Thursday, September 8, 2011

made by malaysian

hello everyone and apa khabar...

kalau ada yang rajin baca entry lama saya, mungkin anda perasan saya agak patriotik dan semangat dengan benda benda berkait dengan semangat kenegaraan dan seangkatan...tapi saya bukan seorang yang pesimis...tak boleh menerima pendapat atau mahu menegakkan kaum saya sahaja...saya cuma mahukan keamanan dan kedamaian...

mungkin apa yang saya mahukan amat simple...tapi dengan benda yang simple nie akan berlakunya peruahan besar terhadap negara dan juga masa hadapan....

saya masih tak faham kenapa susah sangat nak hormati kaum, bangsa, agama lain...prinsip saya cuma satu, buat baik dengan orang, orang baik dengan kita....ye, benda inilah yang ramai orang lupa...saya yakin dan pasti semua kaum dan agama menyuruh kita hormat menghormati, berbaik baik dan bertimbang rasa antara satu sama lain...jadi kenapa ramai yang nak beza beza sangat ngan orang lain????

tak kesah la kalau kita minat lagu apa pown, mungkin ada minat omputih, spain, korea, japan, hindustan, thai, indo dan macam macam, tapi semua tu tak menggambarkan siapa kita....minat lagu bukan menjadikan kita seperti mereka....saya akui saya amat minat korea, lagu, drama, talkshow pown saya tengok dengan rakus sekali...tapi kalau berkenan negara saya tiada kompromi.....malaysia perlu dijaga, saya tak mahu dijajah sekali lagi...

mungkin pengaruh novel novel lama yang banyak saya baca masa dalam proses membesar membuat saya menjadi begini....kadang kadang saya pelik kenapa malu nak menyanyi lagu NegaraKu dengan lantang dan kuat...kena suruh kena marah barulah nak terjerit jerit nyanyi...salahkah menyanyi lagu negaraku dengan penuh semangat...lagu itu semangat kita...kalau rakyat thai rela berhenti dari berkerja tika terdengar lagu kebangsaan mereka, rakyat kita buat bodo malah memain mainkan lagu kebangsaan yang satu..

jangan sampai kita dijajah semula dilanda krisis, berperang, mogok sana sini, baru ramai ramai nak berfikir...masa tu dah terlambat sebab dah ada yang terpengaruh dengan idealogi lain...idealogi yang penting sekarang adalah mengangkat nama Malaysia kemata dunia...pastikan tiada masalah dalaman Malaysia....rakyat boleh mengharap satu sama lain walau berlainan agama, bangsa, kaum atau parti politik...

kalau dulu semua bangsa boleh bersatu untuk mencari KEMERDEKAAN, sekarang haruslah semua bangsa terus dan tetap bersatu untuk pertahankan dan meneruskan legasi Malaysia Merdeka bebas dari pengaruh dan kawalan luar....


walau pun incek MatLuthfi tak cakap respon melalui blog, saya rasa setiap rakyat Malaysia normal akan terasa terharu dengan video nie dan mahukan Malaysiakan yang lebih baik untuk semua...

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia......~..~

No comments: