengah nak up ni banyak susah yang diorang dapat...tekanan dari benda yang tak sepatutnya dan macam macam...kalau diorang tak reti kawal diri sebab tak de orang perasan perubahan kat diri diorang, senang diorang nak terjebak dengan segala jenis gejala pelik kat luar tu....

harapnya,kalau budak budak baru nak up tengok cite nie diorang dapat pengajaran dan self reflect dengan hidup diorang...sudah sudah la duk tengok cite tak ber-isi yang melumba sana sini, pukul sana sini...tunggu jugak bila la pengarah kat malaysia nak keluar cite yang inspire macam nie,tapi rasanya memang tak la kowt....

review nie panjang giler...aku pown ter-sentap

p/s: breath, life!!!

Tuesday, October 11, 2011

terasa nak review movie ituuu

heloo everyone and apa khabar....

tajuk amat jelas kan....
aku amat susah nak puas hati kalau tengok movie...tak kesahlah movie malay or omputih or hongkong dan sewaktu denganya...sebab aku ank cite tu best dan tak membuang masa aku kalo tengok...cite malay kebanyakan nya tak payah nak buang masa tengok la....maaf la,tapi semuanya aku tak puas hati kalo movie malay...omputih kena pandai pilih,nant over 18 sx plak...

baru baru nie ada tengok satu movie yang simple tapi amat best...paling penting memberi inspirasi kuuu~~~....

sebab esok ada test, so, tak nak update lagi la.....bajet nak stadi la kan kan kan.....

Monday, October 10, 2011

perkampungan teater ~PENTAS 2011~

hello everyone and apa khabar.....

sentap hati sendiri sebab dah lama tak update blog......

jumaat lepas, aku pergi kem teater...jumaat sampai ahad kowt....disebabkan kolej aku cemerlang giler, wakil sorang jer...kolej lain sampai enam orang kowt...naik segan aku dibuatnya....dah la kena tipu hidup hidup aku...katanya ada lagi wakil kolej aku...tapi haram....jadi, dengan susah payah aku sesuai kan diri denagan semua orang....sebab kebanyakan kolej hantar budak first year, sentap jugak la hati aku, sebab feel dipinggirkan jer....nasib baik semua sporting ngan baik baik, bleh la aku survive walau tak la rapat giler...

jumaat lebih kepada sesi ice breaking.....sebab malas nak cite panjang, kitaowang main main game, buat group dan sebagainya....sesi malam adalah berjalan...maksud berjalan kat sini sebenarnya latihan pengenalan kepada apa itu teater...kami disuruh berjalan, bayangkan dikejar,ditampar,mati,hidup dan segalanya...

sabtu amat penat....start pepagi lagi....banyak slot pagi sampai petang....full non-stop....siap cipta cheers group lagi...WAU,HEBAT...WAU,WAU,HEBAT,HEBAT.......ulang la sampai bebila...nama group aku "Paparita"....group lain plak "Delima Merah" "Labu Labuci" "Infinity" Vanilla Cheesecake", haaa,nama nak glam aje....tak leh kalah ngan orang tol nama group.....pkul 7-8 kitaowang kena prepare malam kebudayaan...tema group aku "datin rosmah man~sor,nasi lemak kopi o,halimah jongang"...persempahan dari 5 group memang mantop la....hebat gilersengal...sebenarnya,masa duk wat segala aktiviti,tak rasa letih pown...balik bilik je feel nak amti sebab badan sakit giler....pagi sampai petang tu,slot kitowang diisi dengan berlari,melompat,latihan tegakkan tulang belakang.....macam macam dibuatnya,mana tak sakit badan.....

ahad start pagi sampai tengahhari je.....sesi ngan alumni PENTAS sebenarnya....seronok sangat....diorang hebat sangat sangat...dalam masa kejap je diorang bleh lakonkan citer yang menarik dan menusuk kalbu...memang terbaik la diowang.....pastu lawan lawan cheers, sampai tangan aku lebam lebam....macam kena dera...tapi aku tak kesah sebab memang enjoy...dapat kenal ramai orang baru....dapat pengalaman....dapat involve ngan PENTAS....semangat weh...

walau aku agak tak puas hati, salah amat tak puas hati sebenarnya dengan orang yang tipu aku, tapi sabar je la....tengok la macam mana aku balas balik....bukan apa, tapi aku kena tipu hidup hidup kowt...sakit hati tuhan je tahu....

p/s: aku ni pendendam...

P/S: MAMPU KE????

Friday, October 7, 2011

DIY make_up remover gurlzz!!!!

hello everyone and apa khabar.....

terasa nak bebel pasal b-e-a-uty hari ni...

semua tahu make up remover amat penting kepada semua yang make up...even kita make sket je, tetap kena guna make up remover...

sekarang nak kita nak cite pasal make up remover dulu.....tahu x apa kandungan dalam make up remover????


ye,saya tahu bleh baca kat belakang botol...tapi sedar tak apa make-up remover akan buat pada kulit kita untuk jangka masa yang lama????? hakis kulit.....untuk satu jangka masa yang lama lama lama,baru kita perasann kulit kita akan rosak secara perlahan lahan lahan lahan sangat......lembapan semulajadi kulit bleh hilang secara total...even make up remover tu untuk sensitive skin, soft to skin, or natural ingredient tetap ada keburukan pada muka...setengah orang pakai baby oil, tapi baby oil pown harsh untuk kulit....

kalau ada yang perasan, sekarang ada jual make up remover guna 100% olive oil kan????

well, for me, it better to use natural thing to remove chemical thing.....semua orang tahu olive oil penuh kebaikan untuk kulit, especially Extra Virgin Olive Oil (EVOO)  as :

  • retain natural moisture level in skin
  • hilangkan parut
  • balance skin condition
satu lagi yang elok untuk kulit tapi ramai tak tahu adalah minyak gamat...kita orang malaysia amat familiar dengan minyak gamat...tapi guna masa luka je kan......tak ramai yang tahu minyak gamat elok untuk muka berjerawat...minyak gamat akan calm kan kulit...antara kebaikan minyak gamat:
  • give collagen to skin
  • hilangkan parut dan jerawat
  • soft and mild to skin
jadi, my own recipe untuk make up remover adalah campur kedua dua bahan nie...ada tiga jenis campuran untuk 3 jenis kulit....and saya dah try and experiance sendiri guna make up remover nie...maybe hasil varies depend kat person tapi selaluny natural thing memang kesan elok untuk semua orang....

normal skin
  • 1 botol minyak gamat
  • 1 botol EVOO

oily skin (acne prone skin)
  • 1 botol setengah minyak gamat (untuk cure jerawat)
  • setengah botol EVOO
dry skin
  • setengah botol minyak gamat
  • 1 setengah botol EVOO (untuk retain and gives skin more moisture level, yet repair skin condition)
p/s: botol guna botol minyak gamat....sukat EVOO guna botol minyak gamat ye...

campurkan kedua bahan dalam satu botol lain...goncangkan setiap kali nk guna....goncang light2 je....nak lagi senang, campur dalam botol yang ada pump (bleh beli kat SINMA,Watson dan sebagainya)

cara guna plak, tuang sket kat tapak tangan, then sapu terus kat muka...untuk mata guna kapas then tekap kejap pastu sapu (jangan bagi masuk mata,pedih nanti)....lepas gosok or urut muka sampai kita nampak semua make up keluar bleh la cuci muka macam biasa....seaiknya cuci muka dua kali untuk ensure tak de sisa make -up kat muka....baru la muka berseri dan bleh make-up banyak banyak lagi
minyak gamat for ace prone
EVOO untuk dry skin


dah hampir setahun saya guna cara nie and skin conditon memang improve banyak.....lagi penting save money, sebab make up remover mahal la jugak,kena plak untuk eye and lips.....dari membazir duit untuk benda yang bagi effect yang long term,ada baiknya save money and retain skin condition....

tak rugi pown try...kalo x nak buat ikut campuran pown tak pe, bleh guna minyak gamat or EVOO elone...depend skin condition la....

sampai sini dulu bicara b-e-a-uty kali ni...

Tuesday, October 4, 2011

Times Square kesayangan

hello everyone and apa khabar.....

tengok tajuk pown dah tahu kan.....ye hari nie keluar ke TS atas sebab yang cukup teruk....sebab yang teruk tu cerita kemudian......

keluar pukul 10 lebih...naik komuter --> lrt --> monorail ---> sampai la akhirnya pkul 11 lebih...dekat sejam gak perjalanan....

lapar sangat sebab tak makan apa apa dari pagi....cadang nak makan kat kfc je..tapi aku tak nak sebab dah bosan ngan kfc...masuk la kat food court...

food court canggih tak guna duit masa kat dalam food court....masa masuk kena bayar dulu kat kaunter berapa ringgit yang kita nak...pastu dapat kad...guna kat tu la...kalo tak cukup or terlebih bayar la masa nak kuar....makanan banyak giler kowt....sume jenis ada, malay,cina,india,thai,japan,korean western dan sebagainya...

kompem kompem la aku pilih makanan korea...dengan harga 10 ringgit aku rasa berbaloi baloi...aku order

Dak Gochujang Bulgogi...besau lagi aku kasi


beliau hidangan penuh

ayam banyak sangat

seaweed soup

ossam kimchi ngan kimchi bese

beliau sekali lagi
konklusi makanan nie memang terbaik la....sedap gile wei....rasa ayam dia cukup cukup je....pedas manis masin dia...sedap dan sesuai dengan tekak melayu ku...rasanya chef dia adjust kowt....kimchi dia sedap...tak de la rasa macam jeruk lama tu...sedap kowt makan benda alah tu....seaweed soup dia rasa plain, agak tawar  macam tak letak garam,letak ikan bilis je kowt sebab mmg tawar tapi still aq habiskan...hahahahahaha....kenyang nya sampai sekarang aku rasa lagi...nasi dia bukan nasi lekit lekit tu....nasi malaysia je....tu yang sedap tu...tapi siyes la, first time aq tak nyesal beli benda pelik..(pernah ke aku nyesal????) kalo g TS lagi,kompem aku beli set lain plak.....nak try japan food plak, mee thai pown nampak sedap...

lepas tu kita orang gi shopping sakan kowt....aku beli 2 helai baju, 1 belt, 1 kasut, dan pelbagai benda sampingan...mengarut tol budak pompuan nie kan....shopping je laju belajar idak.....atas sebab tak ank beli banyak sangat barang, kitaowang gerak kuar TS dalam pkul 3 lebih..

g kl sentral la plak...tengok tengok belek belek...tapi tak beli pown sebab dah banyak beli....feel nak g TS balik sebab nak shopping lagi...

sampai bilik dekat pukul 5....puasnya hati hamba dapat shopping...nak kuar lagi bleh tak.....

p/s:nak cari bf kaya la camni...bleh dia support

Sunday, October 2, 2011

selamat doa selamat....thnks Fikri Yasin

hello every one and apa khabar...

semalam sabtu, meroyan bagai gila sebab tak tahu nak wat apa dari pagi sampai malam.....aktiviti same je yang mengisi masa lapang....ngadap laptop,gelak gelak,tido...

hari nie tak meroyan sangat sebab bleh g rumah Fikri Yasin...beliau buat doa selamat....bukan bukan dapat anak baru, parent sia nak g haji sebenarnya...semangat waja la kitowang sume pegi rumah beliau...

angkatan perut lapar yang pegi adalah Ameen Sarbudeen, Azwa Hariri, Nuda Chan, Ariezan -adi, Nur Izzati Mohamed, dan Iera Marican (nak jugak letak nama sendiri)....name fesbuk nie bunyi klass sket...

dalam pukul 12 lebih kitorang bertolak....Ameen yang amik kitowang kat Serumpun nie....naik kete mak die lagi...naseb baek luas ketenya, bleh la sumbat reramai kat belakang....

naik je kete macam bese la,bising bagai nak rak la kitowng kan....kena plak masa cari jalan ngan peta lukisan tangan Fikri tu....naseb baek tak sesat ke hapa masa cari rumah tu...berguna la gak peta tu...

sampai je kat tempat kejadian, kompem la salam ngan tuan rumah dulu....pastu, agenda utama pown bermula.....feel nak je bedal makanan banyak banyak, tapi bajet ayu depan orang nyer pasal, kena la control sket feel lapar tu kan......siyes lauk pauk terbaik...memang sedap ahh....dari ayam masak merah ke pucuk paku tempoyak memang terbaek la...pekena la ikan kering ngan sambal belacan rasa lupa daratan jap....lepas nasi kena la pekena pencuci mulut plak, kuih kuih terbentang atas meja sume aku amik....kuih koci, seri muka, kuih bingka ngan puding lapis cendol.....keman banyak kuih.......sume aku makan sebab obses ngan kuih tradisi...dah la sedap.....paksa la Ameen makan kuih koci, dia tak leh telan rupanya....ada gak oranng tak leh telan kuih koci.....tapi aku tak de kesah nya, pucuk paku tempoyak pown dia tak leh makan...tak bese leteeewwww.......aku kan tekak kampung, segala ulam nak aja aku makan....tapi bagi western food pown aku on.....

sayang nya langsung tak ingat nak amik gambar....jadi la entry tanpa gambar.....dalam pukul 2 kitowang gerak balik...cadang nya nak ajak bebudak ni g alamanda tapi Ameen kena anta adik dia la plak...jadi sume pown balik la bilik masing masing...naseb baek perut kenyang, tak de la nak marah orang....

peta lukisan tangan ni je la gambar yang ada

p/s: laen kali nak kuar reramai lagi la

Saturday, October 1, 2011

SEGMEN HARIS KAITO : JOM TAMBAH FOLLOWER

hello everyone and apa khabar....

klik kalo nak join
lama rasanya tak join contest contest sebab agak bz.....jadi di kesempatan nie, nak la join segmen abang haris kaito kita nie...sebab syarat yang amat sempoi memanggil manggil diri untuk join...

entry malas nak bebel panjang sebab tahu sangat bukan menarik kalo bebel panjang panjang...anak anak tak suka dengar sume tu...

bye bye bye